Sunday, August 22, 2010

Lawatan wajib sebelum raya


Jumaat lepas office mummy  ada buat jamuan berbuka di Ar-Rawsha, mummy bawa Dina and daddy ikut sama. Makan free, jemputan harusla dipenuhikan.   :)

Lepas makan menu-menu Arab yang sungguhla x menyelerakan sebab pening dengan daging sana sini (tapi kalau makan ala-cart ok jek before) dan menu yg limited, kepala otak mummy mula la toing toing toing. 

Bukan pening ok! Tapi idea mariiii. hahahaha.... ada jek mummy ni kan. Kami menuju ke Ampang Point dengan harapan nak singgah kedai emas.

Nak tukar barang kemas Dina and beli yang baru. Sana ada dua kedai emas je dan dua-dua tempat tu dah biasa beli la. 

Kedai fisrt tu yang mengadap Restoran Tarbush. Apa ntah nama. Tanya situ dulu sebab kedai-kedai gitu sometime design dia lagi menarik dari Poh Kong. 

Masuk jek kedai emas tu, meluru anak dara mummy duduk kat kerusi. Tak tengok kiri kanan ok! Punyer la semangat tengok barang kemas.

Mummy tanya dulu berapa barang lama yang diorang nak amik. SA tu telek-telek emas mummy siap amik teropong tu tengok. Aih... sepanjang mummy membeli emas, x pernah la plak sampai orang teropong emas yang mummy nak jual balik. 

Lepas tu tanya surat emas lama. Giler hape tanya surat emas lama yang dah 4 tahun tu? Dahla gelang kaki Dina orang yang kasi. Mana ada surat? Mummy mula la curiga dengan SA nih. Mintak surat la, guna teropong la... "Kau ingat tu emas curi ke?"

Marah la mummy, punyer la teliti si SA tu telek tau. Previously mummy beli kat situ xde la plak dia mintak itu ini. Baru keje hapeee?

Dia timbang then buat kira-kira. Punyerla panjang pengiraan dia tau. Sekali tu kuarla total amount RM980.00.  Tu jek nilai yang di ble tolak. Mummy tengok gelang tangan paling sikit dia amik. Mummy fikir-fikir balik... mummy cakap xpela, x jadi tolak. Mintak balik semua barang kemas mummy tuh.

Mummy seret hubby dan Dina pergi Poh Kong plak. Suruh SA tu kira berapa harga barang yang mummy nak tolak nih. Sekali dia tulis gram dengan nilai RM sangat2 la berbeza dengan SA kedai sebelum tu.

Daddy tengok muka mummy, mummy tengok muka daddy. Biar betul minah SA sebelum tu. Kot yer nak tipu pun berpada-pada la. Even dia tolak 20% pun tapi jangan la sampai ketara giler ok bezanyer.

SA PK tu pun kira simple jek. Depan mata kami semua jadi kami tau dia tekan apa. SA kedai before tu kira depan mata gak tp x boleh nak tangkap sebab dia tekan macam-macam sekali tu kuar satu angka. 

Daddy pun siap kira sekali tapi muka berkerut-kerut sebab xdapat amount macam SA tu buat. Giler arh...! Mak cik dari kampung bolehla nak kelentong punnnnnn....

Mummy tengok jek amount SA PK tu terus mummy setuju tolak then mummy amik gelang baru dan rantai + pendant utk Dina. Nak beli cincin terus SA tu x advise sbb ada yang pernah beli tuk anak depa sekali tu cincin tu cederakan muka.

Jadinyer abaikan cincin. Bila tanya nak subang tak kat Dina, angguk aje dier. Mummy ok jek tapi mummy just worried kat Dina kang melalak x hengat! Dahla time kami membeli tu ada sorang budak pempuan kecik sikit dari Dina melalak-lalak dalam PK tu bila parents derang bawa. 

SA tu kate dia dah berkali-kali datang nak tembak balik sebelah lubang untuk budak pempuan tu sebab yang sebelah tu dia cabut jadi lubang dah tertutup.

Dina tengok dia melalak terus seriauuu.. daddy plak takut-takutkan Dina lagi la terus geleng xnak. Mummy pun x suker nak tindikkan Dina sebab mummy sendiri pun x pernah ada lubang kat telinga. hahahahaha....

Kalau Dina nak juga, esok dah besar Dina mintak lagi mummy tindikkan la. Bila dah besar sikit bolehla fahamkan. Bila dia tembak dan tekejut, xdela sampai jadi takut ke hapekan. 

Mummy-mummy out there yang sker anak bertindik ok la. Mummy Dina x suker. Tu sebab x excited pun nak tindikkan. Daddy pun x kasi. Daddy pun sependapat dengan mummy, dah besar esok mintak nk tindik, baru kami tindik.   :)

Tapikan yang x tahannyerkan... bila mummy pilih rantai untuk Dinakan, mummy saje la tanya dia "Kakak yang tu ok tak?" (refer kat satu rantai halus nih). Dina geleng cakap x moh. Bila tanya balik nak yang mana? Dina jawab "Dina nak yang besar." 

Tergelak besar mummy kat situ. huhuhuhuhu... aihla Dina nih, kecik-kecik dah demand. Kalau la PK tu mummy punyer, besar lengan pun mummy kasi ok!  :)

Daddy pun tergelak tengok gelagat Dina. Daddy kata, esok memang bankrup la boyfren Dina kene beli emas yang besar punyerrrrr!





1 comment:

linda said...

http://kedaiemasirdina.blogspot.com

PROMOSI PEMBUKAAN KEDAI EMAS IRDINA. DAPATKAN SEMUA ITEM DENGAN HARGA PENGSAN!!!