Thursday, March 25, 2010

CNY Trip hari ke 5 dgn tajuk kecil "Jalan-jalan melawat Cameron Highlands"

Hari ni merupakan sessi membuat lawatan ke Cameron Highlands. Selepas breakfast di hotel yang makanannya asyik tak cukup, meja lambat kemas (sebab staff kurang, tapi hotel full house) kami start bertolak keluar untuk menjelajah seluruh CH.

Bersemangat BB Dina makan. Tapi gaya je lebih ni, bukan makan sangat pun.


Kami akan start perjalanan dari atas (Ladang Teh) dan turun ke bawah (Tanah Rata). Perjalanan ke Ladang Teh Cameron Sungei Palas memang mencabar. Sesiapa yang pernah ke sana sure tahu jalan nak naik ke BOH Tea Centre memang sempit. Beberapa kali perjalanan nak ke Boh Centre tersekat gara-gara jalan yang sempit, perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi hampir sejam.

Nampak tak barisan kereta yang tersangkut esp bila bertembung sebab jalan sempit sangat dan banyak selekoh merbahaya.

Sampai je kat BOH Centre hujan renyai-renyal lak.

BB Dina happy sebab DD dukung dia, yang penatnya DD la sebab kena dukung BB sampai ke BOH Centre di puncak tu (refer gambar bawah)


Plaque perasmian BOH Centre


Hidung yang sensitif, padahal bau daun teh tu. Dah la Teh 'O' Ais tu minuman favourite BB, tapi bau teh punyala dia sensitif

Happy dengan soft toys "Mr BOH"


Di BOH Tea Centre Sungei Palas, sempatla kami melawat kilang dan shopping teh boh.

Selepas Ladang Teh, kami ke pasar berhampiran dengan Equatorial Hotel (Kea Farm). Kat sini MM sempat la memborong ubi + jagung mutiara (tapi hampeh jagung ni bila masak kat umah dah tak manis lak).

TQ to En Polis sebab menjaga trafik di sekitar Cameron, kalau takde En Polis ni, lagi terukla jem kat sini

Lepas tu kami ke Cactus Valley dan akhir sekali Ladang Strawberry. Lunch lak kat bawah Hotel Titiwangsa. Not bad la taste dia.



Lepas penat berjalan satu hari suntuk, kami balik kembali ke hotel tuk berehat kejup. Lepas maghrib kembali keluar ke pasar malam Berinchang, kiranya dinner dgn beli makanan kat pasar malam ni.

Meh cuci mata gambar-gambar time DD, MM n BB Dina excited memetik stobeghi (loghat BB). Best sangat sebab boleh pilih-pilih dan bergambar sakan. Tapi batas-batas yang di buat sangatlah bahaya sebab jalannyer tak rata dan berbatu-batu.



No comments: