Sunday, February 20, 2011

Family Gathering (Ukay Perdana)

Semalam (19 Feb) kami semua berkumpul di rumah umi. Tujuan utama gathering ni sebenarnya nak bincang pasal trip ke HCM next month. Lagipun kami semua pun dah lama tak berkumpul semua.
Mnu istimewa gathering ni ialah nasi kerabu umi. Nak cerita pun takde idea, so macam bbiasa... kita tengok gambar tuk tengok betapa bestnya nasi kerabu umi :) (semua gambar makanan ni selepas dimakan, sebelum makan lupa amik gambar sebab xcited sangat nak makan )

Nasi Kerabu


Kerabu


Benda wajib untuk nasi kerabu .... BUDU

Daging Bakar


Udang goreng tepung

Dina dengan sepupu-sepupunya

Kek Birthday untuk auntie Ayin

Puding roti daripada chef mummy Dina

Tuesday, February 15, 2011

Under Major Renovation

Blog Dina dalam major renovation, so mintak maaf la kepada tetamu semua.
Harap bila siap renovation ni akan menyenangkan lagi pelawat semua :)

Tuesday, February 08, 2011

Pergi School ....... HAPPY !

Alhamdullilah, sekarang ni kakak dah ok sesangat bila nak ke sekolah. Dah takde nak nangis pun. 


Cuma macam biasa la bebudak, bila nak kejut bangun pagi tu liat sikit la. Tapi bila dah siap mandi etc... semuanya ok. Kenkadang time on d way ke sekolah, kakak ada gak inform DD yang dia ngantok nak tido umah uwan :)


Sekarang ni macam2 lagu yang kakak dah blajar kat skool, siap dah hafal plus dengan aksi-aksi lagi. Antara lagu favourite kakak "i know counting", "twinkle2 little star", "london bridge" dan yang paling DD rasa lagu kelakar lagu time kakak  buat xtvt water play. Pelik n klakar gak lagu "Bukit bergoyang". Kelakar lak lirik lagu ni, sekali dengar macam lagu Shin Chan hehehehehe.....


Antara member baik kakak kat skool, Sharmila, "Dokter", Aishah, Asyraff dan Alia. 


Happy sekarang DD n MM tengok Dina ke skool. :)

Monday, February 07, 2011

Sunset di Kg Telok, Pasir Panjang Port Dickson

Refer entry sebelumnya.......

Bersempena dengan lawatan makan ikan bakar kat Pasir Panjang, kami semua dapat lah gak tengok sunset kat sini. Actually tempat ni memang cantik viewnya.

Antara photo yang sempat DD shoot.

Kalau google pasal ikan bakar pasir panjang, sure gambar dari angle ni yang banyak ada :)



Kakak tengah leka menikmati ciptaan Allah yang cantik.



2 insan yang DD sayang campur seorang lagi dalam perut MM

Sunday, February 06, 2011

Cuti CNY 2011 - Ikan Bakar Pasir Panjang, PD

Hari Kedua (6 Feb 2010)

Selepas seharian duk berendam dalam pool, DD and MM plan nak makan ikan bakar. Kalau dulu tiap kali p PD kami makan ikan bakar kat Tanjung Agas, tapi kali ni nak tukar selera, nak try kat area Pasir Panjang lak. Tu pun sebab banyak entry dalam internet yang cakap tempat ni ikan bakar sedap. Sekali sekala nak gak try tempat baru. Cerita untuk ikan bakar kat Tanjung Agasi ni leh refer sini.

Untuk ke lokasi ikan bakar ni senang je, just follow jalan lama ke Melaka. Dari Bandar PD, terus menghala ke Teluk Kemang, terus lagi sampai jumpa Tiara Beach (Belah kiri), terus lagi, jumpa Eagle ranch (Belah kanan), terus lagi sampai jumpa lah signboard "Pasir Panjang", Then bila nampak tokong cina, terus belok ke kiri. Terus je dalam 5KM nanti ternampak la Medan Ikan Bakar Pasir Panjang.

Lokasi ikan bakar ni memang menarik tuk photoshot, leh tengok sunset.

Makanan lak bagi kami tak leh lawan kat Tanjung Agas lagi best. Tapi kiranya masih lagi ok compare dengan sesetengah medan ikan bakar yang makanannya "out". harga pun murah gak, malam tu kami makan ikan pari bakar, sotong + udang goreng tepung, ketam sweet sour & nasi lemak + air tembikai & teh O ais semuanya kena RM49.

Tapi kalau lain kali bagi DD, ikan bakar Tanjung Agas still the best kalau kat PD. Kat sini cuma view yang cantik espcially kalau nak tengok sunset. Untuk gambar sunset nanti DD akan postkan next entry.


Kalau dah masuk simpang kat tokong cina, readers pasti tak kan miss signboard ni.


Medan ni kecik jer, parking pun limited gak. 

Ruang dalam medan ikan bakar

Ikan bakar dimakan dengan nas lemak
RM1 Sebungkus


Sotoang Tepung. RM15 (300 gram)

Udang goreng tepung. RM5 (150gram je)

Ketam sweet sour RM9 (200 gram)

Ikan pari bakar RM13.50 (450 gram)
Air Kelapa, RM3 sebiji

Ni lah gerai yang kami makan

Friday, February 04, 2011

Cuti CNY 2011 - Port Dickson

Lintas langsung dari Hotel Avillion Admiral Cove PD.

Seperti biasa, tiap kali cuti CNY maka berjalan-jalanlah Dina & Family. Destinasi kali ni kami semua pilih PD, memandangkan jarak perjalanannya tak lah jauh sangat lebih-lebih lagi MM skang ni tengah sarat mengandung. Lagipun ari tu DD & MM dah janji, kalau Dina good kat school, DD & MM nak bawak Dina tido hotel. ALhamdullilah, Dina dah makin happy kat school :)

Kali ni kami memilih untuk stay kat Avillion Hotel, ni kali kedua kami stay kat hotel ni. Hotel ni memang amat menyelesakan di tambah lak dengan staffnya yang peramah.

Macam biasa, xtvt Dina sepanjang cuti ni swimming, swimming, swimming and swimming again. Letih DD n MM nak layan.


Gajet terbaru Dina.

Pergi School mesti HAPPY

Happy tol dapat swimming

Nak p mandi laut lak

Dina takut nak mandi laut, Dina main pasir je.



MM keletihan selepas berenang kat laut

belajar swimming

dah pandai apungkan kaki





Tuesday, January 25, 2011

Tadika Sri Cemerlang : Hampiri sebulan


Hari-hari ada homework. Nasib la x susah nak suruh buat walau kene banyak bersabar sebab akan wujud banyak iklan ciptaan si kenit sendiri. 

Hari ni balik dari hospital, daddy dan mummy jemput kakak di kindy dan daddy pergilah jumpa teacher bertanya perkembangan anak dara dia. Mummy xde punyer nak gi tanya, yang mummy tahu jemput then balik.  :p

Teacher cakap kakak so far semua ok tapi kene ajar dia buat huruf "a" dan "b" selalu sebab dia konfius nak pusing semi-circle tu tang ke kiri dan ke kanan.

Patutla semalam ajar buat "a" berapa banyak kali dia pergi buat semi-circle terbalik. Sampai kene marah la. Kasi kertas kosong suruh conteng sampai tangan dan mind tu dapat set "a" pusing ke kiri, tapi bila tulis je dalam buku terus pusing ke kanan.

After teacher inform barulah kami perasan. Patutla everytime suruh buat "a" mesti salah pusing. Ok.. ingat "a" je jadi masalah tapi "c" pun sama. Padahal punyerla byk dia buat sambungan dot dot "c" tadi tapi bila dia suka-suka menulis atas kertas, "c" yang elok pusing kiri jadi ke kanan. 

Jenuhla meng'adjust' ke kiri tapi susah. Dia still capture "c" tu pusing kanan. Teacher kata kene selalu ajar sebab bila dia keliru, amik masa nak betulkan apa yang dia dah 1st capture. Yup... itulah dia budak kecil, dia mudah ikut apa yang dia 1st capture, then bila nak betulkan balik memang amik masa.

Semalam bunyinyer ada minta daddy main "London bridge is falling down" tapi dia terlupa kot. hihihihi... selamatttt.... jenuh wooo nak layan sebab dia xkn minta buat sekali, at least mau 3-4 kali. Faham sangat dah.

Tapi tadi dia teringat then terus la ajak daddy dengan mummy main "London bridge" tuh. Main camner? Ala... macam dalam show Barney tu la... angkat tangan then orang akan lalu bawah tu then tangkap bila dah habis nyanyi. hihihihihi...

Tadi main la kami 3 beranak, sekali dah settle. Owh.... nak lagi.. ok kita layan sekali lagi. Kali kedua ni tengah dok tangkap si dara... yer... si dara kenit tu la yang tukang lalu bawah, sekali dia terjatuh daaa.... hahahhahha... igtnyer nangis sikit2. Mummy dan daddy just gelak-gelak jela. 

Dialog biasa daddy mesti "Dina kelakarlah..." Pastu bila pujuk-pujuk, dia bantai nangis betul-betul. Dia cakap... "daddy tangkap Dina sampai buat Dina jatuh..." huhuhuhuhu.... memang kelakarlah Dina ni.


## Hari ni lagi mummy dan daddy happy sebab setitis air mata pun x keluar bangun tidur pagi tadi. Malas2 je la nak bangun, siapa suruh tido lambat layan "yap ing song mata kaji kemarngiseng!" Her favourite movie ok. Dina kenal tau P.Ramlee yang mana.

Friday, January 21, 2011

K.O.S.O.N.G.

Pagi ni cute je anak dara kemanjaan tu ke sekolah dengan dua tocang kaler pink.

Daddy pun cakap.. cute je pagi ni dia ke sekolah usung bag sendiri sambil jalan masuk ke kelas.

Mesti teacher kasi 2 homework untuk 2 hari nanti. Tu bukan gi tadika Cina tu, kalau tadika Cina mummy tolong buatkan semua kot? hihihihihi... baru la cepat siap.  :p

Wednesday, January 19, 2011

Semakin hari semakin ok.


Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah. Kakak oh kakak panjang tau mummy dan daddy ucap syukur. Semua sebab kakak, sebab kakak dah 2 hari jalan masuk ke skool sendiri. Happy mummy dan daddy tengok.

Walau kakak hari-hari cakap "tak nak pergi skool, nak duduk rumah uwan aje. Mummy/daddy hantar Dina rumah uwan sekarang." Apa-apa je la dialognyer mummy dan daddy tetap kental xnak ikut cakap Dina. 

Bila tanya kenapa xnak pergi skool? Jawabnyer, "skool x best!." Ok fine! Skool x bestkan tapi balik skool sibuk call mummy banyak kali sambil paksa mummy suruh jemput kakak sekarang sebab xnak duduk rumah uwan. Bila tanya why xnak? Jawabnyer mudah, "Dina xnak duduk rumah uwan, x best!." Fine. Apa yang best?

Duduk rumah sendiri? Mummy x rasa pun sebab bila dah sampai rumah kalau mummy/daddy cakap xnak sayang kakak or kakak x sayang mummy/daddy dan dan tu minta nak cakap dengan uwan. Dah balik rumah cakap xnak duduk dengan mummy daddy pulak. Jadi duduk mana best kakak?

Untuk itu mummy dan daddy tetap aturkan jadual harian kakak as usual. Pagi pergi skool, balik skool guling-gulinglah rumah uwan, mummy daddy balik work kita berkubang kat rumah. Fun what? Lama-lama kakak mesti rasa fun sebab kakak buat homework everyday dengan baik. 

Even apa yang kakak buat pun kakak dah tau before apatah lagi lagu2 yang teacher ajar kat skool just add gaya je lagi. Lagu teacher nyanyi tu mostly kakak dah nyanyi dengan Barneykan? Lagi hebat kakak nyanyi sekarang siap gaya bagai.

Go girl... mummy tahu kakak sangat-sangat good. We LOVE u... we know u love mummy n daddy too sbb bila mummy kata nanti mummy meninggal, daddy meninggal kakak tinggal sorang, then you cry xnak and said that you love both of us. So sweet...   :)


Sunday, January 16, 2011

Homework on weekend


Teacher ada bagi 2 homework untuk disiapkan pada hujung minggu ni. Dua-dua kerja menyambung dot dot dan mewarna. Paling payah nak paksa adalah mewarna dengan cantik.

Padahal time dia excited nak pergi sekolah dulu, hari-hari dia mewarna dengan cantik dan kemas. Sikit pun x keluar-keluar malah pemilihan warna pun menarik. 

Tapi sejak hati x berkenan nak ke sekolah, apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan sekolah adalah sangat x best. Mummy dan daddy layankan saja. Sabar tetap sabar, marah tetap marah, tegas tetap tegas. No reward sebab homework perlu disiapkan dalam keadaan apa sekali pun.

Nak suruh buat homework pun bukan boleh dipaksa-paksa. Kene pandai cari timing yang kene dengan mood dia. Lepas tu kene ada skill untuk attract dia buat kerja. At last siap juga 1st homework and yang second pulak continue on Sunday. 


Time ni ikutkan mood dia dah ke laut tapi cari idea nak suruh dia buat kerja sampai siap. Soo... posing dulu.



2 ekor pula tu kura-kura kene tulis dan warna. Puas pujuk. X kisah la comot camner pun.



Tengok tu. Bila dia malas je mula la dia menyonteng, bukan mewarna. 


Apa-apa je la kakak, selagi mummy mampu bersabar mummy sabar je layan kerenah kakak.
Nak marah atau meletup-letup macam gunung berapi pun x guna sebab mummy dan daddy ada kakak sorang aje.



Homework hari Ahad nasib settle juga walau terpaksa menempuh cabaran bak ombak tsunami. Kalaulah kakak baca semua entry2 ni bila besar esok, mummy dan daddy nak kakak tahu, ni semua bukan paksaan tapi satu kewajipan untuk kakak. 

Kami nak kakak jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Macam daddy cakap, kalau x nak pergi sekolah life kakak sama je macam orang gila yang selalu duduk tepi jalan tu. Tau takutttt...tau xnak... so esok gi skol mcm biasa hokeh!


>> Hari ni dia asyik la minta dan cakap "mummy, Dina nak cuti tiga hari." Banyak la awak punyer songeh 3 hari. 




Friday, January 14, 2011

Tadika Sri Cemerlang: Homework


Minggu ini ada 3 homework teacher beri untuk disiapkan. 3 hari berturut-turut pulak tu. haiyaa... bukan Dina yang stress tapi mummy yang akan stress.

Homework pertama mummy layan dengan sabar setelah habis diconteng lukisan tu pada siang hari. Mengeluh mummy tengok. Xpe..xpe malam tu mummy slow-slow ajar dengan penuh kesabaran. Sikit pun mummy x naikkan suara. X percaya????

Harus percaya sebab kami berada di rumah Uwan. hihihihi... xkan la mummy nak mengamuk tak tentu halakan. Selamat Dina.. kan Dina kan?.

Homework kedua disiapkan di rumah sendiri. Tiba-tiba pula sabar mummy hilang, x pasal-pasal kene cubit lengan. Tapi lepas kene cubit tu sekelip mata je huruf "a" yang tengah di buat tu boleh siap dengan laju. Magic x Dina ni?

Homework ketiga dilayan dengan bertingkat-tingkat kesabaran bersama reward ke care4 atas permintaan tuan blog (bukan pencerita blog yer). So.. tidakkah anakanda merasa bertuah punya mummy dan daddy yang sangat penyabar ini???? 

Please kakak... you're a good girl, good princess in our heart.



Homework pertama yang telah diconteng di siang hari. Apa yang dia geramkan sangat pun entahlah...

Malamnya baru cantik sebab??


Ini aksi homework ke-3. Sabar ke mummy eh? huhuhuhu...




Buat dalam keterpaksaan. Ikut kamulah pincess janji siap. Bukan susah no. 1 je pun.
















Tuesday, January 11, 2011

Tadika Sri Cemerlang: Laporan minggu ke-2


Pagi ni mummy yang hantar kakak ke kindy. Daddy dah sampai Gua Musang dah time mummy dok kalut dalam jem anto kakak. Daddy kene balik Kelantan ziarah Ayah Su yang dipanggil Illahi. Al-Fatihah buat arwah.

Pagi ni senang sikit suruh bangun. Celik je mata terus mummy bagitahu yang daddy tak ada, dah balik kampung Tok Pa. Liat gak nak bangun tapi mummykan tegas. Tegas ke kasar ek? Hanya kakak yang tahu. kikikiki...

Dah siap pakaikan baju segala bagai, suruh pakai kasut boleh pulak dia nak berdukung. Dengan daddy boleh la sayang, dengan mummy jangan harap. Bag sebeban mummy nak bawa, dan yang pasti mummy ada baby dalam perut, lagi lah x boleh nak dukung.

Dalam kereta dengan suara sedih cakap "nanti mummy bawa Dina duduk dengan fren." Yer la... yer la... macam2 tau. Padahal fren dia yang mana pun mummy x tahu. Tengah dalam perjalanan sibuk nak terkucil plak. Ni dah jadi satu trademark dia tau. Sabar... sabar...

Jalan pulak jem macam biasa. Dah la mummy lewat, kene singgah hantar bag susu rumah Uwan dulu. huh kalut giler. Nak sampai je kat kindy dia mula la "hek hek hek hek nak mummy" eh eh eh... nak start dah. Mummy buat tak tahu je. 

Masuk kindy, dia suruh hantar bag masuk kelas dulu then suruh mummy bawa dia gi toilet. Toilet pun mummy x tahu kat mana. Si kenit tu la tunjuk. Aiyark... macam2kan. Layannnn... asal dia nak gi school. 

Then bawa masuk ke kelas terus mummy pas dia ke teacher. No turning back! Bak kata daddy "Jangan pandang belakangggg..." Dah macam seram je bunyinyer. hahahaha....

Mummy masuk kete terus drive tapi dalam hati rasa nak je tengok apa dia buat kat kelas, dia follow ke tidak teacher ajar, dia reti buat ke tidak, boleh tak main dengan fren2 tu semua. Haihhhh... ni la dia ibu, kasar ke tegas ke tetap ada lembutnyer.  :)

After dia balik school tadi, call uwan tanya macam mana. Uwan report dia melalak bila nampak kelibat uwan. Orang belum bersurai lagi dia dah melalak-lalak nak ajak balik. No pointkan nak cry sebab dah nak balik pun. Tu la dia cucu yang uwan manjakan. Tak boleh nampak kelibat langsunggggg....

Kakak-kakak.. pape pun kakak tetap good. Lama-lama mesti ok punyer. Cembeng je lebih. 


Monday, January 10, 2011

Hari ini sesi penuh bermula.


Jumaat lepas last day Dina orientasi dan hari ini bermula la sesi penuh persekolahan. Minggu ni pun dah mula ada homework, teacher yang inform mummy last week. So kakak akan berada di kindy from 7.30 am to 11.40 am. 

Mummy dan daddy harap minggu ni kakak Dina dah ok. Dah mula boleh adapt environment kat sekolah dan paling penting x meragam itu ini. Kalau nangis jugaaaaa.... memang haru la jawabnyer.

Pernah satu malam tu Dina tidur x lena, macam fobia/trauma ke sekolah sebab pukul 2 pagi boleh tu dia kejutkan mummy dan daddy cakap lapar nasi. Nak makan nasi aje, siapa nak layan memalam buta??? Mummy dengan daddy nak buka mata pun x larat.

Lepas tu cakap sakit perut la, x boleh tidur la dan sepanjang malam tu Dina macam tidur-tidur ayam sebab bertemankan TV yang terpasang. Setiap kali mummy tutup TV setiap kali tu jugala dia terjaga minta TV tu di on kan semula. 

Risau mummy dan daddy tengok kondisi Dina. Sejak sekolah pun makan dah tak lalu, susu pun minum takat isi perut. Mood asyik ke laut je lagi-lagi bila tanya pasal sekolah.

Pernah tau mummy dan daddy tanya dia, "kenapalah kakak cry kat sekolah? Kawan-kawan semua x cry pun. Semua dah ok." Nak tahu dia jawab apa? "Dulu daddy cakap mummy kat sekolah waktu kecik-kecik dulu pun cry." Hamboiiiii.... tetiba libatkan mummy pulak. Ni daddy la ni suka sindir mummy.

Kakak oh kakak... xpelah take your time. Sooner or later kakak will be ok then you will know that "school ni best!!!!". And as mummy and daddy promises you, this fort coming holiday, we will be bring you swimming at the hotel. huhuhuhuhu... habuan yang x hengat punyer. Tak boleh janji selalu nanti kopak mummy dan daddy. 

So kakak... today behave and be strong ok! Jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Mummy dan daddy selalu doakan untuk kakak semoga lembutkan hati kakak, mudahkan urusan harian kakak dan tenangkan hati kakak. 

Go girl... you can do it!

2nd punyer aksi. Gelak2 bagai tapi hari tu jugalah paling dahsat dia buat aksi kat school.




Siap nak melompat tu pepagi. Senyum x lekang tapi tu la.. aksi2 seterusnyer susah nak duga.  :p