Friday, October 03, 2008

Coretan Aidilfitri 2008 Daddy untuk Dina

Pakaian rasmi untuk Aidilfitri pertama

Mummy dan Dina bersama dengan uncle Boi dan auntie Ayin

Walaupun di Hari Raya, "Ban" tetap tidak akan ditinggalkan

Tengah memilih biskut raya

Di awal pagi di kampung Tok Nyang

Aliran longkang yang dulunya merupakan "port" mummy dina semasa kecil berendam

Aidilfitri tahun ni memang mencabar dan meletihkan bagi Daddy. Semuanya angkara puteri kesayangan Daddy dan Mummy, siapa lagi kalau bukan NUR IRDINA BATRISYA.

Pasti semua sudah tahu yag Dina dimasukkan ke Ampang Puteri beberapa hari sebelum raya. Mummy Dina ada xplain dalam posting sebelumnya. 3 hari yang memenatkan di Hospital, bila balik jer rumah, daddy dan mummy memang terus qada' tidur, nasib Dina join sama. Apa-apa pun, nasib baik tak beraya dalam hospital tahun ni.

Disebabkan Dina tak sihat, persiapan raya tahun ni menjadi kelam kabut sedikit. Pada asalnya nak balik raya di Ukay Perdana pada hari Isnin, malam raya di Tasek Permai dan mungkin balik kg mummy dalam 2 malam tapi semuanya terpaksa berubah.

Petang menjelang raya (30 Ramadhan / Sept) baru Dina & family dapat pulang ke Ukay Perdana. Kiranya malam raya di Ukay Perdana. Sepatutnya tahun ni turn untuk beraya di Tasek Permai, tetapi memandangkan tiada siapa yang beraya di Ukay Perdana, Mummy Dina setuju untukl beraya di Ukay. Thanks mummy.

Raya pertama Dina nampak sihat dan cergas. Selepas solat Aidilfitri, Daddy bawa Dina dan Mummy ke Tasek Permai Ampang, rumah uwan Dina. Kat sana cuma Auntie Nonie dan abg Nizam sahaja yang beraya. Petangnya Dina pergi ke rumah kakak ipar auntie Noni (auntie kay) di Kelab Ukay sebelum pulang kembali ke ukay perdana. Malamnya nampak Dina macam selsema dan batuk kembali.


Besoknya dalam jam 11 pagi, kami semua bertolak ke Alor Gajah untuk ke rumah parents abg aziz. Jalan memang sesak. Sebelum Nilai lagi dah bumper 2 bumper. Di tol simpang empat lagi la teruk. Guna touch n go pun lambat gak. Selamat sampai di rumah abg aziz lebih kurang jam 1.30 ptg.

Bertolak ke rumah Tok Nyang lebih kurang jam 4 petang. Masa ni Dina dah mula semakin teruk selesema plus dah kerap batuk. Sampai di Kota lebih kurang jam 5ptg. Kat rumah Tok Nyang, Dina memang teruk ragamnya. Merengek tak tentu pasal. Sekali nak Didi, lepas tu nak Mimi ....... pening Daddy dan Mummy. Nak marah, Daddy tahu yang Dina tak sihat.

Besoknya, nampak Dina dah makin teruk lak, dah nak jadi semput (lelah). Nampak nak bercakap pun jadi susah. So, terpaksa lah Daddy dan Mummy pulang awal ke KL. Jam 1.30ptg bergerak pulang dari rumah Tokj Nyang, tapi kami singgah dulu di rumah Ateh Udin dan Rumah Cik Ani.

Bertolak dari Rumah Cik Ani jam 3:15ptg dan selamat sampai di Ampang jam 4.45ptg. Perjalanan amat lancar. Tak jem langsung. Dina dan mummy lak tidur sepanjang perjalanan.

Malamnya terus bawa Dina ke Klinik Bandar Baru Ampang. Harapnya besok Dina akan ok.

Membesarkan seorang anak memang mancabar. Terpaksa melayan segala kerenah dan ragamnya terutamanya semasa anak tak sihat. Walau apapun so far, rasanya daddy dan mummy akan tetap bersabar untuk membesarkan Dina dan memberikan segala yang terbaik untuk Dina. Harapnya satu hari nanti, Dina akan dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak dan kakak (bila?), yang solehah.

1 comment:

Sufi Idany said...

salam dina.... dah sembuh ke? auntie ida doakan moga dina cepat sembuh....

didi n mimi..... bersabarlaa ek... ini lah erti pengorbanan...