Tuesday, January 25, 2011

Tadika Sri Cemerlang : Hampiri sebulan


Hari-hari ada homework. Nasib la x susah nak suruh buat walau kene banyak bersabar sebab akan wujud banyak iklan ciptaan si kenit sendiri. 

Hari ni balik dari hospital, daddy dan mummy jemput kakak di kindy dan daddy pergilah jumpa teacher bertanya perkembangan anak dara dia. Mummy xde punyer nak gi tanya, yang mummy tahu jemput then balik.  :p

Teacher cakap kakak so far semua ok tapi kene ajar dia buat huruf "a" dan "b" selalu sebab dia konfius nak pusing semi-circle tu tang ke kiri dan ke kanan.

Patutla semalam ajar buat "a" berapa banyak kali dia pergi buat semi-circle terbalik. Sampai kene marah la. Kasi kertas kosong suruh conteng sampai tangan dan mind tu dapat set "a" pusing ke kiri, tapi bila tulis je dalam buku terus pusing ke kanan.

After teacher inform barulah kami perasan. Patutla everytime suruh buat "a" mesti salah pusing. Ok.. ingat "a" je jadi masalah tapi "c" pun sama. Padahal punyerla byk dia buat sambungan dot dot "c" tadi tapi bila dia suka-suka menulis atas kertas, "c" yang elok pusing kiri jadi ke kanan. 

Jenuhla meng'adjust' ke kiri tapi susah. Dia still capture "c" tu pusing kanan. Teacher kata kene selalu ajar sebab bila dia keliru, amik masa nak betulkan apa yang dia dah 1st capture. Yup... itulah dia budak kecil, dia mudah ikut apa yang dia 1st capture, then bila nak betulkan balik memang amik masa.

Semalam bunyinyer ada minta daddy main "London bridge is falling down" tapi dia terlupa kot. hihihihi... selamatttt.... jenuh wooo nak layan sebab dia xkn minta buat sekali, at least mau 3-4 kali. Faham sangat dah.

Tapi tadi dia teringat then terus la ajak daddy dengan mummy main "London bridge" tuh. Main camner? Ala... macam dalam show Barney tu la... angkat tangan then orang akan lalu bawah tu then tangkap bila dah habis nyanyi. hihihihihi...

Tadi main la kami 3 beranak, sekali dah settle. Owh.... nak lagi.. ok kita layan sekali lagi. Kali kedua ni tengah dok tangkap si dara... yer... si dara kenit tu la yang tukang lalu bawah, sekali dia terjatuh daaa.... hahahhahha... igtnyer nangis sikit2. Mummy dan daddy just gelak-gelak jela. 

Dialog biasa daddy mesti "Dina kelakarlah..." Pastu bila pujuk-pujuk, dia bantai nangis betul-betul. Dia cakap... "daddy tangkap Dina sampai buat Dina jatuh..." huhuhuhuhu.... memang kelakarlah Dina ni.


## Hari ni lagi mummy dan daddy happy sebab setitis air mata pun x keluar bangun tidur pagi tadi. Malas2 je la nak bangun, siapa suruh tido lambat layan "yap ing song mata kaji kemarngiseng!" Her favourite movie ok. Dina kenal tau P.Ramlee yang mana.

3 comments:

Anonymous said...

teacher nelly is abuser http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.10150110482531194.281841.611951193

Anonymous said...

Visit my facebook you will get more detail.

sharonchanlc@hotmail.com

Anonymous said...

Sekarang tadika ni beroperasi sebagai Tadika Sri Ampang. Harap-harap parents berwaspada. Memamng Teacher Nelly tu something wrong. Anak saya yang ceria dan tidak pernah ada masah pergi ke sekolah selama 3 tahun pon da trauma selepas hantar ke sana.