Monday, December 24, 2007

Aidiadha di Aquaria

Aidiladha tahun ni jatuh pada hari Khamis, daddy dan mummy tak dapat cuti. hanya cuti pada hari raya sahaja iaitu hari Khamis. Pada pagi raya, daddy lak kena cirit birit. Maybe sebab makan tengah hari sebelumnya kot. Solat raya haji tahun ni pun daddy Dina tak dapoat pergi sebab kena cirit birit.

Lebih kurang jam 10.30pagi, Dina dan famili bertolak ke Ukay Perdana. Di Ukay Perdana, Daddy Rain sekeluarga dan Pak Lang sekeluarga sudah ada. Mereka semua tidur kat Ukay Perdana.
Makan tengah hari, nek Umi buatkan Nasi Ayam Hainan. Memang best nasi ayam ni. Kiranya nasi ayam Linda Onn tu pun tak buleh lawan.

Selepas lunch, memandangkan semua takde plan, maka wujudlah cadangan untuk ke Aquaria. So Dina & Family, Dady Rain & Family, Pak Lang & Family dan Uncle Boi semuanya ke Aquaria.


Seawal sampai di Aquaria, Dina dah lelap. Lagipun waktu sampai tu memang waktu tidur petang Dina


Dina & Family di Aquaria


Mummy Dina tengah khusyuk belajar mengenai ikan



Dina & Mummy, kelihatan kelibat ikan jerung di belakang Mummy dan Dina.



Antara ikan yang sempat diambil gambarnya di dalam Aquarium.



Terpegun mummy melihat ikan jerung yang besar.


Ikan pari ni memang besar, rasanya kalau buat ikan bakar, lebih 100 orang pun tak abis makan kot.


Antara pose istimewa mummy & Dina didalam aquarium.


Dina tengah mengira ikan di dalam Aquarium


Dina & Uncle Boi



No comments: