Sunday, October 17, 2010

Sarawak Cultural Village Part 2

Ok... bersambung lagi posting mengenai Kg Budaya Sarawak...

Rumah seterusnya .......





Tinggi gak rumah ni ....




Curam giler tangga dia. Tapi don't worry pelawat tak nyah naik tangga ni, ada tangga lain :)

Dina lawan congkak dengan mummy, tapi macam biasa Dina kena 'benang' kalau tak Dina nangis

2 orang insan kesayangan DD






Akhirnya, tamatlah lawatan ke 7 buah rumah kat Kg Budaya.

Bukti tamat lawatan .......

Passport lawatan, passport akan diberi kat kaunter tiket. Kat setiap rumah ada tempat untuk dapatkan cop.


7 Cop rumah :)




Lupa nak inform, makan kat sini pun sedap.

Kg Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village)

Kg Budaya Sarawak merupakan satu tempat wajib dilawat jika kita pertama kali ke Kuching. Banyak informasi mengenai kaum-kaum di Sarawak dalam Muzium ni, dan kalau tak silap, Muzium ni merupakan antara muzium hidup terbesar di dunia.

Jarak perjalanan dari Kuching ke Kg Budaya adalaha dalam 45minit ke sejam, tapi perlu diingat "sign board" memang takde langsung sepanjang perjalanan ke Kg Budaya. Pedoman utama hanyalah papan tanda ke Santubong & Damai Beach Resort.

Tips utama kalau nak melawat, make sure jangan terlepas "daily cultural show" iaitu puluk 11:30am - 12:15pm dan sessi petang 4:00pm - 5:15pm.

Tiket masuk RM60 untuk dewasa & RM30 aknak-kanak (6-12yrs), tapi kalau tak silap orang Sarawak dapat diskaun....pelikkan kenapa orang Sarawak jer, biasanya kat KL @ Semenanjung, kalau guna mykad baru dapat diskaun ..... macam mana la nak jadi 1Malaysia. Patut ubah, 1Semenanjung, 1Sabah & 1Sarawak ;p (tak leh komen bebanyak hal ni, sebab tu la harga yang perlu dibayar sebab nak pujuk/ajak Sabah & Sarawak join Perseketuan Tanah Melayu)
Rasanya tak nyah DD nak cerita detail pasal Kg Budaya, readers semua tengok-tengokla gambar ni. Rasanya gambar ni dapat menerangkan betapa bestnya Sarawak Cultural Village ni.

Gunung Santubong... sepanjang perjalanan akan lalu dikaki gunung ni.




Takde pun sign "Kg Budaya Sarawak"


Inilah tanda sign Kg Budaya... hampeh tul, dah sampai kat pintu gerbang baru ada tanda nama


Destinasi pertama Dina dalam Kg Budaya ..... TOILET.
Dina tengah pegang perut sebab tak tahan nak 'yak' :)

Lega bila hajat dah dapat .....


Lokasi utama untuk kafetaria, toilet + ruang teater/show

Adventure gak jambatan ni.... nak naik tak???


Posing dulu sebelum naik.
Jambatan ni merupakan jambatan utama untuk ke rumah Kaum Bidayuh di Sarawak.


Dina takut...sebab tu kena dukung :)
MM berposing... padahal memang penakut gak nak naik jambatan ni :)









 Pemandangan dari Rumah Orang Ulu.


~~~~~ BERSAMBUNG ~~~~~

Iklan 100 Plus ..... Ada 3 lagi rumah + cultural show





Thursday, October 14, 2010

Dari Kakak bertukar menjadi Kak Long ......



Cerita kat Sarawak terpaksa disambung selepas ni. Ada selingan jup.

Tak nyah nak xplain detail cuma kalau sesapa tgk gambar kat atas tu, faham-faham la apa maksudnya :)

Hope everthing going smooth dan selamat.

Kek Lapis Dayang Salhah & Kg Boyan



Sarawak memang fames dengan kek lapis. Dulu DD memang tak makan kek lapi, sebab utamanya rasanya macam berempah skit. Tapi tak tau nape bila sampai Sarawak ni terasa xcited lak tengok kek lapis yang bermacam-macam fesyen kat sini. Bila ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, lagi la xcited sebab nampak warna-warni kek lapis ni ditambah lak ada free tester. DD dan BB Dina yang xcited duk menge'test' kek lapis kat sini. Memang best rasa kek lapis ni. Bisnes kek lapis kat Sarawak skang ni dah dikomersialkan dan rasanya pun dah bermacam-macam, terasa macam kat kedai kek lak.

ntuk ke kedai kek lapis Dayang Salhah ni ada 2 cara, satu ikut jalan darat atau kalau nak adventure skit guna perahu tambang. Kalau ikut jalan laut@perahu tambang senang skit sebab lokasi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni kat area Kg Boyan. Kiranya bila dah ke seberang, lokasi kedai ni dalam 500meter dari jeti perahu.

Kalau nak ikut jalan darat adventure skit sebab takde sebarang papan tanda ke Kg Boyan. Kena rujuk peta, tapi basic idea 1st follow ke bangunan DUN then ikut Kg Gemersik .... ke Kg Gerisik lupa lak. Tapi actually Kg Boyan ni kat area Fort Cornwalis, tapi janga harapla nak jumpa papan tanda Fort Cornwalis ni. Rasanya Tourism Sarawak kedekut kot nak pasan signboard.


Pemandangan dari Jeti Waterfront. Kat depan tu la Jeti Kg Boyan



Pintu masuk ke Kek Lapis Dayang Salhah

MM & BB berposing


Antara 'tester' yang menjadi mangsa DD, MM & BB

Tuesday, October 12, 2010

Muzium Sarawak


Kat Kuching ni memang banyak Muzium. Tapi nasihat yang paling utama, sebelum ke Kuching rasanya kena la buat revision skit pasal Kuching ni kat internet. Source utama yang Daddy Dina gunakan ialah Forum Cari + Tourism Sarawak.

Kami sekeluarga sewa kereta tanpa pemandu. Kereta Wira Auto. Sewa 2 hari RM200. Kalau sesapa nak sewa, boleh la contact Mdm Tan 016-575 7312 atau partner dia Mr Goh 016-8948390 atau bolehla email tuk tanya kereta yang lain kat tsheauwee@yahoo.com.my Servis dia memang ok and condition kereta pun ok.

Sebelum start menjelajah, tempat pertama yang kena tuju ialah Tourism Sarawak Office. Office ni dekat dengan waterfront atau lebih tepat lagi sebelah Muzium Tekstil. Kat sini minta lah seberapa banyak maklumat yang perlu dan peta Kuching and kawasan sekitarnya tuk menyenangkan pergi melawat kat Kuching.

Yang paling teruknya kat sini, Sarawak terutamanya Kuching ni amat kedekut dengan Papan Tanda (Signage) jalan. Lokasi pelancongan takde signage dan yang lagi hampeh hampir di setiap junction, takde signage kanan ke jalan mana, kiri jalan mana etc.... Lepas ni memang nak buat komplen kat kerajaan negeri Sarawak + Tourism Sarawak + Tourism Malaysia sebab nampak sangat macam Sarawak tak serius mempromosikan lokasi menarik or maybe nak bagi pemandu pelancong income, coz' setiap pelancong yang 1st time ke sana, sure terpaksa pakai khidmat pemandu pelancong ;)

Kami pergi 2 muzium je, first Muzium Tun Abdul Razak dan satu lagi Muzium Entologi. Actually ada 3 lagi muzium kat area yang sama tapi kami tak masuk coz' dah penat berjalan + cuaca pun dah makin gelap nak ujan.

Muzium Tunku Abdul Rahman ni ok gak sebab ni muzium sejarah Sarawak. Sejarah lengkap Sarawak dari zaman pra-sejarah sampailah kemasukkan Sarawak dalam Malaysia ada dalam muzium ni.

Muzium Entologi lak kiranya macam Muzium binatang kot :) sebab dalam ni banyak replika/fosil atau binatang yang di awet. Fosil ikan paus pun ada. Lagi satu kat sini gak ada la beberapa artifak kaum-kaum yang ada kat Sarawak ni.

Anyway Muzium ni memang menarik dan lokasinya pun bagus sebab dekat antara satu sama lain cuma, kekurangan papan tanda saja yang akan mengakibatkan pelancong akan terlajak dan terpaksa cari jalan tuk buat 'u-turn'.




Dalam Muzium, sebenarnya


Jambatan yang menghubungkan Muzium Tun Razak dan 3 lagi Muzium yang lain.

Dina berjoget kat jambatan.