Friday, October 28, 2011

Sekitar sambutan besday kak long

Hari Rabu lepas (sempena cuti Deepavali), Atuk Dina organize sembahnyang hajat dan baca Yassin. Tujuan utama majlis ni untuk doakan kesihatan auntie Noni, keselamatan kepada bakal haji dari famili kami dan jugak untguk yang bakal ambil SPM akhir tahun ni.


Kek Barbie. Memang cantik, nak makan pun sayang. Nak tempah? P tanya MM Dina




MM dan DD asalnya plan nak buat majlis harijadi kakak hari sabtu ni, tapi memandangkan atuk dah buat majlis doa selamat ni, so DD and MM combine ajelah majlis ni.

Kiranya sambutan besday Dina tahun ni dibuat secara tertutup. Hanya immediate family sahaja yang dijemput join.

Jom jenguk gambar  kak long Dina potong kek.


Qisya kak belakang pelik tengok ramai orang.
Muka Dina yang comot

Muka terharu Dina bila ramai-ramai pakat nyanyi lagu besday untuk dia.

Kek dipotong

Habis gaun anak patung kena makan


No comments: