Tuesday, June 28, 2011

Mentadak mentadu macam mana Qisya tidur?

Qisya ada style tidur yang selalu buat mummy senyum bila tengok. Mummy je? Yerla dah mummy je sepanjang hari dengan Qisyakan.

Bila kak long balik habis la Qisya. Jangan harap la nak dapat tidur lena. Senyap-senyap kak long masuk bilik gi gomol Qisya. Kejup pastu dengarla suara baby meraung. huhuhuhu...

Nak tidur nyenyak dan lena bila kak long tidur petang. Time tu jangan kata Qisya je lena, dengan mummy-mummy pun lena sama. Aman tenteram.

Meh skodeng Qisya tidur.

Mentadak mentadu macam mana Qisya tidur???

Oh gini yer??? Mengerekot!



Mentadak mentadu macam mana Qisya bucuk tido???

Udah begini pulok??? 



Mentadak mentadu macam mana Qisya tenit tido???

Mummy please la... I want to sleep!!! Flash ni kacau sungguh!   :p
Dengan kaki-kaki terangkat sebab marah kene kacau.

Muka orang kesilauan. hahahaha...
Udah tu Qisya oiii...bangun mandi!!!


Monday, June 27, 2011

Toy pertama Qisya

Teether

Teether tu bukan mummy or daddy yang beli tapi Kak Long Dina.

Dia ke kedai dengan daddy, lepas tu dia cakap kat daddy nak belikan teether ni untuk Qisya gigit-gigit. Padahal daddy dah cakap dah yang Qisya belum ada gigi lagi. 

Degil nak beli juga... makanyer itulah toys pertama Qisya dari Ksk Long tersayang. So jadinyer.. tiap kali qisya cry jek dia gi sumbat teether tu dalam mulut Qisya. Dah satu hal mummy kene larang tiap masa. 

Adooiiiiyaiiiii....

Saturday, June 25, 2011

Apa dah jadi???


Baru sebulan duduk di rumah Uwan, macam-macam hal dah jadi. 

Semuanyer kes meranapkan barang sendiri. Ini semua kerja si kak long. Xkan lak kerja tangan si adikkan? X lama lagi jadi geng la depa. Mau habis ranap semua barang dikerjakan.

Mula2 menjahanamkan basikal roda 3 yang dah semakin uzur. Kak long naik dengan sepupu2 dia. Basikal roda 3 tu boleh putus dua. Punyerla ganas. 

Nasib la basikal tu memang dah lama dan dah lunyai, kalau tidak mesti 3 hari 3 malam daddy non-stop merungut dan membebel. Daddy ok! Bukan mummy, mummy redha jek.  :p

Baru je beberapa minggu lepas basikal yang besar kak long pula jahanam. Dia dok hentam main basikal tu dengan sepupu2, main ganas2... orang ada geng la katakan. 

Aihhh... nak tegah malas, sebab time ni la nak berkawan, bila kat rumah sendiri dah xde geng nak main. Tapi tu la... habis barang sendiri ranap. Bukan murah nak beli lain, nak pulak basikal macam tu. Tapi budak-budak bukan faham.  :(

Ni basikal yang dijahanamkan. Nak tau apa yang rosak????

Roga ke-4 dah patah. Satu hal nak baiki. Nak cari kedai macam mana????

Basikal atas tu memang daddy bebel lama juga la kat Dina sebab bukan senang nak pergi baiki. Ada sesiapa tahu nak dibaiki di mana??? Nak kene cari ganti atau paterikan aje???

Bila dah rosak frust mummy dan daddy sebab bukan senag nak oiiii mummy dan daddy nak beli. Kene kumpul duit setahun baru dapat. Sedih tak? Kalau lah kak long fahammmm...   :(

Lepas kes basikal... emmm... entah x semena-mena satu lagi diranapkan... aihlah!

Ni hah barangnyer! Barang baru sebulan di beli, dan x sampai sebulan diguna. Tragis ok! Bukan murah!!! Tu yang paling penting.

Ada perasan benda hitam dalam itu cot?


Oh yeahh!!! Roda baby cot Qisya patah!!! Haruuu...


Terpaksalah Qisya tido kat bawah. Sian Qisya...

Tapi roda baby cot tuh dah pun dibaiki. Daddy call balik kedai BabyLove, mereka suruh datang hantar roda yang patah tu dan ganti yang baru. Alhamdulillah... kalau tak rasa frust je tengok barang-barang yang rosak ni.

Daddy dan mummy memang sangat-sangat berkira bab harta benda kami yang x seberapa sebabnyer bukan mudah nak oiiii... nak beli barang2 ni semua. Kene berpuasa 3 bulan baru leh dapat. Ok! Mummy tipuuuu...!!! 



Thursday, June 16, 2011

Hiccup

Dina: Mummy.. Dina dengar Qisya hiccup.

Mummy: *diam*

Daddy: pandainyer anak daddy... Qisya hiccup eh.

Mummy: hiccup tuh apa?

Daddy: la... xkan x tahu?!

Mummy: takkk....

Dina: Qisya tersedu la...

Mummy: mana kakak tahu?

Dina: dalam TV tu cakap.

Mummy: *cover maluuuuu*

Ok. Mummy memang teruk English! Mengaku siap2. Malu giler time Dina cakap pasal hiccup tuh.

Hahahaha...tetiba rasa macam nak masuk tadika balik ok!

Dan bila Qisya sedu... Dina belajar something from her Uwan..

Nak tahu apa?????

Menempek cebisan kertas di dahi Qisya....

Mummy sendiri pun dah x apply cara tu dah. huhuhuhuhu...


Punyerla beso kertas yang kak long tempek kat dahi Qisya.


Dahi kak long pun dia tempek gak.  :p



Mengacau Qisya tidur adalah kegemaran kak long. 


Sekarang ni kak long very the very sensitif tau. Cakap lebih sikit dah cembeng! Lepas tu suka betul buat mummy dan daddy meradang kat dia. 

Lebih-lebih lagi bila dia menonyoh pipi si Qisya yang sedang enak diulit mimpi. Pastu kang dengar la ngauman Qisya kerana marah diganggu. Hai lah... budak berdua nih... camnerla bila mummy dah keje sok????


Tuesday, June 07, 2011

Nur Qisya Qistina

Semalam daddy dah selamat daftarkan nama adik Dina. NUR QISYA QISTINA nama yang dah dipersetujui oleh daddy, mummy dan Kak Long.

Makna nama yang daddy, mummy dan Kak Long bagi ni...


NUR = CAHAYA

QISYA = HIDUP DALAM KEADAAN BAIK

(Qisya = Keysha = Keisha  bermaksud Hidup dalam keadaan baik. Varian dari Aisha.)

QISTINA = KEADILAN


Makna Qisya tu dah sama dengan maksud nama mummy sendiri. hihihihi....

Nama timangan/panggilan baby adalah QISYA. Jangan dipendekkan lagi yer sebab makna nama tu pun dah cukup baik.

Mummy x kasi panggilan selain dari Nur-Qisya-Qistina. Biar nama tersebut ada makna yang sedap dan baik-baik untuk dipanggil.

Macam tu jugalah Kak Long Dina... Dina bermaksud Agamaku. Tetap bermaksud walau dipendekkan. :)

So officially, blog ini akan dikongsi dua. Daddy x larat nak buat banyak-banyak... cerita kakak, cerita adik semua dalam ini blog juge. hihihihi....



Thursday, June 02, 2011

Akhirnya ........... Dina secara rasmi menjadi Kak Long

Hospital Pantai Ampang

Masuk wad jam 7:30am, 9.15 start nak meneran.....9:40am selamat dilahirkan :)

Berat: 3.4kg ...... tapi tak leh lawan berat kak long lagi.

Deliver secara normal oleh Dr Suhaimi Isa.

Sekian lintas lansung dari Hospital Pantai Ampang



tengoklah betapa happynya kak long dengan adik baru dia :)

Wednesday, June 01, 2011

Selamba je dia cakap 'buruk'


Last Tuesday mummy and daddy went to normal check-up as usual. Selagi baby x keluar selagi tu la kene jumpa doktor even mummy tahu apa dah yang doktor tu nak buat. 

Cuti sekolah pun dah mula. Mummy really ingat kakak akan bercuti sambil gomol baby tapi masanyer belum tiba. Sama-samalah kita tunggu yer kakak...   :)

Nak cerita kisah mummy dan daddy pergi check-up hari tu. 

Mummy dah pesan dengan daddy xnak bawa kakak, in case gynea nak tahan mummy that day senang la daddy nak uruskan semua hal. Nanti kalau kakak ikut, satu hal pula nak heret kakak ke sana ke mari.

Check-up pun x lama sebab memang xde apa dah nak borak dengan doktor tu. Just tunggu je la masa yang dinanti-nantikan tu. Habis check-up terus daddy hantar balik rumah.

Sampai je rumah terus kakak meluru tanya...

Dina: Baby mana? Baby dah keluarkan?

Daddy: Belum lagi la. Ingat senang ke nak keluarkan baby.

Mummy: *Senyum... x perlu kata apa-apa*

Lepas daddy pergi work mummy borak-borak la dengan kakak sebab dia ngadu kat Uwan dia mimpi baby pagi tadi.

Tanya dia mimpi apa?

Dina: Kakak mimpi baby ke?

Dina: Ha'ah. Mimpi baby.

Mummy: Mimpi apa?

Dina: Ala... mimpi baby je la.

Then sambung cerita.

Dina: Mula-mula Dina hisap jari lepas tu tengok eh... mummy xde. Lepas tu tengok... eh daddy pun xde. 

Mummy: Kakak cry ke?

Dina: Mana ada cry. X pun. Lepas tu Dina tengok kereta buruk pun tak ada. Ooooo.... ni mesti mummy dengan daddy dah pergi naik kereta buruk.

Mummy: Kereta buruk mana?

Dina: Kereta buruk daddy tu lah. Kereta mummykan baru. Daddy punya buruk.

X boleh nak tahan... terus mummy bantai gelak! Serius lawak giler style dia bercerita. Daddy balik terus mummy cerita kat daddy, tergelak-gelak daddy sambil sakat si kenit tuh.

Mulut dia kalau bebel mengalahkan orang tua ok!





Wednesday, May 18, 2011

Kak Long

Tak lama lagi Dina bakal menjadi Kak Long secara officially. Mummy hanya tengah tunggu hari je lagi. Kalau ikut kiraan doktor, akhir bulan ni insya Allah adik kak Long akan lahir. Hope readers semua dapatlah doakan agar mummy Dina selamat melahirkan adik Dina. Kakak sekarang pun dah jadi xcited nak tunggu adik keluar. Kalau sesapa tanya nama adik kak long, for sure Dina akan berikan jawapannya :)

Progress school Dina pun amat positif sekarang ni. Kiranya semua abjad A B C, Dina kenal begitu jugak 1 2 3. Tapi kalau 1 2 3 dalam BM, Dina sedikit konfius, maklumlah tadika Dina ni English Medium. Surah Al-Fatihah pun Dina dah hafal :) Yang penting sekarang ni Kak Long memang ceria bila nak ke school dan balik school.

Monday, May 09, 2011

Rindu mummy buat kakak...


Mummy rasa rindu sangat nak gomol kakak. Sejak mummy pregnant ni mummy jarang dah spend quality time dengan kakak. Kadang-kadang kakak request minta mummy gurau-gurau dengan kakak tapi apakan daya... mummy x terdaya.

Sedih! Tiba-tiba mummy rasa sedih sebab rindu sangat nak lasak-lasak dengan kakak. Rindu nak menyakat kakak sampai nangis-nangis. Kadang-kadang sakat juga sampai nangis tapi x dapat nak peluk kuat-kuat macam selalu. Mummy nak bangun angkat perut pun sakit.  :(

Lagi buat mummy sedih bila satu malam tu kakak request...

Dina: Mummy buat la macam ni (macam singa garang-senada dengan bunyi) dekat Dina.

Mummy: Macam mana? *blur memanjang*

Dina: Macam nih? (sambil buat action yang sama). Lepas tu mummy kiss kuat-kuat tu....

Mummy: Mummy bukan xnak buat tapi mummy x larat nak bangun. *tengah baring*

Dina: Ala..mummy... lama mummy x buat macam tu. *tarik muka*

Mummy: Kakak, perut mummy besar, baby dah besar. Mummy sakit nak bangun. *cuba jelaskan walaupun kesian*

Dina: Xnak kawan mummy. *terus merajuk*

Mummy kalau xde halangan dengan sakit, mummy gagah layan kakak. Mummy setakat perut besar mummy ok lagi, tapi mummy nak kaleh kiri kanan pun x boleh. Mummy sendiri pun sedih sangat sebab mummy rindu nak gomol2 kakak macam sebelum-sebelum ni.

Mummy tahu kakak pun rindu. Mummy risau bila bergurau dengan kakak, kakak jadi ganas lepas tu tendang perut mummy. Dari perut mummy ni kecik sampai perut mummy ni besar, sakit mummy x pernah putus-putus. 

Sian kakak... 

Mummy harap mummy boleh gomol kakak banyak-banyak-banyak lepas baby keluar nanti. Mummy rindu nak hug kakak kuat2. Kadang-kadang nak pergi kiss kakak dekat katil time nak tidur pun mummy x larat nak bangun. 

Sekarang  ni kakak je yang datang pada mummy, kiss-salam-wish goodnite pada mummy. Ada masa kakak peluk mummy. Hiba rasa... dan kadang-kadang kakak la yang selimutkan mummy bila mummy terbongkang dulu time kita sama-sama layan TV.

Kakak... mummy love u soooo much... 

Thank you for the cute flower yang kakak kaler kat kindy then serah kat mummy siap nyanyi-nyanyi. Thank you my sweetheart... kakak la bunga matahari mummy...

Macam yang selalu kakak nyanyi...

"Ibu... ibu... engkaulah ratu hati ku..... Terima kasih ibu" So touching tau....

Monday, May 02, 2011

Mengemas tak terkemas


Inilah parahnyer bila toys melambak-lambak kat rumah. Yang dah dibuang, dibuang. Yang dibeli, terus dibeli. Yang disimpan, disimpan. Yang disorok, disorok. 

Kisah berlaku tengahari tadi bilamana daddy baik hati nak kemaskan toys kak long sambil mengupdate toys yang nak disimpan, dibuang mahupun yang terus disorok. 

Tapi xde jumpa solution pun sebab terlampau banyak! Toys tu semua campur-campur yang dibeli mahal, yang dibeli murah, yang dibeli di pasar malam, mahupun yang orang beri. Aih... nak tak nak terlambak juga toys tu semua kat situ gak. Xde sedikit pun penjimatan ruang berlaku.

Nanti bila baby dah keluar, nak sumbat almari untuk baby pula sebab almari yang kak long ada x muat nak share. Box yang ada sekarang pun dah x muat isi baju-baju baby. Tu belum keluar lagi tu, cuba kalau dah keluar esok, mahu bertingkat-tingkat baju baby sama naik dengan baju kak long.

Meh layan aktiviti dua-beranak ni. Mummy x join.. pening kepala la mummy tengok. Ikut suka daddy dengan kak long la nak simpan macam mana. Asal nampak teratur dah cukup elok buat mummy.  :)


Daddy perati dulu sebab xtau nak start macam mana. hahahaha...

Mengasingkan mengikut kategori. Si kenit tu pun sama je sibuknyer.

Toys masak-masak je dah x muat box. Camner tuh???

Ini x-tra hasil seni kak long. Sticker merata-rata.

Sticker tu pun bukan saje ditampal di almari baju, malah di dinding, di lantai, di pintu, di semua toys yang sesuai, di meja dan kerusi study, mahupun di peti ais. Yang  kat dinding, lantai dan peti ais tu paling mummy marah sebab susah nak cabut bila dah stick sangat. grrrrr.......

Tu baru sorang punyer kerja tangan tuh... cuba dah ada geng esok? Memetir la mummy satu rumah nanti.



>>> Anak dara mummy tu tengah layan movie Zoo dengan memakai google. Sabar jeklah.... nak tergelak pun ada. Notty tau!

Wednesday, April 27, 2011

Mari mengeja.


Lama x bercerita progress Dina setelah masuk kindy. hihihihi... mummy la... sibuk dengan blog sendiri aje.

Last week Dina pergi lawatan ke kilang vitagen. Ada kemarahan sikit daddy dan mummy dengan pengurusan kindy tapi dah pun daddy sampaikan pada teacher Dina. Hopefully mereka alert sket next time.

Dina last 2 weeks turun kelas. Yup! Jangan terkejut sebab mummy dan daddy pun terkejut. Akibat x diberitahu reason turun kelas, daddy jumpa teacher Dina. Alasannyer, hhhmmmmm.... Dina tak participated in class. Emmm... tang tu x terkejut pun sebab diakan shy shy girl. Teacher said she don't want to open her mouth. Aiyark!

Balik tanya dia why bila teacher tanya x open mouth? Dia diam jek x moh jawab. Mummy bebel la juga sikit-sikit dengan dia. Yerla... kan dah turun kelas. 

Pada hal kat rumah aktif, menulis non-stop, membaca ABC style fotenik tu sampai terlelap-lelap. Kang pastu baca fatihah, kejup kang doa habis makan. Doa tido malas dah nak baca... berlagak sebab dah teror. Cesss!!!

Musykil juga nengok sebab dia nampak macam fast leaner... pastu mudah ingat. Emmm....xpe, mummy daddy observe jek dulu perkembangan kakak after tukar kelas. 

Hari-hari kene tanya dia hari ni ok x kat skool? Belajar apa? Nyanyi lagu apa? Kaler apa? Tulis apa? Duduk dengan siapa? Semua kene tanya. X tanya kang xtaukannnn? 

Then satu hari tu daddy tanya teacher balik. Kenapa teacher A (teacher kelas dulu/awal2) cakap dia x participate? Daddy cakapla kat rumah dia ok je. Aktif, boleh baca dan mengira, boleh ingat surah al-fatihah dan hafal doa.

Teacher B (teacher kelas sekarang) cakap, "in my class, she open her mouth, memang takde masalah pun". Uiks! Biar betulkan? So hari-hari tanya Dina apa beza teacher A dan teacher B? Kenapa x moh jawab bila teacher A tanya?

Nak tahu apa jawapannyer???? Teacher A garang, Dina x suker. hahahaha... tengok-tengok! Boleh ek dia demand gitu? Agak-agak x suka jadi xmoh deal dengan teacher tu. Suke-suke dia jek.

Tanya lagi, teacher B baik tak? Baik... Dina suker teacher B. Teacher tanya, panggil nama Dina pun Dina jawab. Ayoyoyoyo.... no wonder la dia happy jek sejak tukar kelas. Daddy dan mummy risau, dia pulak suker. 

Xpela kakak... janji kakak nak belajar. Teacher B pun cakap Dina happy je kat kelas, participate, jawab bila tanya, bergaul dengan friends. huhuhhuhuhu...kecik-kecik lagi dah cerewet! Ikut siapa tuh????

Then hari tuuuu... kami jalan-jalan. As usual, kalau ada nampak any word jek mesti Dina akan eja or else daddy yang suruh Dina eja. So far semua dia boleh eja padahal kat skool baru takat huruf U.

Dan sekali tuuuu.... nampak la satu fast food nih. Tulisan dia pun beso jadi suruh la eja...

v

v

v

v

v







Semua huruf-huruf dalam tuh dia boleh eja tapiiii......
Dina: Daddy... yang bulat kat atas tu huruf apa??? Dina tak tahu pun.

Daddy: *Gelak-gelak dulu* ooo... tu koma. Tapi Dina x belajar lagi. Nanti dah besar baru belajar.

Dina: Koma apa daddy?

Daddy: Xpayah baca tu... baca yang Dina tahu je ok. *blur x tahu nak explain*



Hahahaha... kan tak mampu nak menjawab bila kene tanya. Gelak-gelak mummy tengok keteletah dua-beranak tuh. Mummy layankan aje....   :)

Sunday, April 17, 2011

Selamat Hari Jadi Atok @ Istama Bambu

Selamat Hari Jadi Atok, tak lupa jugak untuk Mummy, Mak Ngah & Kak Jiha (ramainya bulan April)
cantik tak Dina bertudung?


Tarikh: 16 April 2011
Masa: 8:30pm
Lokasi: Istana Bambu


Tahun ni famili MM sepakat untuk celebrate harijadi Atok kat Istana Bambu. Actually dah lama perasan lokasi restoran ni, dan ada gak terperasan dalam newspaper bila mana restoran di jadi lokasi untuk few acara hiburan. Kiranya inilah first time Dina & famili ke Istana Bambu ni.

Gaya ambil gambar sambil angkat kaki


First impression memang menarik. Parking amat senang, decoration restoran ni pun amat menarik. Dengan suasana macam dalam hutan kat tengah KL. Sound effect katak ngan cengkerik pun banyak kiranya hiduplah suasana kampung :)

Dina & Auntie Noni
Nampak tak sawah padi kat belakang

DD personal opinion, makan kat sini tak sedap. 

Tomyam memang pekat dan nampak menarik, tapi bila makan ...... MM masak lagi best :) 

Ikan siakap kami amik sweet sour dan tiga rasa, tapi yang tiga rasa ni memang out, yang sweet sour lak ok ok la kalau nak makan.

Sotong goreng bercili just ok. 

Butter prawn pun nampak menarik, tapi bila makan tak menarik. Actually few tempat lain yang DD pernah makan lagi sedap dari kat sini.

Overall kalau bab makanan kat sini memang tak sedap, tapi kalau bab environment memang menarik.

Tak salah kalau sesapa nak merasakan suasana kampung kat tengah KL, especially sesapa yang tak pernah tengok sawah padi, try makana kat sini. 

Kiranya sambutan hari jadi atok malam tu tetap meriah. Walaupun makanan tak best, tapi semuanya tetap licin hahahahahhaah....


Insan yang dirai

Kak Jiha pun tumpang celebrate

Tengah bukak present daripada anak-anak

Hadiah birthday, Jam Tangan


power rangers pun join besday atok

perbincangan setelah perut kenyang
Ben 10?
Keluarga Hj Yahya ... ni pun ada few tak dapat join plus cameraman yang semestinya tiada dalam gambar

gaya bebas ........


Tuesday, April 05, 2011

Chopstick

Siapa pandai makan guna chopstick??? Angkat tangan!!!

Confirm mummy dan daddy dok senyap-senyap jek. Chopstick xde kaitan dengan life mummy dan daddy. Tapi lain pula ceritanyer kat seseorang nih...

v

v

v

v

v

v







Dia reti makan pakai chopstick ok. Makan mee lagi tuh! Kagum x? Mula-mula mummy bising betul bila dia excited nak makan guna chopstick. Confirmla x masuk mulut punyer... sekali tuh bertambah ok. huhuhuhu...

Before pun memang dia suker pakai chopstick tapi xde la beria-ia time makan. Dia guna bila ada mood, agak-agak nak makan main-main ke kan. 

Nampak gaya... anak lagi pandai dari mak dan paknyer...

Tuesday, March 29, 2011

Kakak ......

Kakak Dina,

Tak lama lagi kakak akan dapat adik :)
Mesti kakak suka kan? Kakak akan ada member tuk main toys.
DD & MM harap kakak akan dapat jadi seorang kakak yang baik untuk adik kakak.

Kakak nak letak nama apa tuk baby ni???

Gambar terbaru baby yang discan 3D.

Thursday, March 24, 2011

Kentut Hantu Kak Limah


Nak cerita pasal kentut. 

Kalau daddy/mummy kentutkan... anak dara sorang tu kemain lagi tau...


Daddy/mummy: Preeettttt....prooootttt.... (bunyi kentut la konon)



Dina: Heh.. bau telur! Takde sivik punyer orang! Budaya kita wajah kita tau...



Kakakaka... sekali kene sebijik dengan anak sendiri. Kan dah dikatanyer xde kesedaran sivik.

Bila kami tanya dia belajar dari mana? Kemain menjawab..



Dina: Tak ada belajar kat mana-mana la... tu dalam cerita Hantu Kak Limah tu dia cakap macam tu. 



Pastu gelak-gelak... hampeh betul.

So sekarang ni tiap kali dia dengar bunyi kentut mesti dia cakap macam tu. Siap dengan gaya sekali. Geli hati plak tengok keletah dia.

Dan bila dia kentut.... daddy la suka cakap macam tu kat dia. Elok la dua beranak nih... kemain...