Monday, January 29, 2007

Dina dah 3 Bulan

27 Januari 2007 genaplah 3 bulan anak daddy ngan mummy ni.
Sekarang Dina dah jadi semakin nak tembam lak. Dina pun dah mula banyak minum susu botol. Purata dalam sehari adalah lebih kurang 3 kali minum (satu botol 3 auns).

Macam uwan Dina cakap, Dina tak banyak ragam, dulu meragam sebab tak reti minum susu botol jer. Nak tidor malam pun senang, kalau dah sampai waktunya (biasanya dalam pukul 10malam) sure Dina dapat tidur.

Ni Dina umur 3 bulan.


Ni Daddy lak umur 3 bulan gak, sama tak?

Monday, January 15, 2007

Dina Ke Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)







Hari Sabtu 13 Jan lepas daddy ngan mummy bawak Dina ke KLCC. Tgk pameran ni.
Ramai giler manusia.....sampai nak hayati pameran pun tak leh sebab terlampau ramai.





Prof. Dr. Fuat Sezgin merupakan pengasas salah sebuah pusat penyelidikan terkemuka di dunia yang menjadi sumber ilmu pengetahuan serta warisan kebudayaan Arab-Islam - Institut Sejarah Sains Arab-Islam di Johnn Wolfgang Goethe University Frankfurt, Jerman.


Pameran dilanjutkan hingga 14 Februari
Published: January 12, 2007

PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang sepatutnya berakhir 14 Januari ini akan dilanjutkan sebulan lagi hingga 14 Februari depan.

 Menteri Sains Teknologi dan inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang prihatin dengan permintaan orang ramai supaya pameran itu dilanjutkan di lokasi yang sama.

"Oleh itu orang ramai tidak perlu terburu-buru kerana mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengatur lawatan mereka,'' katanya.

Pameran itu sepatutnya berlangsung selama seminggu dari 8 hingga 14 Januari di KLCC sebelum berpindah ke Pusat Sains Negara (PSN).
Selepas PSN, ia akan dibawa ke beberapa lokasi lain di seluruh negara untuk membolehkan rakyat menghayati kegemilangan Islam pada masa dahulu.

Dr. Jamaluddin memberitahu, dalam tempoh tiga hari pameran itu diadakan ia telah dikunjungi 27,000 pengunjung.


(dipetik dari web http://www.putera.com/tamadun)


Ramainya pengunjung ....


Dina tengah khusyuk tengok pameran :)

Monday, January 08, 2007

Fesyen Terbaru 2007

Sempena dengan tahun baru 2007 ni, Dina telah tampil dengan fesyen rambut yang terbaru. Inilah fesyen terbaru Dina hehehehehe.....



Objek apakah ini?



Malulah Dina.......


Dina bersama auntie Ayin yang semestinya tidak botak



Mengantuknya Dina

Birthday sepupu Dina - Ahmad Wafiq

1 Januari 2007 genaplah setahun umur Wafiq.
Sambutan secara kecil kecilan dibuat oleh papa Wafiq kat rumah nenek Umi di Ukay Perdana.

Masa semua duk potong kek, Dina tidur. :)



Kek yang siap sedia untuk disembelih.



Wafiq dengan Papa Wafiq, Mama Wafiq dan Nenek Umi