Wednesday, August 20, 2008

Terbaru dari D I N A

Ramainyer bertanya bila ler nak ada cerita @ gambo terbaru Dina. Mummy pun tak larat dah nak jawab sebab jawapannya tetap sama "takde masa @ mood ler nak update". Tapi memandangkan mummy tetiba jek di datangi mood yang baik so mummy berusaha ler update blog anak dara nih.

Now Dina tengah tak berapa sehat. Kalau ikut rekod perubatan Doktor, tiap tiga minggu mesti Dina datang melawat klinik. Time Dina tak sehat ler kesabaran mummy and daddy menipis. Even Dina tak lasak tapi dia paling banyak meragam. Time demam adalah time Dina buat segala fi'il2 pelik dan yang pastinya menguji tahap kesabaran. Macam mana nak sabar if dalam bilik air pun nak swimming dengan pelampung dia yang besau gabak tuh, time tu gak ler dia mula buat perangai tak berapa betul bila suruh pakai baju tidur dia tetap degil nak pakai seluar jeans atau paling2 tak pun dia akan pilih nak pakai baju cantik (baju2 jalan ler), and tak ker menguji kesabaran bila dia nangis nak 'kong' (dukung) then jari telunjuk dia tunjuk merata... boleh tembus dinding rumah dia tunjuk. Huh.. memang banyak lagi ler kerenah dia yang kadang-kala nak jek mummy jerit bagitahu betapa tensionnya mummmy bila tak dapat nak faham keadaan dina.

Inilah dugaan jadi ibu. Setiap anak ragamnyer berbeza. Ada orang anaknya senang nak di jaga ada ada tuh lasak bukan main. Penah jumpa seorang anak kecil nih lebih kurang sebaya Dina tapi lasak. Bila dia bergurau atau berlari habis dinding rumah di sondol so tak heran ler dahi budak tuh benjol. Mummy yang tengok pun jadi ngeri...

Koleksi yang ada dalam simpanan mummy



Baju tidur pilihan Dina untuk hari ini. Mummy bohong sunat sket cakap baju kurung tuh cantik so dia excited la nak pakai. Ok sket baju kurung at least bila tidur malam tak ler sejuk dek air-cond.



Pilihan baju tidur Dina semalam. Padahal baju tuh ble pakai time umur 3-4 tahun nanti. Auntie Ayin kasi 3 set tapi semua besau2. hehehehe... dah tuh melalak nak pakai jeans! Hentam aje ler.



Tengok sket muka budak yang tak sehat tuh...



Time tengah sehat memang 'GOOD GIRL' tau...



Eksen jek lebih...makannyer idak!



Sunday, June 29, 2008

Celebrate besday Irfan 2 tahun

27 Jun 2008

Tarikh tuh genap ler usia Irfan (sepupu dina) 2 tahun. Ucu call suruh datang umah Uwan even that time dah pun pukul sepuluh suku malam. Kata Ucu dia ada beli KFC so ajak dina and pemli datang makan. Orang dah masuk tido baru ler nak ajak makan, siang-siang tadi tak moh cakap. Bila Ucu cakap saje tuk besday Irfan so pergi jela. Wah ada kek secret recipe ler Untie Nonie beli tuh Irfan patut ler kul 10 malam baru ajak. Cik Noni tuh memang sentiasa lambat.

Memandangkan dina pun sambut usia yang ke setahun lapan bulan so dina pun sesama nyibuk tiup lilin and potong kek. Dina actually suker sesi potong-potong kek nih. Dia akan jadi excited giler. Memandangkan hari dah malam, mata pun dah suram so xde ler banyak gambo yang di ambil. Even dah lewat malam, dina tetap celik and aktif main dengan sepupu rapat dia tuh walau pun siang tadi baru jek jumpa. Dina...dina...



Dina dok peluk Irfan suh Irfan nyanyi lagu besday...


Besday boy.


Dina pun sibuk nak join sama sesi potong kek.


Saturday, June 28, 2008

Dina Setahun Lapan Bulan

Memang dah lama tak posting dalam blog dina ni. Mummy pun dah bising, heheheheh bukan apa tak de idea dah.

Tak sangka sekarang dah setahun 8 bulan usia Dina. Memang cepat masa berlalu. Dina pun dah semakin membesar dan dah semakin nakal dan degil sekarang ni. Kadang-kadang pening kepala Daddy & Mummy dengan kenakallan Dina sekarang ni.

Antara benda yang Dina suka buat sekarang ni ialah:-

* tendang botol susu lepas tu kalut bagitau kat daddy atau mummy yang botol susu dia jatuh dan tumpah.

* kalau nak mandi mesti kena ada "awas". Nak tau apa itu "awas" sila refer posting klik sini.

* suka buat senyumman manja bila berjumpa dengan sesapa saja orang yang dina tak kenal. sekarang ni hampir semua penghuni ampang prima blok C ni suka tegur Dina sebab Dina suka buat senyuman manja.

* nak tidur, mesti dengan TV yang terpasang, walaupun Dina tak tengok TV tu, dia mesti kena pastikan TV tetap terpasang.

* Dina dah pandai request untuk bukak channel kartun kat astro. ni satu petanda bahaya untuk daddy & mummy.

* Dah pandai mintak susu bila lapar.

* Ais Krim merupakan makanan favourite, tapi daddy dan mummy tak ajar sangat sebab dina ni senang nak batuk.

* Bantal busuk meang pantang ditinggalkan dan kadang kala bantal busuk no 2 pun kenqa ada sama.


Thursday, June 19, 2008

Dina oh Dina

Nur Irdina Batrisya nama yang mummy pilih since Dina berusia 4 bulan lagi (usia dalam perut). Daddy just followed jek. Nasib daddy tak cerewet cuma daddy request nak ada nama yang at least pangkal or hujung yang sama tuk semua anak. Tapi mummy lak tak baper nak setuju coz' bila nak letak nama yang sama nanti nama jadi tak variety ler. Dari tiga kerat nama, dua jek yang akan lain. Masalahnyer Nur tuh sure memang akan ada so sekerat ler yang akan tak sama. Alahai... tak bestnyer ler kan? Sokong ke idak?

Just for info, nama Dina nih ada
maknanyer tersendiri. Tapi takde related langsung dengan personal collection. Mummy just pilih nama yang bagus maknanyer jer sebab hanya yang terbaik untuk Dina.

Nur = Cahaya
Irdina = Kehormatan kami
Batrisya = Yang bijak, cerdik
Dina = Agamaku

Kalau boleh biarlah nickname pun ada makna. Jadi biar semuanyer tersirat dengan makna yang baik.

And now let share storey about Dina. Right now Dina really dah besau, really independent. Banyak yang Dina belajar. Anything yang mummy and daddy ajar Dina akan ikut. That why kalo bertekak de
ngan daddy kene pikir dulu Dina ada ke tak. Dina faham if dia buat salah and when dia di marah.

Kalau nak mandi Dina sure akan pergi punggah toys dia cari cawan ke teko ke then nanti dia buat cedok air dalam baldi dia. Masalahnyer Dina panggil cawan = awas! Huh... jenuh dok betulkan tapi bila dia lupa dia akan cakap awas. Mula-mula dulu puas dok pikir apa yang awasnyer... pastuh baru tahu bila dia tunjuk cawan. Huhuhuhu... awas gerak langkah mu oh.. oh..! (Part of KRU's song).

Kalau Dina balik jek dia mesti cari mummy. Tempat firs
t dia tuju sure ler dapur. Pernah sekali tuh mummy menyorok...jenuh dia cari tak jumpa. Kwang...kwang...kwang kene main dengan mummy. Kalau di tanya dia makan apa umah uwan, dia akan jawab makan asik... tanya lagi lauk apa dia sure akan jawab ayam. Kadang-kadang tuh ada sos ler kicap ler... macam-macam yang disebut padahal makan pun tidak.

Bila tenung and renung Dina... betul cakap daddy dia dah semakin membesar. Dah bijak. Kalau tak bijak takkan dia reti punyer ler bukak tutup TV, tukar channel ASTRO, on off fan, kuar n masuk CD, buka cabinet punggah pinggan mangkuk, raga n macam-macam lagi ler. REally pening pale di buatnyer. Hari-hari gaduh dengan Dina sampai daddy pun dah jadi pempuan... membebel ngalahkan mummy.








Thursday, May 29, 2008

Dina ke Zoo Negara

18 Mei 2008

8.20 pg - Dina kene kejut bangun pagi. Punyerlah malas dia nak bangun. Dah ler malam tuh dia batai tido lambat macam biasa. Jenuh paksa dia tido awal. Tengok ler.. macam yg dijangka Dina susah nak bangun tido. 2-3 kali mummy kejut dia buat dek jek. Dah bukak mata pun dia bantai golek2 lagi.

8.45 pg - Bertolak ke Zoo Negara. Mummy just bekalkan Dina muffin, nuget, burger n donut.

9.00 pg - Sampai kat Zoo. Orang takde sgt lagi. Still lengang. Pintu pun macam derang baru jek bukak. Daddy kata bestnyer coz xde org lagi. Even nak naik train pun xyah beratur panjang. Tapi kami decide tuk jalan-jalan dulu. Still awal lagi... best exercise.

10.30 pg - Cuaca dah mula mendung. Alahai... susah kalau hujan. Tempat nak berteduh pun xde. Mummy and daddy bawa Dina ke Ape Centre
. Time tuh hujan dah mula turun... renyai-renyai... Bahyernyer...takut Dina demam lak. Dah ler xde payung, just bawa topi Dina jek. At last berhenti kat Ape Centre... tunggu sampai hujan reda. Kat situ Dina kasi orang utan makan pisang.

11.45 pg - Dah puas berjalan-jalan, bawa Dina naik train... pusing-pusing zoo sebelum decide tuk balik. Lagi pun cuaca dah mula panas, Dina pun dah berpeluh-peluh and orang pun dah ramai.

12.30 thgari - Kuar dari Zoo selepas puas berjalan-jalan.


Catatan ringkas lawatan Dina:-
  • Dina mula-mula sampai tuh still xde mood lg. Still ngantuk lagi. Cian Dina. Bawa tengok monyet pun tak excited sgt.
  • Dina berani giler kasi rusa makan. Daddy lak yg penakut.
  • Dina takut dengan gajah n zirafah that why susah nk suruh dia berposing dgn binatang-binatang tuh.
  • Dina paling suka time lepak-lepak kat depan kandang flamingo... dia panggil flaminggo tuh bird.

Wednesday, May 28, 2008

Dina xsehat la hari ni....

Hari nih mummy x pi kerja sebab jaga Dina. Tak sampai hati nak suruh Uwan jaga dengan keadaan Dina yang batuk tak berhenti tuh. Dari pagi tadi jek dah 3-4 kali Dina muntah. Habis baju... habis tilam... habis mummy skali. Kesiannyer mummy tengok Dina. Baru je beberapa hari lepas Dina sehat. Ingatnyer minggu nih nak bawa pergi injection tapi kene postpond lagi ler jawabnyer. Hari tuh dah bawa pi jumpa doktor tapi doktor advice jangan inject dulu memandangkan dia ada batuk and selsema sikit. Takut nanti makin melarat.

Orang kata anak-anak kalau nak membesar memang banyak kerenahnyer. Harap-harap Dina cepatlah sembuh. Bila Dina tak sehat mummy nak pergi kerja pun berat hati.

Sunday, May 25, 2008

Sambutan Mother's Day untuk Nek Umi

10 May 2008 sempena dengan sambutan Hari Ibu, daddy Dina telah arrangekan dinner untuk Nek Umi Dina di Restoran Tupai-Tupai (ini kali ke 3 Dina dinner kat tupai-tupai dalam masa sebulan)

Semua ahli keluarga daddy Dina hadir.


3 orang ibu yang sedang tekun menghayati makanan, terutamnya mummy Dina



Nek Umi bersama dengan ........... (alamak, lupa nama lak)



Auntie Ayin tengah praktis tuk menjadi ibu. Kuikuikuikui
sekarang ni jadi ibu kucing :p


semua tengah tengok apa tu?

Sunday, May 18, 2008

Jalan-jalan ke Johor



3 Mei 2008 (Sabtu)


Hari ni daddy nak bawa mummy dan Dina ke Johor. Sepupu mummy (Amy anak Cik Put) akan berkahwin hari Ahad ni di Kulai, Johor. So, dah alang-alang ke Johor, Daddy plan lah untuk overnight kat sana. Semua family mummy pergi kecuali Kak Noni. Family kak Lang dari hari jumaat lagi dah sampai JB. Mereka semua nak pi ke Singapura. Atuk dengan Uwan Dina pula ikut kami. Yang lain semuanya akan bertolak besok pagi (Ahad), mereka tak stay di JB kecuali family kak Shim.

Dari KL Dina bertolak lebih kurang jam 11.30am. Sepanjang perjalanan, Dina tidur dengan uwan kat belakang. Maklumlah, pagi tadi kena kejut awal dengan mummy.

Persinggahan pertama kami ialah di Batu Pahat. Bukan apa, Daddy teringin lak nak rasa Nasi Beriani Gam Mohd Shah yang famous sangat. Kebetulan pula, anak owner Nasi Beriani ni member UUM mummy. Memang sedap nasi beriani Mohd Shah ni. Daddy dengan atuk Dina makan Beriani kambing, Mummy dengan Uwan lak Ayam beriani. Dina?? Macam biasa, Dina ni "kaki diet". Tak makan :(

Thanks to Is coz' belanja kami semua makan. :)

Selepas lunch, perjalanan diteruskan lagi. Lebih kurang jam 4.30pm, kami semua sampai di Johor Bharu dan terus check in di Crystal Crowm Hotel. Daddy menggunakan perkhidmatan dari Cuti.Com



Malamnya, kami semua dinner bersama-sama dengan family Kak Lang dan juga family Aim di Stulang Laut. Aim baru saja sampai dari KL. untuk booking hotel ni. Perkhidmatan Cuti.Com ni memang bagus dan rate nya pun not bad, still murah dari kita contact direct hotel tersebut.



4 Mei 2008 (Ahad)

Selepas breakfast, lebih kurang jam 1230pm, kami semua check out dan terus ke Kulai untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu mummy. Kami sampai lebih kurang jam 1pm. Family Along, Family Kak Azie & Family Kak Shim dah sampai sebelum kami semua. Kak Ngan & family tiba dalam 5minit selepas kami sampai. Majlis meriah tapi malang sebab hujan turun. So, terpaksalah pengantik berarak lewat sedikit.

Lebih kurang 3.30pm, Dina bertolak pulang ke KL. Perjalanan lancar, jalan tak sesak sangat. Daddy hanya singgah di hentian Ayer Keroh sahaja dan tiba di KL lebih kurang jam 7pm.

Thursday, May 15, 2008

Sedikit Kerja Pembaikian Blog

Blog Dina akan menjalani sedikit kerja-kerja pembaikan.
Maklumlah semenjak talian internet terputus, banyak sangat sawang.

Segala kesulitan amat dikesali hehehehehehe.....

Sambutan Birthday Atuk

19 April 2008 Dina & family menyambut Birthday atuk di Restoran Tupai Tupai. Kami makan buffet steamboat. Actually seminggu sebelum tu, Dina bersama Daddy dan Mummy dah datang kat Tupai-Tupai ni.

Buffet kat sini ok gak, lebih kurang RM30 per head (termasuk minum). Pilihan makanan pun variety. Envirnment restoran pun not bad. So kepada sesiapa yang teringin nak makan steamboat dengan suasana restorang yang eksklusif, mungkin Tupai Tupai dapat memenuhi citarasa anda.


Dina tengah bersiap untuk ke Jamuan Birthday atuk.


Dina bersama mummy tengah tunggu lift kat lobi kondo.


Sessi makan-makan bermula.


Semua tengah concentrate makan.


Dina dan Irfan (sepupu Dina)


Di Entrance Tupai Tupai Restoran

Thursday, May 08, 2008

Sepanjang 4 bulan yang lalu

Lama giler tak update blog Dina ni, sampaikan Daddy Dina pun dah tak tau nak start macam mana. So buat permulaan ni Daddy Dina hanya akan upload kan sekitar gambar Dina sepanjang 4 bulan yang lepas. Actually banyak peristiwa yang berlaku pada Dina, tapi biarlah gambar yang menceritakan semuanya.













sambutan besday mummy Dina, tapi Dina lak yang xcited nak tiup ngan potong kek.


Dina bersama dengan anak member mummy x uum (kak bie)

Akhirnya.......

Yes!!!!! Sekarang baru lah dah ada line internet kat rumah Dina. So sekarang barulah daddy dina dapat selalu update kan blog Dina.

So kita tunggu................ kemunculan posting-posting terbaru perjalanan harian Baby Dina.

Saturday, March 29, 2008

Mummy bercerita tentang Dina....

Kali nih mummy yang menulis. Nak cerita tentang perkembangan terbaru Dina. Tapi xde picture terbaru nk di attach coz Daddy dah stop dok ambil gambo Dina... bussy dengan kerja katanya... hehehehe....
Dina dah pun menghampiri setahun lebih. Semakin pandai dan bijak. Faham dengan kata-kata orang. Tahu apa yang perlu di buat bila disuruh. Nak tahu apa yang Dina tahu...? Jom...baca...
  1. Bila mummy ajak Dina mandi or salin baju... Dina akan terus datang kat mummy then angkat tangan. Baju n seluar Dina tuh Dina akan usung masukkan dalam basket baju kotor. Tak yah cakap Dina tahu apa yang perlu dia buat bila mummy buka baju Dina. Penah sekali tuh mummy pergi mandi then tracksuit mummy yg dah pakai td mummy just letak atas katil coz plan nk pakai balik tp bila selesai mandi..mummy cari ler suar mummy...tak terfikir papepun... tp bila check dalam basket tengok2 dah terhumban kat dalam tuh. Dah agak dah nih mesti kerja Dina. hehehehe...mummy balik yg diajarnya.
  2. Dina tahu bila dia buat sepah dia akan kemaskan balik. Semua barang2 mainan Dina akan masukkan dalam box mainan..especially bila dia tahu yg mummy n daddy nak kuar also malam before masuk tidur. Rajin tak Dina? hehehehe.... n Dina pun tahu...once dia tumpahkan susu ke air ke or anything yg dia makan, dia akan mintak tisu or kain tuk lap. Sometime mummy pun tak perasan Dina dah tumpahkan air tp bila Dina mintak tisu mmg tahu sgt ler dia dah tmpahkan something atas lantai. Dina...Dina...
  3. Malam when Dina dah rasa ngantuk or bosan dok kat luar... Dina akan usung bantal2 busuknyer then ajak mummy masuk bilik. Dina takkan ajak daddy coz dia tahu daddy suker tgk TV kat luar. huhuhuhu....
  4. Dina...perangainya sebijik macam daddy... Bila hari cuti jek dia akan bantai tidur lelama. Kul 10 lebih baru bangun. Tang nih memang susah nk diatur coz daddy ajar dia bangun lambat since dia babby lagi... Buruknyer ler perangai anak dara mummy nih...
  5. Tiap kali daddy jemput Dina kat umah Uwan, Dina dah tahu apa yg dia perlu buat. Dina akan cari Uwan then salam n kiss pastuh Dina akan salam dengan semua yg ada kat umah tuh. Dah siap salam Dina akan cari bantal2 busuknyer then ajak daddy balik. Malah bila malam before tidur pun Dina akan salam dengan mummy and daddy. Kiss both of us then say goodnite...kadang2 tuh dia say bye...bye...
  6. Bila tiap kali mummy or daddy nk solat... kene bentangkan lagi satu sejadah tuk Dina. If tidak dia akan bising suh bentangkan sejadah time kita tgh solat.Tapi belum angkat takbir lagi dia dah pun sujud. Dina... mummy tak sempat lg nk carikan Dina tudung or telekungla.....

Dah ler kot buat masa nih. Banyak lagi nk cerita tp next time la... tunggu perkembangan Dina selanjutnya. Dina lama dah tak pi bercuti... tuh yg xde gambo baru... Tunggu dina pi Zoo Negara ler ek. Hehehehe...belajar mengenal haiwan...

p/s: mama-adalia n umi faris xnk joint ker pi Zoo? Jomla...

Wednesday, February 27, 2008

Dina ~ New Lifestyle

Em...lama daddy dina tak bercerita tentang Dinakan. Almaklumlah, since pindah nih lum masuk internet line kat umah tuh. So mummy dina tolong sambungkan cerita.
Dina sekarang dah dengan cara hidup yang baru. Since pindah nih Dina semakin sunyi. Takde kawan diajak bermain atau bergaduh... especially dengan sepupu rapat Dina tulah...si Irfan. Siang hari je ada kawan sebab Dina still dijaga oleh Uwan. Disebabkan takde kawan di rumah, mummy and daddy belikan Dina toys baru yang sesuai dengan Dina. Dina suker main bear, main masak-masak and also sukakan baby. Bila Dina habis masak, dia akan kasi daddy or mummy rasa. Huhuhu...Dina memang bijak.
Dina pun rajin orangnya. Tiap kali mummy ngemas or sapu lantai, setiap kali tuh jugalah Dina tolong menyapu juga. Dina suka lap lantai. Habis sumer kain tuala mummy, Dina guna tuk sapu susu or air yang tumpah kat lantai.
Sekarang nih Dina dah ada jadual baru. Pagi-pagi daddy akan hantar Dina pergi rumah Uwan then petang bila daddy balik kerja... daddy jemput Dina. Cian Dina, dulu boleh bantai tidur sampai pukul 10.00 pagi tapi sekarang pukul 7.30 pagi je dah kene angkat dengan daddy. Tapi Dina dah mula faham dengan cara hidup barunya.
Dina really sunyi. Dina sukakan baby. Tapi Dina tak sesuai ada adik sekarang sebab dina manja sangat. Sket-sket nak 'kong' (mean dukung). Hehehe... but Dina really sukakan baby. Iklan di TV yang ada aksi2 baby adalah iklan favourite Dina macam iklan Huggies and also iklan "buah.... buah hati".
Dina semakin besar dan mula bejalar tentang erti kehidupan.

Dina with her cousin...Irfan

Dina and her baby in stroller... suker tul kiss 'baby' nih.


Dina with her tray. Tengah prepare supper tuk mummy and daddy.


Oooo....sibuk bancuh air...


Hehehe...Dina...Dina...





Sunday, December 30, 2007

Selamat Tahun Baru 2008 !!! Jom lihat perubahan Dina (dari lahir hingga 3 bulan)

Selamat menyambut tahun baru 2008 daripada Dina & keluarga. Moga tahun baru ini semuanya akan tampil dengan azam yang baru. Untuk kali nin, jom kita lihat perubahan fizikal Dina dari masa Dina dilahhirkan hinggalah sekarang.


Ini semasa Dina berusia lebih kurang 6jam selepas dilahirkan. Masih merah lagi. Masa ni Dina dibawa oleh nurse untuk pertama kali menyusu dengan mummy.


Dina berusia dalam 4 hari di rumah uwan Dina di Ampang. Mummy berpantang di Ampang. Perasan tak, masa ni Dina dah guna bantal busuk sebagai bantal kepala Dina.


7 Nov 2006, Dina berusia 10 hari.


18 Nov 2006 berusia dalam 21 hari



1 Dec 2006 berusia dalam sebulan lebih skit. Perasan tak, masa ni Dina dah start nak hisap jari. Tabiat hisap jari Dina kekal sampai sekarang. Biasanya Dina akan hisap jari bila nak minum susu, tidur, menenangkan diri bila tak sihat dan bila bosan dengan sesuatu perkara.


24 Dec 2006 semasa majlis akikah dan bercukur Dina. Masa ni baru jer berusia hampir 2 bulan. Beberapa hari selepas majlis bercukur, kepala Dina dibotakkan.


1 Jan 07. Inilah bentuk rambut Dina sebelum dibotakkan. Rambut yang macam kena gigit tikus (uwan Dina yg cakap) ini adalah hasil guntingan daddy & mummy Dina.


14 Jan 07, Dina dibotakkan sepenuhnya. Masa ni Dina dah berusia hampir 3 bulan