Saturday, December 27, 2008

Dina ke Ipoh (Day One)

27 Dec 2008.

Semenjak dah ada Celcom Broadband + Notebook ni, pergi mana-mana Daddy Dina boleh Online. So sekarang ni baru saja sampai ke Ipoh.

Hari ni Dina bertolak ke Ipoh bersama dengan Daddy dan Mummy. Keluarga Kak Ngah, Kak Azie , Kak Shima dan maybe Kak Lang juga akan ke Ipoh. Kami semua berpakat nak ke Bukit Tambun Lost World pada hari esok, so hari ni semua akan stay kat Ipoh. Dina & Family stay kat town Ipoh (Hotel Regalodge), manakala yang lain semuanya sewa apartment kat Bukit Tambun.

Bertolak dari KL selepas makan Nasi Ayam Hainan Taman Melawati jam 1 petang dan sampai kat Hotel tepat jam 3.30 petang. Perjalanan smooth, walaupun banyak kenderaan tapi takde kesesakkan yang luar biasa.

Bila sampai akt hotel daddy tuko bilik dari superior ke executive so jadinyer anak dara tersayang seronok sesangat berlari-lari dalam bilik yang agak besar, luas dan selesa. Habis tiap sudut and perabot di explore... memang anak dara tersayang tuh betul2 teruja dengan vacation kali ni. Maklum ler orang dah makin besokan... dah faham dah tentang segala perubahan yang berlaku disekeliling dia.




Dalam perjalanan ke Ipoh. Dina skang dah amik tugas mummy, jadi co-pilot daddy lak. Sambil membebel, Dina tgk Barney sampai mummy and daddy dah hafal semua show Barney yg ada.



Buat pertama kali daddy request extra bed. Dulu request baby court skang takleh dah. So katil King tuh plus dgn single tuk Dina. Saje daddy nak kasi Dina selesa(hehehe... dah sepah2 dah atas katil tuh!).



Mummy saje jek nak amik gambo bilik nih (bilik nih ada LCD TV yg beso tau) tp si anak dara tuh suh mummy amik gambo dia berposing so... dgn senyum lebar dia beraksi manja gitu.

No comments: