Sunday, October 17, 2010

Kg Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village)

Kg Budaya Sarawak merupakan satu tempat wajib dilawat jika kita pertama kali ke Kuching. Banyak informasi mengenai kaum-kaum di Sarawak dalam Muzium ni, dan kalau tak silap, Muzium ni merupakan antara muzium hidup terbesar di dunia.

Jarak perjalanan dari Kuching ke Kg Budaya adalaha dalam 45minit ke sejam, tapi perlu diingat "sign board" memang takde langsung sepanjang perjalanan ke Kg Budaya. Pedoman utama hanyalah papan tanda ke Santubong & Damai Beach Resort.

Tips utama kalau nak melawat, make sure jangan terlepas "daily cultural show" iaitu puluk 11:30am - 12:15pm dan sessi petang 4:00pm - 5:15pm.

Tiket masuk RM60 untuk dewasa & RM30 aknak-kanak (6-12yrs), tapi kalau tak silap orang Sarawak dapat diskaun....pelikkan kenapa orang Sarawak jer, biasanya kat KL @ Semenanjung, kalau guna mykad baru dapat diskaun ..... macam mana la nak jadi 1Malaysia. Patut ubah, 1Semenanjung, 1Sabah & 1Sarawak ;p (tak leh komen bebanyak hal ni, sebab tu la harga yang perlu dibayar sebab nak pujuk/ajak Sabah & Sarawak join Perseketuan Tanah Melayu)
Rasanya tak nyah DD nak cerita detail pasal Kg Budaya, readers semua tengok-tengokla gambar ni. Rasanya gambar ni dapat menerangkan betapa bestnya Sarawak Cultural Village ni.

Gunung Santubong... sepanjang perjalanan akan lalu dikaki gunung ni.




Takde pun sign "Kg Budaya Sarawak"


Inilah tanda sign Kg Budaya... hampeh tul, dah sampai kat pintu gerbang baru ada tanda nama


Destinasi pertama Dina dalam Kg Budaya ..... TOILET.
Dina tengah pegang perut sebab tak tahan nak 'yak' :)

Lega bila hajat dah dapat .....


Lokasi utama untuk kafetaria, toilet + ruang teater/show

Adventure gak jambatan ni.... nak naik tak???


Posing dulu sebelum naik.
Jambatan ni merupakan jambatan utama untuk ke rumah Kaum Bidayuh di Sarawak.


Dina takut...sebab tu kena dukung :)
MM berposing... padahal memang penakut gak nak naik jambatan ni :)









 Pemandangan dari Rumah Orang Ulu.


~~~~~ BERSAMBUNG ~~~~~

Iklan 100 Plus ..... Ada 3 lagi rumah + cultural show





No comments: