Last week sempena dengan cuti Krismas, Daddy & Mummy bawak Dina & Qisya ke KL TOWER.
Ni merupakan kali ke dua Daddy & Mummy p KL Tower, first time dulu dah lama, time bercinta :)
Sempena cuti sekolah ni KL Tower buat promosi tiket, RM70 shj untuk 2 Adult + 2 Children. Kalau harga biasa, RM30 untuk adult & RM20 untuk children. Moreover, tiket pakej ni boleh guna untuk Observation Deck & Mini Zoo.
Parking boleh tahan gak mahalnya, RM3 sejam dan setiap jam berikutnya.
Kami sampai KL TOWER dalam lebih kurang jam 11am. Nasib baik tak berapa ramai lagi pengunjung masa ni, nak beli tiket, adala dalam 3 orang yang duk beratur. Nak naik ke Observation Deck pun tak payah nak beratur. Tapi time kami turun, punyalah panjang Q untuk nak beli tiket.
Kak Long seronok naik KL Tower, lagipun memang dah lama dia request nak naik KLCC atau KL Tower. Qisya macam biasa, good girl, tak banyak kerenah and yang pastinya Qisya memang suka 'posing' bila Daddy halakan DSLR ke Qisya.
|
Hari ni Kak Long nak bawak Qisya naik KL Tower |
|
Baru separuh perjalanan ke Dek Observation |
|
Tengah dengar lagu KRU hehehehe |
|
Pemandangan KL di waktu pagi .... eh pagi ke kalau kul 11:30am? |
|
Menara Maybank |
|
Qisya yang memang GOOD GIRL |
|
Kakak tak selesa pakai walkman tu |
|
Apa yang mummy teropong tu ? |
|
ooooooo .... Mummy sekodeng pool ni ek |
|
Dah takde walkman baru ceria |
|
Sapa lagi tinggi? Kak long ke KL Tower? |
|
Hello Uwan.... Dina kat KL Tower ni. Replika telefon tahun 90an. Teringat lak Daddy time guna public phone ni masa belajar dulu-dulu :) |
|
Nampak tak ramai kat belakang tu? sebenarnya tu Q pengunjung yang nak beli tiket |
|
Mini Zoo termasuk dalam pakej tiket |
|
Daddy, Dina & Ular Sawa :p |
No comments:
Post a Comment