Memang dah lama tak posting dalam blog dina ni. Mummy pun dah bising, heheheheh bukan apa tak de idea dah.
Tak sangka sekarang dah setahun 8 bulan usia Dina. Memang cepat masa berlalu. Dina pun dah semakin membesar dan dah semakin nakal dan degil sekarang ni. Kadang-kadang pening kepala Daddy & Mummy dengan kenakallan Dina sekarang ni.
Antara benda yang Dina suka buat sekarang ni ialah:-
* tendang botol susu lepas tu kalut bagitau kat daddy atau mummy yang botol susu dia jatuh dan tumpah.
* kalau nak mandi mesti kena ada "awas". Nak tau apa itu "awas" sila refer posting klik sini.
* suka buat senyumman manja bila berjumpa dengan sesapa saja orang yang dina tak kenal. sekarang ni hampir semua penghuni ampang prima blok C ni suka tegur Dina sebab Dina suka buat senyuman manja.
* nak tidur, mesti dengan TV yang terpasang, walaupun Dina tak tengok TV tu, dia mesti kena pastikan TV tetap terpasang.
* Dina dah pandai request untuk bukak channel kartun kat astro. ni satu petanda bahaya untuk daddy & mummy.
* Dah pandai mintak susu bila lapar.
* Ais Krim merupakan makanan favourite, tapi daddy dan mummy tak ajar sangat sebab dina ni senang nak batuk.
* Bantal busuk meang pantang ditinggalkan dan kadang kala bantal busuk no 2 pun kenqa ada sama.
No comments:
Post a Comment