Saturday, September 29, 2007

Anakku Ware House Sales !!!!!!!!


Satu panggilan telefon diterima oleh mummy Dina daripada auntie Shima pada 25 September 2007. Wah..... auntie Shima bagitau ada Anakku warehouse sales. Tak boleh jadi ni, daddy dengan mummy Dina memang tak pernah dapat pergi ke anakku warehouse sales ni. Dengar cerita daripada yang pernah pergi ke Anakku Warehouse Sales , barangan Anakku ni memang murah. Daddy tak kira, walau macam mana sekali pun Daddy nak bawak Mummy ngan Dina pergi serbu Warehouse Sales Anakku.

Malam tu juga, dengan menggunakan teknologi Internet, Daddy Dina te
rjumpa satu website yang memang menarik . Web ni, ialah detail mengenai Jualan2 Murah dan Gudang yang bakal di adakan di seluruh Malaysia. So, kepada kaki-kaki shopping yang ingin berbelanja dengan bijak, cubalah melawat ke website ni http://www.shoppingnsales.com/

Hari Sabtu (29 September 2007), Dina dan family telah pergi ke Jualan Gudang Anakku ni. Walaupun tempat tu jauh, (Kg Jawa Klang), tapi ianya memang berbaloi. Memang ramai pengunjung, ditambah pulak dengan cuaca yang panas, memang memenatkan. Banyak baju yang Daddy dan Mummy belikan untuk Dina. Dina juga dapat Stroller baru :)





p/s: malamnya Dina demam, maybe sebab cuaca panas sangat terutamanya semasa di Anakku Warehouse.

No comments: