Thursday, March 14, 2013

Si comel yang kidal


Assalamualaikum.


Baru-baru ni, atok tegur Qisya sebab makan guna tangan kiri. Atok datang kat meja dan atok tukarkan tangan kiri ke tangan kanan. Walhal mummy dan dan daddy ada je sebelah-menyebelah sambil tengok Qisya makan. Memandangkan mummy dan daddy dah tahu sangat kemampuan Qisya, tu yang kami biarkan aje.

Qisya ni dia ada 'good habit' iaitu suka makan sendiri. Erti kata lain nak suap sendiri setiap kali diberi makan. Dari kecil mummy memang beri pelepasan pada Qisya untuk makan sendiri memandangkan cara makan Qisya agak berhemah sedikit berbanding kakak.

Qisya makan kurang berterabur, tambah-tambah kalau makanan tu dia suka. Akan lebih banyak masuk mulut dari bersepah di lantai. Jadi mummy agak yakin nak beri kebebasan untuk Qisya merasa 'feel' bila suap makanan sendiri.

Cumanya, setiap kali makan mummy dan daddy perasan yang kawalan tangan kanan sangat lemah. Makanan sukar disudukan, sukar diangkat dan sukar disuap ke mulut. Bila Qisya guna tangan kiri, dia akan rasa 'feel' yang sedikit berlainan bila dia lebih mudah mengawal pergerakan.

Untuk tidak mahu menyekat segala kemampuan Qisya, mummy lepaskan Qisya makan menggunakan mana-mana tangan yang dia mahu. Kiri boleh, kanan pun boleh. Kalau makan guna tangan, mummy ajar tangan kanan, lebih afdhal dan sopan. Tapi dia akan kekok. :)

Menulis pun guna tangan kiri juga. Pegang barang pun lebih banyak guna tangan kiri. Nampak agak ketara kawalan tangan kanan sangat lemah. Memandangkan mummy pun kidal, makanya mummy biarkan saja Qisya bentuk keupayaan fizikal dia mengikut kemampuannya.

Cuma itulah, banyak kekurangan nanti untuk orang kidal ni. Ada masanya, pasti kita tetap kene praktik menggunakan tangan kanan. Mummy sampai sekarang pun tetap tak pandai kawal secara total bila makan menggunakan sudu/garfu/pisau. Kurang 'feel' orang kata.  :)

Tak apalah adik... kita belajar-belajar je dulu mana-mana yang adik mampu eh. Mana tahu bila dah besar sikit boleh guna tangan kanan secara keseluruhannya. Ini semua urusan Allah SWT, hanya yang terbaik buat setiap hambaNYA.  


Ni gamabr lama yang ada dalam simpanan mummy. 
Waktu ni belum sibuk-sibuk boikot McD lagi. huhuhuhuhu





Kata orang.. terutamanya pakar motivasi, orang kidal ni kreatifkan? Mummy je yang takde kelebihan itu. Moga adik punya kelebihan yang banyak jika adik adalah antara golongan kidal bila besar nanti ya. Amin.



Thursday, March 07, 2013

Spek glemer


Assalamualaikum.

Mummy buang tebiat agaknyer tiba-tiba rajin update blog anak-anak. Entah, rasa rindu nak baca perihal kisah anak, tapi bila diselak... cerita tentang Qisya tak ada langsung. Sian bucuk mummy.

Daddy sejak kerja baru nih, sibuknya semacam. Tapi mummy happy sebab itu semua rezeki daddy dan anak-anak.  :)

Kak long dah mula pakai cermin mata.  :)

Insiden ni berlaku tanpa jangka. Dina selalu mengadu yang dia selalu tak nampak apa cikgu tulisk at depan. Dia cakap kecik sangat. Selalu jugalah dia mengadu perkara tersebut pada daddy. Mummy tetap dengan pendirian yang kak long ni silau memandangkan dia duduk di meja tepi sekali di belakang.

Satu hari tu kami ke Ampang Point untuk cari subang Dina sebab subang sebelah dah tercicir, nak elak lubang tu tertutup mummy nak cari subang silver je dulu. Ada booth di ruang legar bawah, Focus Point ada buat promosi cermin mata. 

Daddy ajak periksa mata Dina sebab dia selalu mengadukan. Jadi kami periksa je dulu. Allahuakhbar.... power dia cecah 150. Tersiat rasa hati mummy. Sebak! Terus daddy decided untuk tempah spek bagi keselesaan Dina.

Bila periksa betul-betul, power baru 50 dan ada silau. Okla... lg pun tengah ada promosi jadi grab aje. Cuma bila under promosi nih, pilihan yang ada tak banyak. Kami pun tak punyer budget untuk 'insiden' ini makanya pilih je apa yang ada.



Ini pilihan kak long. Mummy ok je tapi semua orang cakap besar. Pada mummy memang la nampak besar tapi bukan trend ke???? hahahahaha.... Iyer trend laaaa....



Tak caya mummy cakap trend????? Meh tengok sini....

v


v



v



v



v




v



v



v



v



v



v




v




v





tadaaaaaa.....

Ada gaya! Mutu! Keunggulan!

:)




Buku wajib ada okeh. Suka membaca dalam kereta budak nih tau.


Wednesday, March 06, 2013

Darjah 1



Pada usia 6 tahun 3 bulan Kak Long dah masuk darjah 1. Seronok tengok kak long membesar walau mummy tahu kak long tu banyak sangat menurun perangai mummy. Mummy selalu berdoa pada Allah SWT moga jauhkanlah tabiat/perangai buruk mummy agar diwarisi anak-anak.

Mummy ni banyak kekurangan dan kelemahan, semua daddy yang tampungkan, itu pun berat daddy nak tampung. huhuhuhuhuhu..... anak-anak tersayang, semoga yang tidak sempurna dalam diri mummy ini tidak kamu warisi. Amin.

Alhamdulillah, tak mudah uruskan persekolahan kak long memandangkan sepupu dia pun sekelas. Duduk pun semeja, jadinya kuranglah rasa janggal atau sukar nak mencari kawan baru.

Tapi 3 hari je dapat duduk sama, lepas tu cikgu tukarkan tempat Irfan dengan orang lain. Mungkin atas alasan, nak asingkan lelaki dan perempuan.  :)

Daddy ajar kak long berbelanja. Nak bayar atau pesan/beli makanan di kantin supaya dia belajar berdikari. Agak risau juga takut dia tak mahu beli di kantin sebab takut untuk menggunakan wang. Tapi sangkaan kami salah, sekejapan dah teror. Hohoho!

Makanya bukan sahaja dia membeli di kantin malah selalu membuat lawatan di kedai buku. Macam-macam dibelinya sehingga perlu ditegur. Kalau tidak, duit berbaki pasti habis licin. Mummy juga selalu tegur kak long jangan setiap hari membeli di luar sekolah. Makanan yang dijual kebanyakannya bukan yang berkhasiat. Tapi di beli juga. Hari ni tegur, esok tak beli tapi tulat beli balik. 

Mummy belajar sesuatu dari teman FB, mummy patut ajar kak long membeli makanan dan makan makanan yang bertanda logo HALAL Jakim sahaja. Setidak-tidaknya boleh mewujudkan sedikit kekangan dalam pembelian kak long. Semoga mummy success! Perkara mudah yang kadang-kala ibubapa terlepas pandangkan? 


Thursday, March 22, 2012

Nur Qisya Qistina

Sebulan lebih tak ada cerita tentang anak-anak. Dah mak bapak pun sama je busy and lazy. Alhamdulillah, sampai juga hajat mummy dan daddy buat akikah untuk Qisya. Jemputan tak ramai pun, sebab mungkin ada yang tak dijemput. Maaf yer.

Qisya dah 9 bulan lebih. Sangat agresif dan aktif. Lebih lasak dari kak long, lebih hebat dari kak long. Accident walker dah 2-3 kali, tergolek sendiri ada, tergolek dengan Uwan pun ada. 

Gara-gara nak selamatkan Qisya dari meluncur laju ke dapur sebab antara dining dengan kitchen ada beza ketinggian lantai. Belum sempat dapat halang Qisya yang dengan lajunya memandu walker, Uwan tersungkur dulu di dapur. Hadoiyaiii la anak bertuah.

Qisya boleh capai semua barang samada di lantai atau di mana-mana tahap ketinggian yang dia mampu hanya dari dalam walker. Yang dilantai, dia akan sangkut kaki di kiri atau kanan besi sisi walker dan dengan selamba lambung badan ke bawah. Okeh ngeri!

Uwan cakap Qisya susah nak di jaga. Di depan mata pun accident, tak di jaga lagilah accident sebab dalam walker pun boleh buat aksi dan bila biar meniarap, dia akan terus duduk lepas tu bila tak balance terus terbalik kebelakang. Haru!

Bila dalam kereta... Ya ALLAH susahnya mummy nak handle. Dia tak nak duduk diam. Letak dalam baby carrier cum car seat, dia bangun lepas tu duduk membongkok sebab nak mintak bangun. 

Mummy masukkan dalam rocker, boleh pula dia tolak-tolak badan ke depan samapi la dapat capai pinggan dan cawan yang mummy letak di depan. Sedar-sedar, air dah tumpah secawan, bubur dalam mangkuk dah segenggam di tangan. Padalah amat mustahil untuk dicapai tapi tidak bagi Qisya.

Gigi dah 4 batang. Gigi kapak 2 batang. Habit bila bosan, hisap hujung lengan atau baju, gigit-gigit Uwan dan mummy sebab bila gigit daddy, cepat aje daddy menjerit. Apalah daddy nih tak sportingkan. Kene gigit tu biasa la. 

Sebenarnyer nak letak gambar Qisya banyak-banyak tapi tercerita banyak la pulak.  :)











Monday, February 13, 2012

Zoo Negara 2012

Awal Feb, mummy cuti panjang coz cuti Wilayah bersambung dengan cuti Maulidur Rasul & Thaipusam. So takde xtvt yang spesel, cuma kali ni buat lawatan muhibbah sekitar KL je. On Thursday ke Cruise Putrajaya (boleh refer entry sebelum) and on Monday ke Zoo.


Qisya muka ngantuk coz kena kejut awal pagi :)

Monday, February 06, 2012

Cruise Tasek Putrajaya

Last week sempena dengan Hari Wilayah, Cruise Putrajaya buat promotion untuk sesapa yang teringin nak naik cruise. 50% off untuk warga Malaysia. Memang murah and berbaloi. Dengan harga promosi ni tiket crusie untuk adult RM15 dan kanak-kanak RM10 shj. So apa lagi, Daddy & Mummy tak nak miss peluang ni :)

Thursday, February 02, 2012

Batu Kurau - Cuti Cuti Malaysia

Inilah landmark Pekan Batu Kurau


Cuti Tahun Baru Cina kali ni kami semua berlainan daripada biasa. Kali ni kami semua ke Batu Kurau, Taiping atau kalau lebih tepat lagi Kg Pasir Besar, batu Kurau.


Tuesday, January 24, 2012

Tadika Cahaya Raudhah (Little Caliphs Program)

Alhamdulilah, this year Dina dah selamat didaftarkan ke Tadika Cahaya Raudhah Taman Kosas. Tadika ni menggunakan program Little Caliphs. Kak long kali ni request nak masuk skol yang pakai tudung. 

Ni skol Dina. Gambar diambil dari FB tadika. 

Bagan Lalang

Nampaknya ni lah posting yang pertama untuk tahun 2012. Memang jarang lak nak update blog kakak long Dina & Qisya. Masa tak sempat. 

First week Januari ari tu DD and MM bawak kakak & Qisya jalan-jalan ke Bagan Lalang. Maklumlah dah lama tak pi holiday, kali ni kami pilih lokasi yang dekat skit ngan KL maklumlah masa and financial tak mengizinkan.




Tuesday, December 27, 2011

Jalan-jalan KL TOWER

Last week sempena dengan cuti Krismas, Daddy & Mummy bawak Dina & Qisya ke KL TOWER. 

Ni merupakan kali ke dua Daddy & Mummy p KL Tower, first time dulu dah lama, time bercinta :)




Monday, December 26, 2011

Cerita lama sepanjang November - Disember

Dah lama rasanya DD atau MM tak buat posting pasal 2 orang puteri kesayangan kami ni, Dina & Qisya. Sepanjang Nov & Dec ni tak banyak sangat benda yang berlaku. Bulan Dec gak bulan deman untuk Dina & Qisya.

Sekarang saya dah boleh makan nyum nyum nyum.

Tuesday, November 29, 2011

Majlis Akad Nikah Uncle Naza @ Sekinchan

Last weekend, 26 Nov 2011 Dina & family join majlis akad nikah dan persandingan uncle Naza. Uncle Naza ni adik Daddy Dina.


Kami semua bertolak ke Sekinchan daripada rumah Nek Umi di Ukay Perdana dalam jam 10:30am. Kami semua selamat sampai di hotel penginapan dalam jam 1:30pm.


Jam 3:00ptg majlis akad nikah dijalankan di Masjid Kg Pasir Panjang, Sekinchan. Dengan sekali lafaz je Uncle Naza selamat menjadi suami pada Auntie Su.


Malamnya majlis berinai. Memang meriah majlis kawen ni, maklumlah semuanya gotong royong dan semestinya bila kenduri gotong royong ni makanannya memang best. Malam berinai ni, mummy ngan Qisya tak join sama, maklumlah nak bagi Qisya rest secukupnya.






Wednesday, November 16, 2011

Kak Long yang prihatin.

Daddy plan nak dating together2 dengan mummy office hour. Mula-mula plan nak lunch date je sekali lain jadinyer. :)

Sebelum anak bertanya lanjut, si bapa awal-awal kene explain, kalau tidak nanti kene soal lagi banyak.


Friday, October 28, 2011

Sekitar sambutan besday kak long

Hari Rabu lepas (sempena cuti Deepavali), Atuk Dina organize sembahnyang hajat dan baca Yassin. Tujuan utama majlis ni untuk doakan kesihatan auntie Noni, keselamatan kepada bakal haji dari famili kami dan jugak untguk yang bakal ambil SPM akhir tahun ni.


Kek Barbie. Memang cantik, nak makan pun sayang. Nak tempah? P tanya MM Dina