Monday, May 02, 2011

Mengemas tak terkemas


Inilah parahnyer bila toys melambak-lambak kat rumah. Yang dah dibuang, dibuang. Yang dibeli, terus dibeli. Yang disimpan, disimpan. Yang disorok, disorok. 

Kisah berlaku tengahari tadi bilamana daddy baik hati nak kemaskan toys kak long sambil mengupdate toys yang nak disimpan, dibuang mahupun yang terus disorok. 

Tapi xde jumpa solution pun sebab terlampau banyak! Toys tu semua campur-campur yang dibeli mahal, yang dibeli murah, yang dibeli di pasar malam, mahupun yang orang beri. Aih... nak tak nak terlambak juga toys tu semua kat situ gak. Xde sedikit pun penjimatan ruang berlaku.

Nanti bila baby dah keluar, nak sumbat almari untuk baby pula sebab almari yang kak long ada x muat nak share. Box yang ada sekarang pun dah x muat isi baju-baju baby. Tu belum keluar lagi tu, cuba kalau dah keluar esok, mahu bertingkat-tingkat baju baby sama naik dengan baju kak long.

Meh layan aktiviti dua-beranak ni. Mummy x join.. pening kepala la mummy tengok. Ikut suka daddy dengan kak long la nak simpan macam mana. Asal nampak teratur dah cukup elok buat mummy.  :)


Daddy perati dulu sebab xtau nak start macam mana. hahahaha...

Mengasingkan mengikut kategori. Si kenit tu pun sama je sibuknyer.

Toys masak-masak je dah x muat box. Camner tuh???

Ini x-tra hasil seni kak long. Sticker merata-rata.

Sticker tu pun bukan saje ditampal di almari baju, malah di dinding, di lantai, di pintu, di semua toys yang sesuai, di meja dan kerusi study, mahupun di peti ais. Yang  kat dinding, lantai dan peti ais tu paling mummy marah sebab susah nak cabut bila dah stick sangat. grrrrr.......

Tu baru sorang punyer kerja tangan tuh... cuba dah ada geng esok? Memetir la mummy satu rumah nanti.



>>> Anak dara mummy tu tengah layan movie Zoo dengan memakai google. Sabar jeklah.... nak tergelak pun ada. Notty tau!

No comments: