Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN


Dina dan family ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pegunjung blog Dina. Pada ahli keluarga Dina, saudara mara di KL, Ampang dan juga Kelantan, Maaf Zahir Batin Dina ucapkan.

Raya pada tahun ni, pada pagi raya pertama, Dina akan beraya di Ukay Perdana dan selepas itu ke Ampang. Insya Allah, pada raya kedua Dina akan balik ke kampung mummy di Kota, Rembau.

Nanti Dina akan update kan segala aktiviti Dina pada raya tahun ni. Lagi pun, ini ialah Aidilfitri yang pertama untuk Dina. Tahun lepas Dina dilahirkan pada 4 Syawal.

Maaf Zahir Batin, berhati-hatilah bila memandu. Ingatlah orang yang tersayang.

No comments: