Thursday, March 14, 2013

Si comel yang kidal


Assalamualaikum.


Baru-baru ni, atok tegur Qisya sebab makan guna tangan kiri. Atok datang kat meja dan atok tukarkan tangan kiri ke tangan kanan. Walhal mummy dan dan daddy ada je sebelah-menyebelah sambil tengok Qisya makan. Memandangkan mummy dan daddy dah tahu sangat kemampuan Qisya, tu yang kami biarkan aje.

Qisya ni dia ada 'good habit' iaitu suka makan sendiri. Erti kata lain nak suap sendiri setiap kali diberi makan. Dari kecil mummy memang beri pelepasan pada Qisya untuk makan sendiri memandangkan cara makan Qisya agak berhemah sedikit berbanding kakak.

Qisya makan kurang berterabur, tambah-tambah kalau makanan tu dia suka. Akan lebih banyak masuk mulut dari bersepah di lantai. Jadi mummy agak yakin nak beri kebebasan untuk Qisya merasa 'feel' bila suap makanan sendiri.

Cumanya, setiap kali makan mummy dan daddy perasan yang kawalan tangan kanan sangat lemah. Makanan sukar disudukan, sukar diangkat dan sukar disuap ke mulut. Bila Qisya guna tangan kiri, dia akan rasa 'feel' yang sedikit berlainan bila dia lebih mudah mengawal pergerakan.

Untuk tidak mahu menyekat segala kemampuan Qisya, mummy lepaskan Qisya makan menggunakan mana-mana tangan yang dia mahu. Kiri boleh, kanan pun boleh. Kalau makan guna tangan, mummy ajar tangan kanan, lebih afdhal dan sopan. Tapi dia akan kekok. :)

Menulis pun guna tangan kiri juga. Pegang barang pun lebih banyak guna tangan kiri. Nampak agak ketara kawalan tangan kanan sangat lemah. Memandangkan mummy pun kidal, makanya mummy biarkan saja Qisya bentuk keupayaan fizikal dia mengikut kemampuannya.

Cuma itulah, banyak kekurangan nanti untuk orang kidal ni. Ada masanya, pasti kita tetap kene praktik menggunakan tangan kanan. Mummy sampai sekarang pun tetap tak pandai kawal secara total bila makan menggunakan sudu/garfu/pisau. Kurang 'feel' orang kata.  :)

Tak apalah adik... kita belajar-belajar je dulu mana-mana yang adik mampu eh. Mana tahu bila dah besar sikit boleh guna tangan kanan secara keseluruhannya. Ini semua urusan Allah SWT, hanya yang terbaik buat setiap hambaNYA.  


Ni gamabr lama yang ada dalam simpanan mummy. 
Waktu ni belum sibuk-sibuk boikot McD lagi. huhuhuhuhu





Kata orang.. terutamanya pakar motivasi, orang kidal ni kreatifkan? Mummy je yang takde kelebihan itu. Moga adik punya kelebihan yang banyak jika adik adalah antara golongan kidal bila besar nanti ya. Amin.



1 comment:

Farah Here said...

hahaha, comelll. betul la sis! farah ada jugak dengar yg orang tangan kidal ni memang unik ;)