Friday, February 27, 2009

Kuku

Masuk ni rasa-rasanya dah 3 minggu tak potong kuku Dina. Tapi tula... tiap kali mummy check kuku Dina sentiasa jek pendek. Sape yang tolong potongkan? Uwannyer mana berani sebab dah tak berapa nampak. Takkan sepupu2 dia yang kat umah tu? Derang nak jaga Dina pun dah malas sebab Dina dah banyak ragam.

Owwhhh....satu kali tu mummy perasan tangan Dina asyik kat mulut jek. Em..agak dah.. dia gigit sumer kuku dia. Tu sebab semua kuku tu tak sempat nk panjang. Tiap jari dia gigit! Satu habit baru yang mummy really tak suker. Bila marah... Dina wat dek jek...

Bila mummy amati betul2 kuku dia tu... adaoiiiiyaiii... semuanya jadi buruk. Bergigi-gigi kuku tu jadinya... Macam-macam ideala anak dara mummy ni! Pasni mummy tak payah dah susah2 ingat schedule potong kuku Dina sebab semuanya Dina arrangekan sdiri. Very independent girl!

No comments: