17hb April lepas ke klinik sebab demam panas dan malam ni ke klinik lagi sebab demam tak surut2 especially waktu malam. Dan akhirnya tadi doktor masukkan ubat dalam b*nt*t Dina gara-gara susah giler nak kasi anak dara tersayang itu makan ubat.
Mummy and daddy bukan sahaja bersilat malah siap taek wan do and kungfu sekali. Sumer aksi ada! Kadang-kadang tuh nampak macam kejam giler mummy and daddy kasi ubat ke Dina tapi nak buat macam mana kalau tak bersilat taek wan do kungfu segala memang xkan masuknyer ler ubat dalam mulut tuh.
Uwannyer sdiri pun naik fed up memberi Dina makan ubat sebab akan habisla uwan disembur dek Dina. Tabiat menyembur yang dipelajari sewaktu hebat disuapkan bubur satu waktu dulu masih lagi diamalkan dengan jayanya. Uh.. letih menguruskan anak dara nan seorang ini.
Ke klinik bukan sahaja bersama mummy and daddy tetapi juga si 'baby'. Satu waktu dulu diusung 'baby' yg sama jenis cuma bezanya 'baby' lama itu botak. Dina gelarkan si botak hehehe.. nanti kalau ada gambo si baby botak akan mummy upload kemudian.
Biar pun badan panas tapi semangat tak pernah luntur. ABC sudah pun reti di baca cuma belum kenal rupa sahaja kerana tiap kali puzzle abjad di ambil, huruf 'A' di tangan akan dikatanya no 4. hehehehe....
2 comments:
wei xcek darah ke? takut denggi...skang kang dtg balik musim denggi..mintak2 dijauhkan la..
[-suziey-]:
alhamdulillah dh ok. dia xnk mkn ubat tuh sbb lmbt baik. antibiotik tuh yg ptg dia xnk telan. ni doc mskkn ubat dlm buntut br ok.
Post a Comment