Wednesday, March 06, 2013

Darjah 1



Pada usia 6 tahun 3 bulan Kak Long dah masuk darjah 1. Seronok tengok kak long membesar walau mummy tahu kak long tu banyak sangat menurun perangai mummy. Mummy selalu berdoa pada Allah SWT moga jauhkanlah tabiat/perangai buruk mummy agar diwarisi anak-anak.

Mummy ni banyak kekurangan dan kelemahan, semua daddy yang tampungkan, itu pun berat daddy nak tampung. huhuhuhuhuhu..... anak-anak tersayang, semoga yang tidak sempurna dalam diri mummy ini tidak kamu warisi. Amin.

Alhamdulillah, tak mudah uruskan persekolahan kak long memandangkan sepupu dia pun sekelas. Duduk pun semeja, jadinya kuranglah rasa janggal atau sukar nak mencari kawan baru.

Tapi 3 hari je dapat duduk sama, lepas tu cikgu tukarkan tempat Irfan dengan orang lain. Mungkin atas alasan, nak asingkan lelaki dan perempuan.  :)

Daddy ajar kak long berbelanja. Nak bayar atau pesan/beli makanan di kantin supaya dia belajar berdikari. Agak risau juga takut dia tak mahu beli di kantin sebab takut untuk menggunakan wang. Tapi sangkaan kami salah, sekejapan dah teror. Hohoho!

Makanya bukan sahaja dia membeli di kantin malah selalu membuat lawatan di kedai buku. Macam-macam dibelinya sehingga perlu ditegur. Kalau tidak, duit berbaki pasti habis licin. Mummy juga selalu tegur kak long jangan setiap hari membeli di luar sekolah. Makanan yang dijual kebanyakannya bukan yang berkhasiat. Tapi di beli juga. Hari ni tegur, esok tak beli tapi tulat beli balik. 

Mummy belajar sesuatu dari teman FB, mummy patut ajar kak long membeli makanan dan makan makanan yang bertanda logo HALAL Jakim sahaja. Setidak-tidaknya boleh mewujudkan sedikit kekangan dalam pembelian kak long. Semoga mummy success! Perkara mudah yang kadang-kala ibubapa terlepas pandangkan? 


No comments: