Mummy rasa rindu sangat nak gomol kakak. Sejak mummy pregnant ni mummy jarang dah spend quality time dengan kakak. Kadang-kadang kakak request minta mummy gurau-gurau dengan kakak tapi apakan daya... mummy x terdaya.
Sedih! Tiba-tiba mummy rasa sedih sebab rindu sangat nak lasak-lasak dengan kakak. Rindu nak menyakat kakak sampai nangis-nangis. Kadang-kadang sakat juga sampai nangis tapi x dapat nak peluk kuat-kuat macam selalu. Mummy nak bangun angkat perut pun sakit. :(
Lagi buat mummy sedih bila satu malam tu kakak request...
Dina: Mummy buat la macam ni (macam singa garang-senada dengan bunyi) dekat Dina.
Mummy: Macam mana? *blur memanjang*
Dina: Macam nih? (sambil buat action yang sama). Lepas tu mummy kiss kuat-kuat tu....
Mummy: Mummy bukan xnak buat tapi mummy x larat nak bangun. *tengah baring*
Dina: Ala..mummy... lama mummy x buat macam tu. *tarik muka*
Mummy: Kakak, perut mummy besar, baby dah besar. Mummy sakit nak bangun. *cuba jelaskan walaupun kesian*
Dina: Xnak kawan mummy. *terus merajuk*
Mummy kalau xde halangan dengan sakit, mummy gagah layan kakak. Mummy setakat perut besar mummy ok lagi, tapi mummy nak kaleh kiri kanan pun x boleh. Mummy sendiri pun sedih sangat sebab mummy rindu nak gomol2 kakak macam sebelum-sebelum ni.
Mummy tahu kakak pun rindu. Mummy risau bila bergurau dengan kakak, kakak jadi ganas lepas tu tendang perut mummy. Dari perut mummy ni kecik sampai perut mummy ni besar, sakit mummy x pernah putus-putus.
Sian kakak...
Mummy harap mummy boleh gomol kakak banyak-banyak-banyak lepas baby keluar nanti. Mummy rindu nak hug kakak kuat2. Kadang-kadang nak pergi kiss kakak dekat katil time nak tidur pun mummy x larat nak bangun.
Sekarang ni kakak je yang datang pada mummy, kiss-salam-wish goodnite pada mummy. Ada masa kakak peluk mummy. Hiba rasa... dan kadang-kadang kakak la yang selimutkan mummy bila mummy terbongkang dulu time kita sama-sama layan TV.
Kakak... mummy love u soooo much...
Thank you for the cute flower yang kakak kaler kat kindy then serah kat mummy siap nyanyi-nyanyi. Thank you my sweetheart... kakak la bunga matahari mummy...
Macam yang selalu kakak nyanyi...
"Ibu... ibu... engkaulah ratu hati ku..... Terima kasih ibu" So touching tau....
No comments:
Post a Comment