Saturday, December 04, 2010

Thanks to Mummy Friend - Pasar Satok, Sarikin dan Guan Angin.

Sepanjang DD, MM dan Dina ke Sarawak, member MM banyak tolong. Even masa last day, whole day kami semua spend masa dengan family member MM. Actually member MM ni ialah ex school mate MM kat SM Tasek Ampang dan UUM, tapi both husband & wife bertugas di Kuching. Kalau tak silap dah nearly 5 years mereka kat Sarawak.


Ini bukan kawan MM, tapi ini ialah PRINCESS MM, Dina. 

Ini pulak anak kawan MM

Inilah kawan MM, Dot, dgn anaknya yang no 2.

Ini husband Dot.

 Member MM ni bawak kami ke Pasar Satok tuk membeli belah ikan terubuk masin.

Pasar Minggu kat Satok. 

 Barisan ikan terubuk yang sedia untuk dibeli.


Peniaga tengah memproses ikan terubuk (masukkan garam)


Member MM jugak bawak kami semua ke Sarikin. Actually, Sarikin ni ialah border antara Sarawak (Malaysia) dengan Kalimantan (Indonesia). Konsep Serikin kalau sesapa yang pernah p Wang Kelian memang sama. Pasar ni hanya bukak pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, dan peniaganya mostly datang dari Indonesia. Pekan Sarikin ni memang kecik, harga kat sini ok-ok la dan kalau sesapa nak beli barangan dari Indonesia spt kain etc, kat sini memang sesuai. Tapi kalau nak carik souvenir barangan Sarawak, rasanya sini bukan tempat yang sesuai. Lagi satu, kat sini kemudahan awam macam toilet memang mengharukan........ memang takde toilet yang disediakan oleh pihak kerajaan, semua toilet yang ada ialah toilet persedirian (mcm kat blkg restoran, atau rumah orang) dan toilet dia memang tak menyelerakan kalau nak buang hajat :)

Lagi satu, macam biasa, Sarawak ni kurang papan tanda jalan, so, kalau sebagai pelancong dan first time nak ke sana, nasihat DD ambillah pemandu pelancong.





On the way balik dari Serian, kami singgah jup kat Gua Angin. Tempat ni memang menarik, sejuk jer tapi yang peliknya takde orang lak nak mandi kat air sungai sini yang sejuk dan cetek je. Rasanya kalau kat KL, weekend je confirm tempat macam ni "full house".




MM & Dina bersama dengan family Dot yang banyak membatu kami kat Kuching. Thanks A Lot !

Akhirnya tamat la kisah Dina & family ke Kuching. :) Gambar banyak, nanti DD dina akan upload kat FB

No comments: