Si kenit yang pakai baju seksi sekali tu. hihihihhi... kazen2 siap berjubah.
Sila maafkan mummy dia yang tengah mabuk2 xle nak memikir time tuh ek. :p
Beberapa hari lepaskan... time tu daddy ntah gi mana ntahkan, so mummy tinggal dengan si kenit aje. Mummy nak solat, dia pun sibuk nak solat sama. Baju x pakai lagi, suar pun, rambut kusut-masai. So kene umpan la kalo nak solatkan.
Mummy pun suruh la dia pakai cepat2 sambil memberi arahan "kakak, pakai baju cepat, sikat rambut lepas tu letak bedak." Berkali-kali tuh ulang nak kasi arahan tu lekat kat minda dia. Kalo tak kang terhegeh2 la dia sarung baju, pastu bedak habis bertompok2 dia tepek.
Sementara dia bersiap2 tu kan ada la terjadinyer a few dialog di antara kami. Mummy ada buat dalam My Noted in fb mummy. Jom mummy share kat sini.
Sila besarkan sendiri kalau x nampak. :p
Tapi dialog tersentuh hati sekali bila dia tanya "mummy kenapa ALLAH kasi kita semua cakap tapi ALLAH x kasi isteri pakcik ucop dengan cik ucop cakap?".
Ok fyi, Dina baru sahaja menerima makcik baru dalam keluarga besar mummy dan makcik baru Dina tu sama je macam pakcik ucop - pekak dan bisu. Jadi mereka berkomunikasi melalui bahasa isyarat.
Dulu Dina jarang berbahasa isyarat sebab pakcik ucop Dina jarang nak berbual2 dengan Dina. Tapi makcik baru ni lain, dia suka layan Dina. Even makcik baru ni (makcik haili) banyak ajar Dina berbahasa isyarat.
Uwan selalu report kat mummy yang Dina suker la membuli makcik Haili kalau orang tu off day. Time tu la dia ajak main, suruh mandikan, layan dia makan. Orang tu dahla off day nak rehatkan.. lagi si kenit mummy tu pergi membuli.
Hari tu mummy cuti, mummy lepak rumah uwan sat. Kebetulan makcik Haili dan pakcik Ucop pun cuti. Apa ntah yang Dina borak dengan makcik dia tu. Tengah mummy khayal2 nak membuta, Dina kejutkan pastu buat bahasa isyarat bagitahu arnab macam ni, burung kakak tua macam ni, lembu macam ni.
Tergelak-gelak mummy tengok. Tapi kagum giler sebab pandai betul anak dara mummy tu belajar. Lepas tu Dina nak susu, mummy malas nak bangunkan jadi mummy pun amik kesempatan. "Dina suruh makcik buatkan boleh?". hahahaha...
Lepas makcik Haili buat susu, mummy tanya la Dina communicate macam mana then dia pun tunjuk la cara dia berbahasa isyarat dengan orang tu. Lawak betul tau si kenit mummy nih. Kelakar! Lepas dia tunjuk, dia balik tergelak2 malu. huhuhu...
Ni la orang baru dalam keluarga besar Uwan...
SELAMAT PEGNANTIN BARU PAKCIK UCOP DAN MAKCIK HAILI....
from Dina. mummy. daddy.
No comments:
Post a Comment