Sunday, May 18, 2008

Jalan-jalan ke Johor



3 Mei 2008 (Sabtu)


Hari ni daddy nak bawa mummy dan Dina ke Johor. Sepupu mummy (Amy anak Cik Put) akan berkahwin hari Ahad ni di Kulai, Johor. So, dah alang-alang ke Johor, Daddy plan lah untuk overnight kat sana. Semua family mummy pergi kecuali Kak Noni. Family kak Lang dari hari jumaat lagi dah sampai JB. Mereka semua nak pi ke Singapura. Atuk dengan Uwan Dina pula ikut kami. Yang lain semuanya akan bertolak besok pagi (Ahad), mereka tak stay di JB kecuali family kak Shim.

Dari KL Dina bertolak lebih kurang jam 11.30am. Sepanjang perjalanan, Dina tidur dengan uwan kat belakang. Maklumlah, pagi tadi kena kejut awal dengan mummy.

Persinggahan pertama kami ialah di Batu Pahat. Bukan apa, Daddy teringin lak nak rasa Nasi Beriani Gam Mohd Shah yang famous sangat. Kebetulan pula, anak owner Nasi Beriani ni member UUM mummy. Memang sedap nasi beriani Mohd Shah ni. Daddy dengan atuk Dina makan Beriani kambing, Mummy dengan Uwan lak Ayam beriani. Dina?? Macam biasa, Dina ni "kaki diet". Tak makan :(

Thanks to Is coz' belanja kami semua makan. :)

Selepas lunch, perjalanan diteruskan lagi. Lebih kurang jam 4.30pm, kami semua sampai di Johor Bharu dan terus check in di Crystal Crowm Hotel. Daddy menggunakan perkhidmatan dari Cuti.Com



Malamnya, kami semua dinner bersama-sama dengan family Kak Lang dan juga family Aim di Stulang Laut. Aim baru saja sampai dari KL. untuk booking hotel ni. Perkhidmatan Cuti.Com ni memang bagus dan rate nya pun not bad, still murah dari kita contact direct hotel tersebut.



4 Mei 2008 (Ahad)

Selepas breakfast, lebih kurang jam 1230pm, kami semua check out dan terus ke Kulai untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu mummy. Kami sampai lebih kurang jam 1pm. Family Along, Family Kak Azie & Family Kak Shim dah sampai sebelum kami semua. Kak Ngan & family tiba dalam 5minit selepas kami sampai. Majlis meriah tapi malang sebab hujan turun. So, terpaksalah pengantik berarak lewat sedikit.

Lebih kurang 3.30pm, Dina bertolak pulang ke KL. Perjalanan lancar, jalan tak sesak sangat. Daddy hanya singgah di hentian Ayer Keroh sahaja dan tiba di KL lebih kurang jam 7pm.

No comments: