Monday, March 21, 2011

Ho Chi Minh - Day 4 (Last day)


Kami breakfast di hotel. Kemudian terus ke pasar Ben Thanh untuk last shopping. Daddy beli kopi, mummy beli kain cotton dan kami tambah troli bag lagi satu.

Amazing! Sepanjang kami pergi vacation, belum pernah dalam sejarah kami tambah bag. Selalunyer mesti muat atau terlebih muat tapi kali ni????

Bukan apa... terlebih beli bag cenderamata sebenarnyer. Alhamdulillah... rezeki untuk mereka-mereka.

Flight ke KL pukul 4.10 pm (waktu Vietnam) jadinyer kami lunch dulu di VN Halal. Kali ni hanya kami sekeluarga, Nek Umi, Aunt Yin dan Uncle Boy je ada. Kami semua nak kasi perabih duit VND yang masih berbaki.

Family yang lain ada tapau aje dan ada yang perabih stok megi di bilik. hihihihihhi.... 

Makanan yang di order mesti kene between the budget. hihihihi... dan menu pilihan adalah menu Vietnam tapi masih lagi dalam citarasa Malaysia.

Untuk itu pilih air kosong aje sebab pilih air merah mahal dan x berbaloi.  :)

Air kosong... kenal x?  :p

Nasi putih. Nasi depa memang putih, jernih dan bersih. Sedap la dari beras di Malaysia.

Ini nama dia sweet sour fish soup. Rasanyer pedas masam-masa. Not bad.

Ikan sweet sour. Rasa masam terlebih... x berapa ok. Isi ikan dia letak ble kira berapa ketul jek.

Auntie Yen try sup kegemarannya. Sekali pedas la plak..sian Dina xle makan.

Taugeh goreng ikan masin. Sedap x tipu u.

Ayam goreng halia. Pun sedap. Style masak macam kita juga.

Sup kobis gulung gading. Gitu la lebih kurang kot Melayunyer. X pedas dan sedap. Sesuai untuk kids.

Uncle boy yang kuat makan. ngeee.....

Nek Umi yang dah kenyang. Kene top-up sikit sebab x cukup berapa VND ntah.. x igt.  :)

Budak yang happy sokmo... dok pun ngan Auntie Yin dia jek.
Selesai makan terus ke hotel, teksi dah menanti. Kecoh daddy kejup sebab teksi tu cakap daddy suruh tunggu pukul 12pm. Haihla... awal2 pun nak buat apa???

Dah la teksi yang ada 2 jek. Satu lagi??? X sampai-sampai. Xleh pisah-pisah, sorang jalan dulu ke ,dua jalan dulu ke sebab daddy pegang duit tuk bayar teksi tu. Duit yang ada tu pulak xde pecahan ngam2 untuk bayar total kos 3 teksi.

That why kecoh sikit time nak ke airport tu. Tapi alhamdulillah semuanyer berjalan lancar. Mummy tahu apa yang daddy uruskan that why mummy diam je, biar daddy kalut sorang-sorang. Ngeh ngeh ngeh. 




Beg kami.. dari 2 jadi 3. Magik x????

Bag semua orang. 4 troli untuk 4 keluarga. 

Kat airport ada tabung ni. Ramai la yang masukkan balance2 duit VND kat dalam ni.
 Tabung tu kan... mostly yang masukkan semua duit balance yang kecik-kecik which is bila kita tukar nilai RM dia berapa sen jek.

Dina pun masukkan berapa sen jek tuh. hihihihihhi... eksen jek lebih. Kalau bawa balik Malaysia pun bukan boleh tukar balik pun. 

Mummy dan daddy.

Muka orang xnk balik. Aci x????
 Sampai airport pun awal. Kaunter AA x buka lagi. Emmm... bermain la semua kanak-kanak kat dalam airport tuh. Nasib xde yang meragam. Semua happy je.

Balik mummy kene sign 3 form. Cerewet betul la depa. Kat LCCT 1 form jek mummy sign tau. hihihhihi... so far x susah pun travel time pregnant. Asal kita tahu procedure dah memadai.

AA delay 20 minit tapi mummy lentok macamkan delay 2 jam kan??? huhuhu...

Ok... selamat tinggal Vietnam next time boleh pergi lagi. Vietnam? Not bad!!! Shopping best... berjalan pun best.

Nak tahu lagi trip Vietnam? Ok.. gi terjah blog mummy plak. Tunjuk sikit-sikit barang yang di beli dan a few info to share.







2 comments:

adimaz said...

hai ..assalammualaiku..
nak tanya skt ..barang apa yang best beli kat sana yerr? insyallah akan gie awal July nie

cardozas02 said...

adimaz: w'salam. kalau ikutkan antara barang yang kami beli kat sana :-
telekung (my wife inform kualiti jahitan memang bagus dan harga pun menarik)
kain (sesuai untuk buat baju kurung etc. yg ni banyak kat)
t-shirt (pelbagai saiz senang tuk di cari dari xs - xxxl. tapi kalau beli kat mekong river lagi murah)


dd dina