Friday, July 15, 2011

Qisya 1st experience @ 44 days


Hari nih Qisya dah pun menginjak usia 44 hari. Dah beso dan gebu. 

Last week pergi cucuk Hepatitis B dos kedua alhamdulillah Qisya x demam pun. 

Berat = 4.8 kg. Kalah kak long sebab kak long dulu 4.5 kg. Panjang pulak kak long menang sebab Qisyanyer ukuran kurang sikit dari kak long.

Dan hari ni.... yeay... Qisya dah berjaya minum susu dalam botol! EBM mummy perah time 2nd week dalam pantang. Stok untuk Qisya so far alhamdulillah... banyak. Murah rezeki Qisya. 

Mummy akan top-up everyday ikut kerajinan. heh! Kadang-kala bila penat dan mengantuk, sehari pun x sempat nak pam.

Tadi mummy minta Kak Ya tolong kasi Qisya susu. Mula2 dia macam terkebil2 kumat puting tuh. Pastu marah jugala... lama2 dia boleh hisap sampai habis. Dalam tuh ada 3.5 oz mummy isi, Qisya minum 3.0 oz je. 

Lepas minum terus lena... x berbunyi langsung lepas tu. Kenyang la tuh.  :) Good girl. Hopefully Qisya x alami nipple confuse. Tu yang paling mummy risaukan. So far alhamdulillah... Qisya boleh terima.

Asyik2 gambo lepas mandikan???? hihihihhi... Qisya @ 1 month.

Qisya nih nampak macam kelabu asap sikit dari akaknyer. hihihihi.... daddy marah tau kalo mummy cakap gini sebab daddy kata Qisya kulit orang melayu kita la.  :)


Wednesday, July 13, 2011

OMG! Apa punyer emak daaaa.....

OMG!

OMG!

Apa punyer emak daaaa....



Semalam lebih kurang pukul 11.00 malam. Begini ceritanya....

# Dina dah baring. Siap berselimut sedangkan mummy tak on econ pun sebab Qisya x sihat. Doa tidur dah siap dibaca. Label dah di hidung, jari dah di mulut. As usual.

# Mummy pula asyik la mengadap laptop daddy. Mentang-mentang daddy outstation, suka-suki la nak mengadap sampai bila pun kan. Lagi pula tengah syiok mencari Fisher-Price Rocker untuk Qisya. Hati dah terlampau berkenan, begitulah jadinyer. Ralit!

# Dan sekali tu si anak dara cakap....

"Mummy.... Dina lupa baca buku lah!"

OMG!  OMG!  Boleh tu dia ingat nak baca buku padahal dah tarik selimut, dah baca doa, label dan jari dah ditempat sepatutnya.

Bila si anak nak minta buku untuk dibaca boleh pulak si emak ni pemalas nak pergi ambilkan. Dengan alasan, lampu dah tutup, bilik dah gelap. 

Apa punyer emak daaaaaa......

# Dina yang bersemangat nak membaca tak hirau pasal keadaan malap ke apa. Tapi mummy yang pemalas, macam-macam alasan di beri. Again... apa punyer emak daaa....

"Mummy, tolonglah ambilkan bag Dina. Dina nak baca dulu sebelum tidur."

Oh GOD! Really terasa malu mummy kat situ. Jadi TIGER MUMMY teror, tapi bila anak tiba-tiba bersemangat nak belajar boleh pula pemalas. 

Haruuuu.....

Tapi Dina really a good girl. Walaupun selalu kene sergah suruh buat homework, tapi bila datang angin baik dia... sampai dah masuk tidur pun boleh ingat lagi yang dia belum baca buku. 

Maklum la.. biasanya daddy yang layan dia membaca sampai salah mengajar. Orang tu belajar cara fotenik tapi daddy ajar cara tradisional. hihihihihi....

Bila daddy outstation macam ni, mana la mummy dia nak tahu aktiviti dua beranak tu.   ^ _  ^