Hari ni pergi menyelusuri Sg. Mekong. Mekong river trip nih guna tour agent tapi direct deal dari sana. Itu pun last minute punyer plan. Mula-mula x semua nak ikut tapi rugi kalau x pergikan, alhamdulillah plan yang dirancang berjalan dengan lancar.
Kami amik ajen Muslim dari sana. Contact no. ihsan dari kawan mummy, tapi orang yang dicontact tu x berkhidmat lagi di situ. Orang tu kasi no. ajen lain dan nasiblah ada yang sudi nak handle kami. Mereka charge USD30 per head for adult dan USD20 per head for children.
Mummy suruh daddy minta diskaun terutama untuk budak-budak yang kenit-kenit tu kot depa charge juga. Dah la kenit, pastu bukannyer makan sangat sebab trip tu included meal breakfast and lunch. Akhirnya Dina dan Wafiq yang baru 5 tahun tu dia charge USD10 aje satu kepala.
Perjalanan sangat mencabar. Xtau la entry ni akan jadi panjang mana sebab sepanjang berada di sana, trip ke Mekong ni la paling best.
Breakfast kami yang ejen tu sediakan. Nasi putih tapi macam pulut-pulut sikit nasi dia, dengan daging bakar yang sangat sedap, telur dadar, ada hirisan ayam ke hapentah... x igt, timun dan kuah pencicah. Berselera juga la mummy dan daddy makan. :)
Ini portion untuk setiap seorang. |
Daging salai dia terbaik!!! Sangat mabeles!!! |
Lepas makan baru bergerak dari hotel ke destinasi yang dah ditetapkan. Kami breakfast di bilik masing-masing aje.
Mummy yang kekenyangan. Naik satu van besar yang muat 16 orang. |
Mula-mula ajen tu berhenti di Mekong Rest Shop. Situ ada taman, toilet dan kedai. Ajen tu suruh gi toilet siap-siap before proceed to river trip. Karang nak terkucil jenuh nak cari toilet lak. Perjalanan amik masa dalam sejam setengah juga kot.
Inilah cucu-cucu Nek Umi. Budak baju Minnie Mouse tu mesti nak dok sebelah gak. Xle nak beralah dengan yang kecik. |
Sampai di jeti ada kiosk jual topi, bag dan baju tee. Kami semua shopping topi di situ. Alang-alang cuaca panas, elok la bertopi segala, lagi-lagi budak-budakkan? Harga pun xdelah mahal mana.
Bot yang bakal dinaiki beramai-ramai. |
Naik bot besar membelah sungai yang luas (sungai ke?) sebelum sampai ke sungai yang kecik. Melambung-lambung ombak tu tiup bot kami. Mummy la paling cuak sekali sebab mummykan penakutttt!!! Dahla time kami sampai angin tengah bertiup kuat, perghhh.... memang seriau sebab bot rasa macam nak terbalik.
Pemandu pelancong kami untuk hari itu.
Nek Umi dan Aunt Yin dengan topi pilihan.
Mummy dan Dina pilih topi ada tali, takut terbangggg....
Daddy pun sama... topi mesti bertali.
Ahli rombongan.
Sampai di pasar Mekong. Kat sini ada jual banyak barang sulam yang cantik-cantik. Harga mahal sikit dari pasar Ben Thanh tapi kualiti dia terbaik dari pasar. Ada yang shopping baju Vietnam, dan mummy beli sling bag kat sini.
Kami mak buyong yang happy... "wink" |
Ada beberapa aktiviti yang kami lalui kat sini. Mummy cerita melalui gambar aje yer. Kang bebel banyak sampai satu page pun x muat.
Mula-mula depa kasi kami rasa madu Vietnam. Mereka hidangkan sikit madu tersebut dengan pollen. Refer picture eh.
Rasa dari sarangnyer terus ok. Seriau.... |
Madu + debunga (pollen) + limau nipis + air suam |
Unlce Rain yang berani... kikikiki |
Uncle Wan yang berusaha memberanikan diri. hihihihhi... Daddy Dina??? huhuhuhhu... |
Lepas tu kami pergi ke tempat yang menghidangkan buah-buahan tempatan mereka. Buah-buahan mereka sama je macam kat Malaysia. Xde yang beza.. kot nak beza pun rasa dan saiznyer.
Mereka kasi kami air teh Cina. Tawarrr... mummy x sker tapi Dina rileks jah. |
Auntie Yin n Uncle Boy. No gambar buah. Daddy terlupa amik kot? |
Lepas makan ada sedikit persembahan. Mereka nyanyi lagu dalam bahasa mereka la. Tapi lagu yang biasa kita dengar... Lagu "Bila rasa gembira tepuk tangan..." dan lagu Sayonara.
Kazen Dina yang sangat cool menari sama-sama. |
Lepas habis sesi menjamah buah.. pergh..nenas dia terbaik. Manis sungguh! Tapi mummy makan 1 slice je tak berani makan banyak sebab ada babykan. Dina pula nyonyot buah rambutan. Amik air je... dah la batuk.
Then kami menuju ke perahu pula. Lalu ikut kebun nak ke sungai kecil tuh.
Tempuh kebun buah nak naik perahu. |
Ni la perahunyer. Mostly orang perempuan yang dayung. |
Depa kasi topi mengkuang nih. Topi ni kot pakai sejuk sikit. |
Naik ni kene kasi balance kalo idak ble terbalik. kuikuikui... maklumla mummy dan daddy sama je beratnyer. :p |
Laluan sungai yang sempit. Kalau bertembung teror betul mereka handle. |
Sambung naik balik bot besar untuk ke cabaran seterusnya.... huwaaa.... |
Berapa kali turun naik bot la. Kalau tanya Dina dia kata 4 kali. hihihihhi... kalo tanya mummy memang mummy x kira langsung. Yang mummy tahu turun naik bot je... paling x best bot besar tu la, bila kene lambung memang mata mummy pandang atas je.
Sebab??? Sebab kat atas kepala ada jaket keselamatan. Memikir kot-kot bot terbalik nak gapai jaket tu camno agaknyer? wakakaka... pemikiran x semenggah betulkan?
Destinasi seterusnya adalah KELAPA.
Bukan kebun kelapa tapi tempat memproses gula-gula yang berasaskan kelapa dan santan kelapa. Mereka buat secara tradisional. Boleh cuba mana yang berkenan untuk di beli. Tapi mummy dan daddy x beli sebab x berkenan langsung.
Kat tempat ktia pun ada mesin ni kan????? Nak parut tuk proses buat santan. |
Mummy yang kepenatan. Mak buyong sorang lagi dah pun terbelahak sebab bot goyang kuat giler. ;p |
Lepas ni naik pengangkutan berasaskan binatang pulak. Cabaran seterusnyer... walla..adventure giler!
Ini dia kuda kepang. kikiki... sian mak buyong tuh... harung jekla yer. |
Kami melalui satu kawasan perkampungan orang sana. Ada pekan kecil di kawasan tu. |
Cuaca yang sangat panas terik time nih. Tapi semua cool aje. Seronok punyer pasal. |
Dah pun sampai. Kebas montot mummy. |
Kami di bawa ke tempat lunch. Really dihidangkan makanan mereka. Mula-mula cuak juga takut x boleh nak makan. Tapi at last, habis kami lantak.
Ni la tempatnyer. Kedai makan dalam kampung. |
Ikan berdiri. :) |
Dedaun rumput berkhasiat. Ngeee..... |
Mee.. macam laksa pun yer gak. |
Pelik tak bila dihidang macam tu untuk di makan? Sedikit cuak juga la sebab budak-budak nak makan apa??? Tapi... don't worry... tu baru intro.
Ikan tadi kita kuis isinyer kemudian letakkan di atas kepingan popia. Kulit popia yang dia hidang adalah keras macam kertas hokeh! Nak makan kene celup dalam air dulu kasi dia lembut kemudian letak isi ikan atas kepingan popia tadi bersama ulam-ulam dan mee.
Lepas tu gulung macam popia biasa kita makan tuh dan cicah dengan sos yang disediakan untuk dimakan. Not bad. Lain dari yang lain. Lagi banyak letak isi ikan lagi sedap kot. :)
hah.. gini la jadinyer nanti. |
Dah gulung siap untuk dicicah pastu ngap jek. Sedap!!! |
Dina request mee dan ikan aje. Tapi x makan sangat pun sebab tawarkan. |
Mummy curah sos dalam gulungan popia tuh. Tapi awat muka gitu tuh???? :p |
Ada udang galah juga. |
Orang gumuk yang kekenyagan... |
Selain menu popiah tadi, depa ada hidangkan nasi goreng, sup sayur dan kailan goreng. Nasi goreng tu x pedas langsung, sesuai untuk anak-anak kecil makan. So x perlu risau pada yang pergi dengan membawa kids yer.
Tapi bawa la bekal makanan ringan untuk kids sebab perantara tu memang xde apa yang boleh kita sua untuk anak-anak makan. Sian depa lapo.
Selesai makan naik bot kecil yang ada enjin untuk ke bot besar. Sungai yang dilalui masih kecil tapi yang tak bestnyer ada beberapa tempat yang dilalui mengeluarkan bau busuk. Rupa-rupanya kawasan yang berbau tu tempat ternakan babi. Oh no! hihihihhihi....
Happy semua sebab dah kenyang. Ada yang x kenyang ke??? :) |
Mummy pun happy jugaaaa.... sihat je ek jalan2. :p |
Naik je bot besar balik, pemandu pelancong tu kasi kami minum air kelapa. Mak ai!! sedapnyer air kelapa dia. Tapi ramai yang x mampu nak minum sebab perut dah penuh. Mummy je minum sampai habis! Sayang wooo.... bukan senang nak dapat rasa.
Lepas habiskan air, dia belahkan kelapa tu untuk makan isinyer. Dap dap.. serius sedap! |
Nak balik dah. view yang ada. |
Macam jambatan Pulau Pinangkan? Vietnam pun ada design gitu juga tau. |
Sampai je di jeti terus masuk van. Sambil-sambil tu singgah kat kiosk yang ada beli barang sikit. Ada orang jual bag sangat murah. Cantik dan sesuai untuk dijadikan buah tangan buat teman-teman di Malaysia. Kat situ semua jenis sulam... cantik.
Orang kata barang-barang di kawasan Mekong river lagi berkualiti. Jadi jika berkenan terus la beli sebab xkan berpatah balik punyer la ke tempat yang sama.
Sebelum sampai Hotel singgah shopping di sebuah butik pemes bagi pengunjung rakyat Malaysia. Kat sana banyak jual baju kurung ready made dan tudung. Harganyer 2x ganda murah di Malaysia. Biasanya dikunjungi oleh mak-mak Datin ajok.
Nama butik tu Hong Anh. Kalau yang x plan nak beli barang mahal tapi teringin tapi x cukup budget, swipe aje kat situ. ngeh ngeh ngeh....
Daddy belanja baju mahal untuk mummy kat sini. Happyyyyyyy.... |
Lepas shopping kami semua balik hotel. Kepenatan! Tamatlah Mekong trip kami hari ni.
Nak any info boleh tanya yer. :)
Atas permintaan ramai, ni namecard agent yang bawak kami untuk trip sungai mekong ni.
Fee free to contact her and bargain best price :)
9 comments:
Hi, ada contact no agent ni x? sbb sy tgk agent ni bw gi mkn tmpt halal..yg farah AF gi tu kan ada ikan berdiri ni...semua yg sy survey x halal punyerlah...thanx yer..
as salam, nak tanya kalau nak beli brg area Mekong tu pricenyer tu bole bargain or mmg dah fixed. tqvm :)
salam anonymous,
price area mekong boleh bargain and kat sana mostly dia orang prefer guna USD. Kena pandai bargain sebab kami pun dapat beli few thing i.e beg, topi, souvenir dgn harga murah kat sini compare dengan town. kualiti pun ok.
Salam, berminat nak tau pasal agent for Mekong Trip yang include Halal food la.Boleh dapat contact no dia tak?TQ
Salam.kite nak tanye no.tepon ejen tu bpe ek?tgk die bwk tmpt makan yang halal.nk g mggu dpn nie..harap sgt dpt bg no.pon.mekasih ya~
Salam.... memandangkan ramai sangat yang tanya kontek no agen tu, nanti saya uploadkan namecard agent tu kat posting ni.
By the way contact no dio, +84 1223149524 atau 01285199556
nama agent tu Saroh. Boleh cakapa fluent malay tapi slang kelantan :)
mekasih bebnyk sbb bg no.pon agent tu..jase mu akn ku kenang..hehehe..tenkiu~
d vietnam klu nk cas hp ke plug die same ke dgn msia?ke kene bwk plug universel?
Salam Anonymous,
Kat Vietnam plug dia lain dari malaysia. Nasihat sy baik jugak kalau bawak plug universal TETAPI kebayakkan hotel di sana ada disediakan plug universal tetapi kena request di lobby hotel. Tiada caj tambahan :)
Post a Comment