Thursday, July 08, 2010

Ayat materialistikkah itu?


Dah lama mummy tak tulis pasal Dina sebab mummy? yer... busy bee... tapi bee hasilkan madu.. mummy hasilkan stress. 

Nak cerita pasal Dina. Pasal akal panjang si dara bertuah mummy nan seorang ni. Hari tu time si jantung hati dua orang ni (daddy dan Dina lah) datang jemput mummy kat opis, tiba-tiba je daddy tanya benda yang dia ajar dekat Dina. 

Entah bila la daddy ajar mummy pun x perasan. Maklumlah, daddy lagi banyak spend masa dengan Dina daripada mummy. Lepas tu daddy nak suruh la Dina show apa yang daddy dah ajar tu pada mummy. Mummy pun layan aje la. Tapi tu la... x tahan betul dengan ayat yang Dina rekakan tu.

Daddy: Dina, kalau orang sakit panggil apa?

Dina: Panggil ambulance...

Dy: Kalau ada orang jahat panggil apa?

Dina: Panggil polis...

Dy: Kalau rumah terbakar panggila apa?

Dina: Kalau rumah terbakar, buat rumah baru yang lagi besar.... (siap dengan gaya tangan lagi tu).

Mummy tergelak giler dengar ayat last Dina tu. Padahal daddy cakap dia x ajar pun macam tu, daddy ajar panggil bomba tapi Dina refuse. 

Dy: bukan la... panggil bomba la.

Dina: Bukan... buat rumah lagi besarlah lagi cantik.



Oh Dina... adakah ini tanda-tanda seorang yang materialistik? Habisla saper2 yang nak buat isteri esok... :)

Lawak betul tau anak dara bertuah mummy nih. Sabo jeklah....

1 comment:

Ease Basri said...

Dina genius lah....antie suka..... :)