Friday, August 24, 2007

Perkembangan Dina sepanjang 10 bulan ..... (mengikut pandangan Daddy)


  1. Dina tak suka makan ikan.
    • so far apa yang daddy tahu, tiap kali mummy masukkan ikan dalam bubur nasi Dina, sure Dina tak abih makan.
  2. Dina dah tak minum susu SNOW
    • semenjak Dina meningkat 7 bulan, Dina dah tak berapa suka minum susu SNOW. Sekarang Dina minum susu BEBELEC 2.
  3. Waktu tidur Dina
    • Sekarang kalau lepas saja jam 9 malam, sure Dina tak boleh berjaga ...... Dina akan mengantuk giler. Kebiasaannya Dina akan mula tidur malam lebih kurang jam 8 malam.
    • Dina bangun pagi awal. Se awal jam 7 pagi biasanya Dina akan bangun, tak kira lah weekdays ker weekend ker .... Dina tetap bangun awal pagi.
  4. Dina suka dengar muzik
    • Tiap kali dengar muzik, terutamanya lagu rancak ataupun lagu kanak-kanak (dari talifon mainan Dina), Dina akan xcited dan akan cuba nak berjoget.
  5. Dina dah pandai bye-bye
    • Dina dah pandai bye-bye. Tapi kebiasaanya Dina memang malas nak bye-bye.
  6. Dina malas pegang botol susu
    • Dina memang tak pegang botol susu bila hisap susu. Biasanya daddy atau mummy akan pegangkan ataupun just gunakan bantal busuk dina.
  7. Dina ada "bantal busuk"
    • Dina ada satu bantal busuk. Bantalk ni merupakan hadiah daripada member mummy Dina (auntie Mas).
    • Masa kecik dulu, Dina suka gentel or hisap label kat bantal busuk ni, sekarang Dina lebih suka gentel guna tangan kat bahagian label taupun penjuru bantal.
    • Tiap kali nak tidur, bantal busuk ni mesti kena ada.
    • In some cases, kalau Dina nangis, berikan bantal busuk, Dina akan berhenti menangis.
    • Bau bantal busuk Dina memang "harum"
  8. Dina yang amat lasak
    • Sekarang ni Dina memang terlampau lasak.
    • Sometimes uwan Dina pun letih nak jaga Dina.
    • Irfan (cousin Dina yang lebih kurang sama usia ngan Dina) pun kadang-kadang takut dengan Dina sebab Dina ni lasak sangat.
  9. Dina tidur buai
    • Dulu masa baby, Dina tak pernah tidur dalam buai.
    • Tapi semenjak Dina deman dalam bulan Julai ari tu, Dina dah "ter"biasa tidur dalam buai.
    • Biasanya waktu malam Dina tidur dulu dalam buai, then dalam pukul 10, mummy akan angkat Dina ke katil.
  10. Dina suka tidur atas car baby seat
    • Tiap kali keluar dengan mummy dan daddy, bila tiba waktu tidur Dina, Dina akan tidur dengan selesanya dalam baby seat.

No comments: