Sunday, May 03, 2015

1 May 2015

Memulakan perjalanan ke utara tanahair sempena cuti hari buruh. Perjalan yang tidak lancar, tersekat, tersangkut, padat dan melemaskan.

Dedi ambil masa 10 jam pemanduan untuk sampai ke hotel di Alor Star, Kedah. Tak sangka pula percutian kali ini bertembung dengan jadual ramai lagi penduduk di Malaysia.

Petangnya pula along dan adik request untuk mandi di pool, dedi tetap layankan juga walau badan sangat penat. Mami tengok dari tepi. Cukup buat pelepas rasa dan bagi along+adik seronok, dedi pun naik atas untuk sambung rehat. Mami pula temankan anak-anak sampai mereka puas.

3 hari 2 malam bukanlah percutian yang agak menggembirakan. Banyak destinasi yang kami tuju tidak begitu lancar perjalanannya kerana terlampau ramai orang mengunjungi destinasi-destinasi tersebut.

Esoknya kami ke Padang Besar, Perlis. Sudah lama tak ke sana. Mami teringin melihat keadaan kat sana, mungkin banyak yang dah berubah. Ya, banyak yang dah berubah. Keadaan kedai yang semakin banyak dan luas. Tempat parking pun mudah tapi orang terlampau ramai.




Mami beli bekas kedap udara yang comel, dedi beli shirt, mami beli pes tomyam, bubur hitam untuk uwan. Anak-anak beli mainan, along borong brooch untuk hari guru dan entah apa lagi mami tak ingat. Overall, tiada pun yang menarik sangat.



Kemudian kami ke Gua Kelam, tapi sayang adik tak berani masuk. Jadinya dedi dan along je yang masuk ke dalam. Mami dan adik duduk melepak di luar. Alah...frust mami tak dapat masuk ke dalam. Adik la ni...





Keluar dari Gua Kelam, kami ke Ladang Harum Manis. MasyaAllah punya la ramai orang tapi malang tiket dah habis untuk hari itu. Ladang tak dapat masuk, buahnya pun tak dapat rasa. At last mami beli je buah mangga tepi jalan yang dikatakan harum manis juga. Apa-apa jalah janji mami puas hati dan tak ralat.

Balik dari ladang singgah di tepi kedai yang jual ikan pekasam. Kesukaan mami dan dedi. Beli banyak juga bagi pada uwan separuh.

Overall perjalanan hari ini biasa saja. Yang penting dapat berjalan.



~Mami menulis untuk anak2~

No comments: