Monday, October 11, 2010

360 Hotel Kuching

Dina & Family stay kat hotel ni sepanjang trip kami ke Kuching (6-9 Oct 2010).

Hotel ni memang sesuai untuk yang travel dengan family sebab biliknya memang "terlampau" besar dan selesa. Harganya pun reasonable dan boleh booking secara online kat website atau join FB hotel ni kat sini.

Hotel ni attached dengan shopping complex (Hock Lee Centre) kat level 3. TETAPI, shopping complex ni jenis "hidup segan mati tak mahu". Kiranya cikai giler la dan takde tempat makan, kecuali kalau korang nak melantak waffle + corn in cup ada kat Ground Floor :) Lokasi hotel ni jauh skit dari town (5min drive ke waterfront) so, sesapa yang takde transport atau tak sewa kereta, dinasihatkan janganlah stay kat sini. Kalau naik teksi ke waterfront, charge dalam RM11-13 (ikut meter) dan dari Hotel ke Satok dalam RM15 (tanpa meter).

Hotel ni complete dengan swimming pool di Level 4, dan breakfast available kat Level 18. Kalau nak bersenam, bolehla ke Level 3 sebab ada Gymnasium. Security memang tight, sebab nak naik lift perlu ada access card baru leh tekan nak ke level berapa. Swimming pool pun besar gak, ada pool untuk children dgn kedalaman lebih kurang 0.5m. Kira sesuai sangatlah tuk Dina. Pool dewasa lak memang dalam sebab kedalaman start dari 1.5m ke max 1.6m. Lagi satu, kat pool ni takde Life Guard and masa kami semua kat sana ada some renovation kat area pool tu.

Staff hotel memang peramah dan memang helpfull. Antara kemudahan lain kat hotel ialah washing machine, tapi hanya available kat selected floor saja, so kalau sesapa nak basuh baju, kena la p kat floor tu :) bilik hotel pun full carpeted, tu yang Mummy paling suka :) ditambah lak setiap bilik avilable iron. Sesapa yang bawak laptop pun boleh online FREE sebab memang disediakan wayar internet.

Secara keseluruhannya hotel ni memang puas hati dengan harga yang reasonable + servis yang bagus. Memang fully recommended ke those yang nak p Kuching.

Bilik memang besar ada katil 1Queen + 1 Single


TV LCD Screen 32". Complete 20 channel dan semua channel clear.



Toilet kecik skit, tapi ada bath tub, bila hujan dan tak dapat mandi pool, kat sini la Dina berendam :)

Cuba perhati kat belakang tu, Dina tengah membuat "spot check" bilik. Ni ialah xtvt biasa Dina bila masuk hotel :)


Dina & Daddy saja yang main pool.


Next DD dina akan cerita lak pasal waterfront + Sarawak Cruise, Kg Boyang + Kek Lapis, Serikin, Makan-makan di Kuching & Kg Budaya Sarawak.

7 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cantik arr hotel ni....tp jauh dr town ek...

cardozas02 said...

tak la jauh sangat. dalam 5 minit drive. tapi kalau ada sewa kereta tanpa pemandu atau dgn pemandu, rasanya sesuai gak duk hotel ni.

Rida said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zhoprenia said...

nak tanya sket.. tu bilik apa ek? deluxe room ke?

Anonymous said...

zhOprenIa:
ni memang bilik deluxe. tapi kalau tak silap dulu, deluxe room yang ada 1Q + 1S memang limited.
Tapi kalau based pada latest website 360Hotel, macam dah takde kot bilik mcm ni.

DD Dina yang tak login

zhoprenia said...

thanks ek. website tak display gambar bilik. tak dapat agak bilik besar mana.

Atiesya Baby said...

saya nak tambah...sy kje kt opposite hotel ni at wisma STA...skrg hotel ni dh tambah new tower...dh ada restoran mkn baru kt bwh tu...Singapore Chicken Rice..halal tau...sy selalu lunch ctu...pastu dh ada van free yg akan bw nk pergi town area cm nk g water front ker..so xyah nek taxi dh...