Tuesday, March 23, 2010

CNY trip Day 4 (Daddy pulak yang tulis sebab Mummy bz dgn blog sendiri :p )

16 Feb 2010 (Selasa)

Memandangkan MM bz, so skang DD terpaksa mengambil alih tugasan meng"update" blog anak dara tersayang BB Dina.
Posing sebelum check out

Lebih kurang jam 11.00pg, kami semua check out dari Cititel Penang untuk ke destinasi yang seterusnya. Perjalanan ke Tanah Besar (Seberang Prai, Semenanjung Malaysia :) kali ni kami gunakan feri. Ini ialah kami pertama Dina naik feri. Xcited Dina.

Inilah feri yang kami naik

Muka serius dalam feri :)

BB Dina & MM

DD & BB Dina

MM, DD & BB

Bila sampai di Seberang Prai, hajat dihati sebenarnya nak cari mana-mana restoran nasi kandar, tapi malangnya kami tak jumpa restoran nasi kandar yang sesuai. Akhirnya DD ambil keputusan untuk lunch di RnR sebelum tol. Lupa lak nama RnR tu hehehheheh.

Destinasi kami seterusnya ialah .........


PLUS memang sesak. Perjalanan kami banyak tersangkut-sangkut. Perancangan awal nak panjat destinasi melalui Tapah, tapi memandangkan PLUS terlampau jem, DD tukar fikiran untuk gunakan jalan Simpang Pulai untuk ke Cameron. Ini adalah kali pertama DD gunakan jalan ni.

Jalan memang cantik, takde kesesakan dan pemandangan sepanjang perjalanan memang menarik. Kami dikelilingi oleh banjaran titiwangsa. Perjalanan memang smooth, tetapiiiiiiiiii.............. kerete DD dah nak kehabisan minyak!!!!!

View jalan simpang pulai ke cameron/gua musang nimemang cantik, tapi malangnay tak dapat nak hayati sebab suspen minyak kereta hampir habis.....

lampu kuning dah lama nyala. meter minyak pun macam dah cecah minimum

Memang suspen giler ..... tak expect pun jalan sepanjang Simpang Pulai ke Kg rRja (cameron) ni satu stesen minyak pun takde. Hopefully di Kg Raja adalah stesen minyak. Tetapi malangnya, bila DD tanya orang Kg Raja, stesen minyak terdekat ialah di Brinchang, adalah dalam 15-20km lagi dari Kg Raja. Abisla..... mana cukup minyak nak sampai sana.

Nasib baik ada sorang Indian suggest tuk DD tanya kat satu tokong cina di Kg Raja tu. Indian girl tu inform, biasanya tokong tu ada jual minyak dalam botol. So untuk readers semua, kalau nak panjat cameron or nak ke Gua Musang Kelantan guna jalan Simpang Pulai, sila pastikan minyak kereta ada penuh sebab stesen minyak terdekat hanya di Brincahang atau Gua Musang. Tapi kalau emergency gak, cuba jengok sato tokong cina di Kg Raja, sebab penjaga tokong ni memang ada sediakan minyak. RM3 sebotol.


perbualan diatas dirakam oleh kamera NikonD3000 :p


---- siri ini akan bersambung selepas iklan ------

1 comment:

I-sya said...

good2.. cpt2 sambung. byk yg terbengkalai...

MM bkn sibuk berblogging la DD tp sibuk wa work. hihihi... :p