Wednesday, July 13, 2011

OMG! Apa punyer emak daaaa.....

OMG!

OMG!

Apa punyer emak daaaa....



Semalam lebih kurang pukul 11.00 malam. Begini ceritanya....

# Dina dah baring. Siap berselimut sedangkan mummy tak on econ pun sebab Qisya x sihat. Doa tidur dah siap dibaca. Label dah di hidung, jari dah di mulut. As usual.

# Mummy pula asyik la mengadap laptop daddy. Mentang-mentang daddy outstation, suka-suki la nak mengadap sampai bila pun kan. Lagi pula tengah syiok mencari Fisher-Price Rocker untuk Qisya. Hati dah terlampau berkenan, begitulah jadinyer. Ralit!

# Dan sekali tu si anak dara cakap....

"Mummy.... Dina lupa baca buku lah!"

OMG!  OMG!  Boleh tu dia ingat nak baca buku padahal dah tarik selimut, dah baca doa, label dan jari dah ditempat sepatutnya.

Bila si anak nak minta buku untuk dibaca boleh pulak si emak ni pemalas nak pergi ambilkan. Dengan alasan, lampu dah tutup, bilik dah gelap. 

Apa punyer emak daaaaaa......

# Dina yang bersemangat nak membaca tak hirau pasal keadaan malap ke apa. Tapi mummy yang pemalas, macam-macam alasan di beri. Again... apa punyer emak daaa....

"Mummy, tolonglah ambilkan bag Dina. Dina nak baca dulu sebelum tidur."

Oh GOD! Really terasa malu mummy kat situ. Jadi TIGER MUMMY teror, tapi bila anak tiba-tiba bersemangat nak belajar boleh pula pemalas. 

Haruuuu.....

Tapi Dina really a good girl. Walaupun selalu kene sergah suruh buat homework, tapi bila datang angin baik dia... sampai dah masuk tidur pun boleh ingat lagi yang dia belum baca buku. 

Maklum la.. biasanya daddy yang layan dia membaca sampai salah mengajar. Orang tu belajar cara fotenik tapi daddy ajar cara tradisional. hihihihihi....

Bila daddy outstation macam ni, mana la mummy dia nak tahu aktiviti dua beranak tu.   ^ _  ^



No comments: