Monday, December 03, 2007

Cuti-Cuti Malaysia Dina ke Melaka

Bersempena dengan Public Holiday untuk negeri Selangor daddy dina bawa mummy dan dina berjalan-jalan ke Melaka. Kami semua bertolak ke Melaka pada hari Ahad. Sebelum tu singgah dulu kat rumah Tok Pa di Bangi sambil makan nasi beriani gam johor yang fames kat bangi tu.

Perjalanan ke Melaka mengambil masa lebih kurang sejam daripada bangi. Nasib baik perjalanan smooth. PLUS highway tak jem, cuma bila nak sampai ke bandar Melaka jer jalan sesak sedikit. Di Melaka, kami menginap di Bayview Hotel. Hotel ni memang menarik dan terletak di tengah bandar. Cuma layanan daripada staff hotel jer yang kureng skit, espcially time breakfast. Maybe sebab hotel "full house" dan staff tak cukup, tapi tu bukannya satu reason. Apa-apa pun thanks pada cuti.com.my sebab tolong arrangekan booking.

Hajat dihati bila sampai jer kat hotel, terus nak bawak Dina swimming, tapi nasib kurang baik skit, hujan renyai-renyai. So, terpaksalah berehat di bilik hotel
.

Pada malamnya, kami semua ke Umbai untuk makan Ikan Bakar. Ikan Bakar Parameswara merupakan pilihan kami semua. Memang penuh tempat tu. Makanan kiranya okey la. Tapi memang tak boleh nak bandingkan dengan Linda Ikan Bakar. Harga pun not bad. Malam tu kami order 2 ekor ikan cencaru bakar, seekor ikan siakap masak masam manis, sotong dan udang goreng tepung, 2 teh o ais, nasi lemak 3 bunngkus dan 1 nasi putih, semuanya lebih kurang RM56 sahaja.


Dina & Mummy di Medan Ikan Bakar Umbai


Mummy & Dina di hadapan Parameswara Ikan Bakar Umbai

Selepas makan ikan bakar, daddy bawak dina berjalan pusing Bandar Melaka dan singgah di "Eye of Melaka". Ingatkan besar la "Eye of Melaka " tu, rupa-rupanya kecik jer, jauh bezanya dengan "Eye of Malaysia", sekali tengok macam saiz yang ada kat fun-fair jer.


Mummy & Dina berlatar belakangkan "Eye on Melaka".


Dina dengan xcitednya menunggang binatang





Xcited Dina dapat berjalan dengan bebasnya



Berehat sekejup setelah penat berjalan



Dina & Mummy


Besoknya, dady plan nak sambung lagi stay kat Melaka. tapi malangnya semau bilik di Bayview dah "Fully Booked" sebab hotel ada government function. So, paginya selepas breakfast, daddy dan mummy bawak Dina pergi ke swimming pool. Inilah pertama kalinya Dina mandi di swimming pool sambil merasmikan swimming suit dan pelampung Dina. Pada awalnya, Dina takut-takut jer untuk mandi di swimming pool, tapi bila dina dah biasa, dina jadi berani dan sampaikan satu peringkat dina tak nak naik.


Dina & Daddy. Masa ni Dina masih lagi takut-takut dalam swimming pool.


Dina dah semakin berani bermain pelampong di swimming pool


Dengan selambanya Dina berenang seorang diri.


Betapa gembiranya Dina bermain air.



Dina xcited nak berenang lagi, sampaikan dalam bilik hotel pun masih nak duduk dalam pelampung.



Pose istimewa dari Dina


Dina & Mummy


Dina & Daddy lak.


Dina berjalan di Lobi Hotel

Selepas check out, Dina & Family berjalan-jalan ke Bandar Melaka. Dina ke Dataran Pahlawan. kat sana, Dina & Family menyewa beca untuk pusing keliling kawasan bandar Melaka. Lebih kurang jam 2 petang kami semua bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang, singgah sekejup di Alor Gajah makan kueh udang yang fames.



Dina dan Mummy.


Dina & Daddy


Di makam Hang Kasturi yang terletak di tengah Bandar Melaka dan dikelilingi oleh kawasan Cina


Di dalam kawasan masjid India di bandar Melaka yang terletak di Jalan Muhibbah. Menurut pemandu beca, jalan ini dinamakan jalan muhibbah sebab disepanjang jalan ini terdapat 3 tempat ibadat agama yang utama di Malaysia iaitu, masjid, kuil hindu dan juga tokong cina.


Inilah beca yang membawa Dina & famili mengililingi bandar Melaka

No comments: