Sunday, December 30, 2007

Selamat Tahun Baru 2008 !!! Jom lihat perubahan Dina (dari lahir hingga 3 bulan)

Selamat menyambut tahun baru 2008 daripada Dina & keluarga. Moga tahun baru ini semuanya akan tampil dengan azam yang baru. Untuk kali nin, jom kita lihat perubahan fizikal Dina dari masa Dina dilahhirkan hinggalah sekarang.


Ini semasa Dina berusia lebih kurang 6jam selepas dilahirkan. Masih merah lagi. Masa ni Dina dibawa oleh nurse untuk pertama kali menyusu dengan mummy.


Dina berusia dalam 4 hari di rumah uwan Dina di Ampang. Mummy berpantang di Ampang. Perasan tak, masa ni Dina dah guna bantal busuk sebagai bantal kepala Dina.


7 Nov 2006, Dina berusia 10 hari.


18 Nov 2006 berusia dalam 21 hari



1 Dec 2006 berusia dalam sebulan lebih skit. Perasan tak, masa ni Dina dah start nak hisap jari. Tabiat hisap jari Dina kekal sampai sekarang. Biasanya Dina akan hisap jari bila nak minum susu, tidur, menenangkan diri bila tak sihat dan bila bosan dengan sesuatu perkara.


24 Dec 2006 semasa majlis akikah dan bercukur Dina. Masa ni baru jer berusia hampir 2 bulan. Beberapa hari selepas majlis bercukur, kepala Dina dibotakkan.


1 Jan 07. Inilah bentuk rambut Dina sebelum dibotakkan. Rambut yang macam kena gigit tikus (uwan Dina yg cakap) ini adalah hasil guntingan daddy & mummy Dina.


14 Jan 07, Dina dibotakkan sepenuhnya. Masa ni Dina dah berusia hampir 3 bulan

No comments: