Thursday, October 30, 2008

Dina hari ini...

Mummy rasa letih seminggu dua nih..and dikesempatan yang begitu membuatkan diri malas... mummy tag and jawab for Dina.

Dina love to eat...
~ Cokelat, honey cornflakes yang mummy buat and paling favourite sekali ialah tak suka makan pun...

Dina love to play...
~ Semua toys yang dia ada + pinggan mangkuk mummy + CD2 kartun + semua hand bag yang ada...

Dina love to watch...
~ Semua koleksi Barney yang ada...

Dina love to wear...
~ New clothes, semua aksesori yang ada macam jam, gelang, klip rambut etc and paling suker pakai cincin mummy...

Always with Dina...
~ Bantal busuk and ibu jari...

Favourite dialog...
~ "mummy/daddy nih..", "nak mummy/daddy..",

Dina mudah...
~ Semput bila di serang batuk, kulit mudah luka and ruam bila badan berpeluh, merajuk bila mummy jerit to stop do something yang membahayakan diri sendiri...

5 benda berubah/yg baru setelah menginjak 2 tahun...
~ Naik kete jek mesti nak duduk belakang
~ Nampak semakin berdikari terutama bila main toys sorang2
~ Mulut dah makin riuh malah dia sendiri akan tegur mummy and daddy if both do it something wrong... (second reminder mummy/daddy)
~ Love singing
~ Dah boleh berkawan (make a friend)

Monday, October 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY DINA!!!

HAPPY BIRTHDAY TO NUR IRDINA BATRISYA!!!!

Happy Besday to my dearest lil' princess. Mummy and daddy really love you so much sayang!!! Alhamdulillah Dina dah pun menginjak ke usia 2 tahun hari ini. Dalam keadaan apa pun hari nih mummy and daddy berusaha arrangekan masa supaya at least Dina leh tiup lilin. Even tak sumer cousin ada tapi tak kisah ler janji Dina leh tiup lilin. Time pi kedai kek pagi tadi pun Dina dah tau kek tuh tuk dia and dia very excited tuk celebrate.

Pagi tadi mummy and daddy terpaksa letak Dina umah Mak Ngah tuk mintak tolong jagakan Dina sementara mummy and daddy pi basuh umah tuk second time. Penat memang tak leh nak kata ler tapi mummy and daddy tetap gak berusaha adakan sesi potong kek tuk Dina. Semalam pun Auntie Nonie yang jagakan Dina. Maaf la sayang terpaksa merata mencari baby sitter tuk Dina sebab mummy and daddy rushing uruskan umah yang kelam-kabut sama macam jiwa mummy nih.

Dina dah 2 tahun. Dina nak adik ker? Hukhukhuk.... Dina dah besar, dah faham tentang hidup dia di dunia ni. Dina cepat belajar. Mulut pun ble tahan gak ler bisingnyer. Ada jek dia nak tanya, nak citer and nak nyanyi. For this time being Dina love to see Barney show! Dalam dia dok senyap2 tengok Barney rupa2nya dia belajar apa yang ada kat dalam movie Barney tuh. She learn ABC.... 123... singing and dancing! Tapi kalo suh kira One Two Three dia akan skip beberapa nombor and nombor yang dia takkan miss is no. 6 and 7. Hehehehe..... biasa la budak2 baru nak belajarkan? Mummy and daddy tak push Dina tuk catch up sumer benda tapi we just let Dina learn slowly and by her own.

Sejak dah 2 tahun nih Dina makin manja and paling kuat merajuk. Dia pun semakin aktif malah dah reti main sendiri. Entah lah since kuar spital ari tuh perkembangan Dina nampak agresif sket. Terlebih makan ubat kot?

Kat sini ada beberapa picture yang sempat di ambil time sesi potong kek petang tadi. Tuh pun Dina kene paksa bangun dari tidurnya memandangkan causins dia ramai dah sibuk nak balik. Cian dier ek. SELAMAT HARI JADI SAYANG!!!!


Besday girl tido ler plak... cina kene tinggal jup...



Kek besday for besday girl. Mummy and daddy beli kek yang dah siap jek, tak sempat nak tempah.



Kek Dina for 2 years old!!! Simple but delicious!!! Yum...yum...



Preparation before start singing...



Singing time...



Sesi potong kek



Antara cousins yang still stay sampai Dina bangun and tiup lilin






Saturday, October 25, 2008

Menjelang 2 Tahun

Memandangkan mummy dok excited tengok picture kat blog Auntie Idany so mummy dengan syoknyer nak letak gambo Dina banyak-banyak menjelang Dina sambut besday.

Malangnyer tahun nih kita tak dapat nak buat party ler dear. Takpelah...tadi Auntie Nonie call ajak kita makan then mummy suh Auntie Nonie buat on Monday on your besday so kita tiup lilin besday kek kat rumah Auntie Nonie ek. Nanti mummy, daddy and all your cousins nyanyi lagu hepi beday to you for you ek. LOVE U DEAR!!!



Hehehe...tuanyer tangan yang pegang bingkai gambo Dina ek...


Ler...gambo tak siap lukis lagi...


Saje je mummy pilih kucing sebab daddy takut ngiowkan dear...!



Macam bagus jek ek kan Dina..hahahaha....









Friday, October 24, 2008

Menghitung hari....

Em..tak baper hari jek lagi Dina akan sambut besday ke-2. Wah dah besau anak mummy nih. Patut ler perangai pun makin besau.

Alhamdulillah sejak kuar spital ri tuh Dina dah tak demam lagi. Sehat walafiat dah skang nih. Selera makan jek tetap maintain. Paksa pun tak guna sebab Dina memang degil... takleh di paksa langsung...mesti nak ikut cakap dia jek.

Bila sihat...wah...wah...wah..wah..makin lasak. Kat rumah nih dari ruang tamu sampai ler ke dapur habis dia sepahkan dengan toys ler...dengan entah apa kejadahnyer lagi. Nak plak skang nih tengah sibuk packing barang so dia pun ringan tulang menolong apa-apa yang dia rasa nak tolong and buat. Bukan bleh di tegah pun.

Mummy ingat lagi kes beberapa hari lepas. Time tuh mummy and daddy dok sibuk punggah pinggan mangkuk adiah kawen dulu. Then mummy susun kat tepi meja makan, suddenly Dina pun datang. Sibuk menanya barang apa tuh, pastuh dengan pantas jek dia nak duduk atas kotak pinggan kaca yang ada kat situ. Mummy pun apa lagi... jerit ler. Pas mummy jerit Dina terus jadi kaku and muka dia pun dah muncung. Mummy explain baik2 bagitahu bukannyer mummy marah Dina tapi mummy tak kasi dok atas kotak tuh sebab bahaya. Dina tenung mummy then dia terus lari ke dalam bilik. Uik...dia merajuk ler plak. Mummy and dady pun terus jek masuk bilik kejar Dina. Wah..wah...anak dara tuh dah pandai merajuk ler! Kagum ler tengok Dina wat gitu...macam citer dalam TV ler. Hehhehheh... bila pikir balik...memang ler dia merajuk sebab dia dah besau and dah faham tiap perilaku kita cuma dia tak faham maksud yang tersembunyi.

Mummy and daddy really love u sayang!!! Hope Dina membesar dengan sempurna and jadi anak yang baik, solehah and taat pada perintah Allah. Insyaallah.

Monday, October 06, 2008

Kerja Ubahsuai

Kerja-kerja selanggara blog Dina sedang dijalankan.
Segala kesulitan amat dikesali.

Friday, October 03, 2008

Coretan Aidilfitri 2008 Daddy untuk Dina

Pakaian rasmi untuk Aidilfitri pertama

Mummy dan Dina bersama dengan uncle Boi dan auntie Ayin

Walaupun di Hari Raya, "Ban" tetap tidak akan ditinggalkan

Tengah memilih biskut raya

Di awal pagi di kampung Tok Nyang

Aliran longkang yang dulunya merupakan "port" mummy dina semasa kecil berendam

Aidilfitri tahun ni memang mencabar dan meletihkan bagi Daddy. Semuanya angkara puteri kesayangan Daddy dan Mummy, siapa lagi kalau bukan NUR IRDINA BATRISYA.

Pasti semua sudah tahu yag Dina dimasukkan ke Ampang Puteri beberapa hari sebelum raya. Mummy Dina ada xplain dalam posting sebelumnya. 3 hari yang memenatkan di Hospital, bila balik jer rumah, daddy dan mummy memang terus qada' tidur, nasib Dina join sama. Apa-apa pun, nasib baik tak beraya dalam hospital tahun ni.

Disebabkan Dina tak sihat, persiapan raya tahun ni menjadi kelam kabut sedikit. Pada asalnya nak balik raya di Ukay Perdana pada hari Isnin, malam raya di Tasek Permai dan mungkin balik kg mummy dalam 2 malam tapi semuanya terpaksa berubah.

Petang menjelang raya (30 Ramadhan / Sept) baru Dina & family dapat pulang ke Ukay Perdana. Kiranya malam raya di Ukay Perdana. Sepatutnya tahun ni turn untuk beraya di Tasek Permai, tetapi memandangkan tiada siapa yang beraya di Ukay Perdana, Mummy Dina setuju untukl beraya di Ukay. Thanks mummy.

Raya pertama Dina nampak sihat dan cergas. Selepas solat Aidilfitri, Daddy bawa Dina dan Mummy ke Tasek Permai Ampang, rumah uwan Dina. Kat sana cuma Auntie Nonie dan abg Nizam sahaja yang beraya. Petangnya Dina pergi ke rumah kakak ipar auntie Noni (auntie kay) di Kelab Ukay sebelum pulang kembali ke ukay perdana. Malamnya nampak Dina macam selsema dan batuk kembali.


Besoknya dalam jam 11 pagi, kami semua bertolak ke Alor Gajah untuk ke rumah parents abg aziz. Jalan memang sesak. Sebelum Nilai lagi dah bumper 2 bumper. Di tol simpang empat lagi la teruk. Guna touch n go pun lambat gak. Selamat sampai di rumah abg aziz lebih kurang jam 1.30 ptg.

Bertolak ke rumah Tok Nyang lebih kurang jam 4 petang. Masa ni Dina dah mula semakin teruk selesema plus dah kerap batuk. Sampai di Kota lebih kurang jam 5ptg. Kat rumah Tok Nyang, Dina memang teruk ragamnya. Merengek tak tentu pasal. Sekali nak Didi, lepas tu nak Mimi ....... pening Daddy dan Mummy. Nak marah, Daddy tahu yang Dina tak sihat.

Besoknya, nampak Dina dah makin teruk lak, dah nak jadi semput (lelah). Nampak nak bercakap pun jadi susah. So, terpaksa lah Daddy dan Mummy pulang awal ke KL. Jam 1.30ptg bergerak pulang dari rumah Tokj Nyang, tapi kami singgah dulu di rumah Ateh Udin dan Rumah Cik Ani.

Bertolak dari Rumah Cik Ani jam 3:15ptg dan selamat sampai di Ampang jam 4.45ptg. Perjalanan amat lancar. Tak jem langsung. Dina dan mummy lak tidur sepanjang perjalanan.

Malamnya terus bawa Dina ke Klinik Bandar Baru Ampang. Harapnya besok Dina akan ok.

Membesarkan seorang anak memang mancabar. Terpaksa melayan segala kerenah dan ragamnya terutamanya semasa anak tak sihat. Walau apapun so far, rasanya daddy dan mummy akan tetap bersabar untuk membesarkan Dina dan memberikan segala yang terbaik untuk Dina. Harapnya satu hari nanti, Dina akan dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak dan kakak (bila?), yang solehah.