Sunday, January 16, 2011

Homework on weekend


Teacher ada bagi 2 homework untuk disiapkan pada hujung minggu ni. Dua-dua kerja menyambung dot dot dan mewarna. Paling payah nak paksa adalah mewarna dengan cantik.

Padahal time dia excited nak pergi sekolah dulu, hari-hari dia mewarna dengan cantik dan kemas. Sikit pun x keluar-keluar malah pemilihan warna pun menarik. 

Tapi sejak hati x berkenan nak ke sekolah, apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan sekolah adalah sangat x best. Mummy dan daddy layankan saja. Sabar tetap sabar, marah tetap marah, tegas tetap tegas. No reward sebab homework perlu disiapkan dalam keadaan apa sekali pun.

Nak suruh buat homework pun bukan boleh dipaksa-paksa. Kene pandai cari timing yang kene dengan mood dia. Lepas tu kene ada skill untuk attract dia buat kerja. At last siap juga 1st homework and yang second pulak continue on Sunday. 


Time ni ikutkan mood dia dah ke laut tapi cari idea nak suruh dia buat kerja sampai siap. Soo... posing dulu.



2 ekor pula tu kura-kura kene tulis dan warna. Puas pujuk. X kisah la comot camner pun.



Tengok tu. Bila dia malas je mula la dia menyonteng, bukan mewarna. 


Apa-apa je la kakak, selagi mummy mampu bersabar mummy sabar je layan kerenah kakak.
Nak marah atau meletup-letup macam gunung berapi pun x guna sebab mummy dan daddy ada kakak sorang aje.



Homework hari Ahad nasib settle juga walau terpaksa menempuh cabaran bak ombak tsunami. Kalaulah kakak baca semua entry2 ni bila besar esok, mummy dan daddy nak kakak tahu, ni semua bukan paksaan tapi satu kewajipan untuk kakak. 

Kami nak kakak jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Macam daddy cakap, kalau x nak pergi sekolah life kakak sama je macam orang gila yang selalu duduk tepi jalan tu. Tau takutttt...tau xnak... so esok gi skol mcm biasa hokeh!


>> Hari ni dia asyik la minta dan cakap "mummy, Dina nak cuti tiga hari." Banyak la awak punyer songeh 3 hari. 




No comments: