Hari Sabtu 13 Jan lepas daddy ngan mummy bawak Dina ke KLCC. Tgk pameran ni.
Ramai giler manusia.....sampai nak hayati pameran pun tak leh sebab terlampau ramai.
Prof. Dr. Fuat Sezgin merupakan pengasas salah sebuah pusat penyelidikan terkemuka di dunia yang menjadi sumber ilmu pengetahuan serta warisan kebudayaan Arab-Islam - Institut Sejarah Sains Arab-Islam di Johnn Wolfgang Goethe University Frankfurt, Jerman.
Pameran dilanjutkan hingga 14 Februari
Published: January 12, 2007
PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang sepatutnya berakhir 14 Januari ini akan dilanjutkan sebulan lagi hingga 14 Februari depan.
Menteri Sains Teknologi dan inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang prihatin dengan permintaan orang ramai supaya pameran itu dilanjutkan di lokasi yang sama.
"Oleh itu orang ramai tidak perlu terburu-buru kerana mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengatur lawatan mereka,'' katanya.
Pameran itu sepatutnya berlangsung selama seminggu dari 8 hingga 14 Januari di KLCC sebelum berpindah ke Pusat Sains Negara (PSN).
Selepas PSN, ia akan dibawa ke beberapa lokasi lain di seluruh negara untuk membolehkan rakyat menghayati kegemilangan Islam pada masa dahulu.
Dr. Jamaluddin memberitahu, dalam tempoh tiga hari pameran itu diadakan ia telah dikunjungi 27,000 pengunjung.
(dipetik dari web http://www.putera.com/tamadun)
Ramainya pengunjung ....
Dina tengah khusyuk tengok pameran :)
No comments:
Post a Comment