Tuesday, February 10, 2009

Dina vs Daddy

Dina dah pun melepasi usia 2 tahun. Perangai pun dah macam-macam dah. Antara layan dengan tak terlayan jek skang neh.

Aktiviti terbaru adalah perlawanan antara Dina n Daddy. Lawan rebut siaran TV hokeh! Tak munasabahkan bapak lawan anak tapi tula realitinya bila daddy nak tengok berita pun kene rebut dengan Dina!

Mummy just jadi penonton jek dan kalo la time tuh mummy kat dapur memang tergelak sorang-sorang di buatnya. Mananyer idak... dengar le suara Dina and daddy sama tinggi sama nyaring dok rebut siaran memasing. Sorang nak tgk citer semasa sorang lg nk tgk Play House Disney channel. Ha...apa nak dikata bila mana yg tua tetap kene beralah. Cian daddy.

Skang nih jangan harapla ble umpan Dina dengan DVD2 kartunnya kerana dia sendiri dah reti antara cerita yg berganti atau berulang. Dina pun reti bosan tau daddy.

Nak tak nak kami suami isteri bersama2 la melayan citer kartun yg dari tak tau apa tajuk sampai ler yg dah ble hafal lagu. DVD Barney Dina tuh mummy dah ble hafal hampir semua lagu! Terer tak mummy?

Sampai satu tahap daddy cakap "kene ada 2 ASTRO kat umah nila..." atau pun "kene pasang antena luarla..parah tul hari-hari gini". Mummy masak dah dengan aktiviti dua beranak nih. Tu sebabla tak satu citer pun mummy follow skang. Biar tak tengok dari dapat tengok sekerat2 pastu frust. Hehehehe... itula alkisahnya!

1 comment:

Suziey Ahmad said...

alamak kena get prepare la 2 tv..my aQeel definitely going to be like Dina..skang ni pn dh nmpk ala2..tp dia rebut tv bkn nak tukar channel tp nk main tekan2 sampai abis kuar sume setting tah ape2 kat tv tuh..huhu