Wednesday, March 24, 2010

sambungan CNY trip hari ke 4

masih lagi hari ke 4.

Selepas minyak kete diisi, 7 botol tu...semua RM21, perjalanan masih diteruskan untuk ke hotel yang telah ditempah. Perjalanan dari Kg Raja ke Tanah Rata kali ni memang teruk. Jemmmmm gilerrr babas tol. Nasib baik minyak dah isi, kalau tak... ada can DD pun jadi penyumbang masalah kesesakkan jalan raya sebab kete habis minyak tengah jalan hehehehehe....

Dah lama rasanya DD atau pun MM tak pergi Cameron. BB Dina lak ni first time naik ke Cameron. Banyak perubahan, terutamanya lokasi pasar malam Cameron, kalau dulu lokasi pasar malam kat tengah pekan Berinchang, kali ni dah bertukar kat sepanjang jalan pekan Berinchang.

Memang besar pasar malam ni, tapi masalahnya jalan menjadi sesak sebab ramai sangat pemandu kat Malaysia ingat dia sorang jer yang bayar road tax, so kereta dia boleh parking kat mana-mana yang dia suka plus rakyat Malaysia yang berjalan kaki amat kebal, so selamba je melenggang tepi jalan besar sebab kalau kereta langgar dia kebal.

Lebih kurang jam 5.30 ptg, kami semua selamat sampai ke destinasi. Century Pine Resort merupakan hotel tempat kami akan tinggal sepanjang 3H2M di Cameron dan reservation DD gunakan Agoda.Com. Untuk readers, DD highly recommended gunakan service Agoda ni, sebab rate dia memang murah or at least equal dengan memana website reservation hotel yang ada.

Reservation smooth takde problem, tapi problem bermula bila dapat kunci bilik. Bilik masuk jer kat bilik, "terperanjat beruk" sebab bilik still tak siap sepenuhnya. Ada ke patut bantal tak de sarung (main susun atas dressing table je plak tu), kerusi & meja kat balkoni x de, towel pulak hanya towel mandi saja yang ada, towel lain dah habis stok and paling worse kettle tak de.

Macam ni ke service hotel 4 star???? Kalau rumah tumpangan Ah Chong tu ok la. DD bengang giler, terus buat komplen ke front desk. Tu pun selepas 3 kali call, sebab takde orang jawab kat "housekeeping" dept.

15 minit, takde pun housekeeping datang. Memang nak kena maki hotel ni, later DD call again front desk dan memacam alasan dia bagi esp sebab hotel "full house" so pekerja tak cukup. Bangang punya reason, dah tau musim cuti pepandai la buat back-up or at least give OT tuk staff.

Terus DD ke front desk then bagi permakian yang berhemah menggunaka 4 letter words, barulah hotel staff kelam kabut nak settlekan request. Apa pun moralnya, untuk mngmt Century Pines Resort, kalau macam ni lah service korang, tahniah DD ucapkan sebab korang dah kehilangan sorang customer.

Next time memang takkan stay lagi kat situ. Then tuk readers, kalau korang nak stay sana, lu pikirlah sendiri ........ hihihihi...

Hotel ni kelengkapan bilik tak cukup kalau full house, staff pun tak cukup (maybe kedekut nak bayar OT kot), Hotel Manager penakut nak jumpa customer, dia suruh Asst Mgr je jumpa (kesian Asst Mgr kena bambu ngan DD) :p

Ok cukup dulu sesi kutuk Hotel Century Pines Resort (kena sebut bebanyak nama hotel ni sebab nak buat search engine capture blog ni bila readers search tuk nama Century Pines Resort Cameron Highlands :)

Malamnya kami semua Dinner di Pekan Tanah Rata. Makanan kat food court ni ok ok la. Kalau lapar tu bolehlah makan, tapi kalau nak masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan tu rasanya 20 tahun lagi tak sure dapat masuk ke tak. :p




dah la mahal..70sen secucuk... tak sedap lak tu, tapi lapar punya pasal habis gak :)

Lepas dinner, kami berjalan-jalan ke pasar malam Berinchang. Memang meriah pasar malam ni. Penuh ngan pelancong dan pelbagai jenis makanan dan souvenirs yang boleh di beli.

Tips untuk readers, pasar malam ni dibahagikan kepada 3 section, satu row khas untuk peniaga bukan islam dan satu row lagi untuk peniaga muslim. Tetapi.... mostly peniaga bukan Islam akan hire indon yang bertudung tuk menjual bagi pihak mereka espcially makanan. So readers.... sendiri mau ingat ;)

lautan manusia di Pasar Malam Berinchang

kagum tengok towkey ni ambil madu lebah.

MM tengah asyik buat proses tawar menawar

Mummy... Dina kan nak yang tu la..... xcited Dina tengok soft toys berasaskan strawbeghi (ikut slang Dina) yang berlambak kat sini.

dah dapat topi happy jer .....




No comments: