Thursday, July 08, 2010

Ayat materialistikkah itu?


Dah lama mummy tak tulis pasal Dina sebab mummy? yer... busy bee... tapi bee hasilkan madu.. mummy hasilkan stress. 

Nak cerita pasal Dina. Pasal akal panjang si dara bertuah mummy nan seorang ni. Hari tu time si jantung hati dua orang ni (daddy dan Dina lah) datang jemput mummy kat opis, tiba-tiba je daddy tanya benda yang dia ajar dekat Dina. 

Entah bila la daddy ajar mummy pun x perasan. Maklumlah, daddy lagi banyak spend masa dengan Dina daripada mummy. Lepas tu daddy nak suruh la Dina show apa yang daddy dah ajar tu pada mummy. Mummy pun layan aje la. Tapi tu la... x tahan betul dengan ayat yang Dina rekakan tu.

Daddy: Dina, kalau orang sakit panggil apa?

Dina: Panggil ambulance...

Dy: Kalau ada orang jahat panggil apa?

Dina: Panggil polis...

Dy: Kalau rumah terbakar panggila apa?

Dina: Kalau rumah terbakar, buat rumah baru yang lagi besar.... (siap dengan gaya tangan lagi tu).

Mummy tergelak giler dengar ayat last Dina tu. Padahal daddy cakap dia x ajar pun macam tu, daddy ajar panggil bomba tapi Dina refuse. 

Dy: bukan la... panggil bomba la.

Dina: Bukan... buat rumah lagi besarlah lagi cantik.



Oh Dina... adakah ini tanda-tanda seorang yang materialistik? Habisla saper2 yang nak buat isteri esok... :)

Lawak betul tau anak dara bertuah mummy nih. Sabo jeklah....

Tuesday, June 15, 2010

Hantu DIM SUM


Dina hantu dim sum? Boleh percaya ke? hihihihi...

Mestilah yang hantunya parents Dina, si kenit nih ikut jek. Kalau rasa tekak dia nak makan, dia makan la. Kalau tak semua dim sum tu dia kata busuk dan tak sedap. Itulah dia cara anak dara mummy and daddy tu. 

Cerita ni dah lama tapi simpan jek kasi basi. Dah basi baru nak tayang. Tapi xpe sebab mummy dan daddy memang selalu pergi makan dim sum bila tekak rasa teringin sangat. 

Jom tengok dim sum yang Dina makan jom.. hihihi... yer sangatlah anak mummy tu nak makan. Dia cuit sikit-sikit aje. 

Harus intro dengan si dara kesayangan nih. hihihihi...

Disusuli dengan wajah kesayangan hamba... huhuhu.. perasan mummy ni kan. 
Nasib daddy edit over sbb ada mak cik jerawat beso tuh. kikikiki...

 Ni dia yang kami makan.... jangan tanya nama yer mmg mummy x igt langsung. Mummy and daddy order pun banyak tengok gambo dari nama dier. hihihihi....
Yang ni sedap. Dalam dia inti udang.

Monday, June 14, 2010

DIAPER-LESS

Kagum dengan anak dara kesayangan mummy sorang nih... serius kagum banget!

Dina diaper-less now... pada usia 3 tahun 7 bulan. Okla tukan sebab dia belajar semuanyer sendiri without sokongan moral dari parents. huhuhuhu... sian kakak mummy.

Daddy dengan mummy selalu x sefahaman tentang nak diaper-lesskan Dina coz' weols mentally and fizically x ready 100% even mummy selalu la pot pet pot pet kat daddy suruh support kakak untuk tinggalkan diapers dia.

Alhamdulillah... Dina belajar semua sendiri. Even pada usia 3 tahun lagi Dina dah x memakai diapers di siang hari tapi on off tengok mood mummy, daddy dan Dina sendiri. Sometime, Dina agak kemalasan untuk ulang ke toilet jadinyer dia request nak pakai diapers. hihihihi...

Tapi kalau mama Irfan yang brain wash dia, senang giler Dina terima. Everytime mama Irfan jadi babysitter untuk Dina for sure balik tu dia akan cerita kat mummy yang mama Irfan pesan siang2 x payah pakai pampers. Itu setengah tahun lepas punyer cerita.

Last week Uwan ke Singapore ronggeng2 makan angin meninggalkan cucu kesayangannya ini, mama Irfan amik alih jaga Dina only for 2 days. Last day tu Dina cakap kat mummy yang mama Irfan cakap malam-malam pun tak perlu pakai pampers macam Irfan.

Since that, bila nak tidur dia refuse untuk disarungkan diapers tapi senyap2 mummy pakaikan bila Dina dah x sedar diri. hihihihi... yerlah.. x confident lagi.

Tapi dah 2 nites Dina tidur x pakai diapers. 1st nite berjaya sampai bangun dia x pee tapi pagi tadi owh... tanpa disengajakan Dina terbabas terkucil pukul 5 a.m. Bangun2 jek terus kejut mummy cakap "mummy... Dina kencing". Aiyoyoyo... x pelah sayang.. learning process mmg gitu.

Mummy pun bangun then suruh kakak pee again, salinkan seluar, alas tempat tidur yang dah termusnah tu then suruh dia tidur balik. Lagi pun malam before tidur tu dia banyak minum air and susu so no wonder la kot terkucil pun.

Malam ni pun semangat kakak tu mummy akan teruskan juga tapi mummy kene wake-up at 4 a.m tuk suruh kakak pee bagi mengelakkan mummy menyalin cadar sehari sekali. :)

Apa-apa pun mummy dan daddy sangat kagum dengan sikap berdikari kakak. Macam ni lah baru boleh jadi real sister kan.  :)  LOVE U SAYANG!




Friday, May 21, 2010

Besday Atok ke-72


Cerita lama baru nak tayang. hihihi... mummy dan daddy sekarang ni selalu tertinggal train. Dah la internet connection kat rumah teruk giler, mengkontotkan lagi mood daddy nak bercerita. Mummy memang dah jarang menulis sebab mood lari jauh beno, x sempat nak kejar.  :)

Jom layan cerita besday Atuk. Besday Atok nih disambut pada 24 April 2010 kat rumah Auntie Azie. Auntie Azie volunteer nak kasi pinjam umah dier. Syiok sangat tau kalo buat gathering rumah Auntie Azie ni sebab kawasan besar, umah besar cantik plak tu, yang penting selesa untuk semua.

Majlis kali ni mummy yang jadi organizer jadinyer banyak benda kene buat. Ayam dan kambing pun mummy yang perapkan... eh salah... daddy yang perapkan sebab jari mummy luka. ngeee... Daddy sangat sangat rajin tolong mummy kat dapur. Dina pun sama...  :)

Dina paling suka time gini sebab dia ada ramai orang untuk melayan dan dilayan, yang penting boyfriend dia pun ada sama. Tu wajib ada tu, nanti dia rasa macam x cukup korum, sure tanya mummy punyerla kalo BF dia xde.


Ni couple of the year. Time ni dah busuk dah dua2.. dok main jek koje.


Intro... intro... mesti la Dina dulukan baru cerita lagi.


Birthday boy!!!! eh boy ek? Men kot.. hihihihi... Dina, mummy dan daddy sayang Atok so so much!!!



Kek Atok dari SR.. Butterscotch kacang apantah namanyer... hihihihi... lama sgt sampai terlupa dah nama kek nih. Tapi sangat shedapppp....

Dan menu kami hari tu adalah nasi lemak + ayam, kambing, sosej, ikan, sotong, udang BBQ + desert karamel n dadih + muffin n karipap n buah2. Banyakkan???? memang byk pun sampai x terabis. :)



Tukang bakar of the day is...


Pak Long Dina..... & .... ada 2 orang yer...

 
& Auncle Nizam... mereka adalah Chef of the Day... hihihihi...

Tukang makannyer ramaiiii.... hihihihi....



Sesi nak tiup lilin. Dina x moh tiup dia kate tu kek atok punyer...




Habis makan-makan ada sesi perbincangan plak. Bincang pasal Pak cik Ucop nak kawen hujung tahun ni...



Dina n Mak Ngah wajib ada yooo....


Hadiah untuk Atok. Yang Mak Ngah tengah buka tu dari Dina, mummy n daddy.

Ok... last but not least... TERIMA KASIH kepada tuan rumah yang sangat baik hati n sporting!!!

Auntie Azie, Pok Nik n family... depa semua nak berangkat ke Tanah Suci 2 June ni tuk tunaikan umrah... hope selamat pergi dan selamat balik. Kirimkan doa tuk mummy, daddy dan Dina depan kaabah tu yer.

Auntie Azie...

Tuesday, April 27, 2010

Majlis Pertunangan Ucop @ Alor Star - 26 Feb 2010


26 Feb 2010

Buat kali ke2 dalam tahun 2010, Dina & Family ke Utara. Destinasi kali ini ialah ke Alor Star. Misi utama ke utara kali ini ialah kerana Cik Ucop nak bertunang. Perjalanan bermula di awal pagi, lbh kurang jam 7am dari rumah. Semuanya 'smooth', kenderaan tak sebanyak perjalana ke utara yang lepas. Tapi...... malangnya berhampiran dengan hentian bukit gantang, DD kena saman speed trap :) malang tol..... tapi nak wat camne, tu la bawak laju sangat ;p


Breakfast di RnR Rawang, sempat lagi Dina mintak nak main kat playground.



Sessi kena saman :(




Kami semua berkumpul di RnR Gurun, sebelum ke hentian seterusnya di Masjid berhampiran dengan rumah tunangan Ucop.


Di Hentian Gurun, semua ahli rombongan lunch kat sini.

Apa yang Uwan dan cucunya tengok tu??

Majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan kedua belah keluarga, majlis perkahwinan bakal dilangsungkan bulan 12 nanti. Selepas majlis, kami semua berpecah. Dina & Family akan ke Penang, manakala yang lain akan stay kat Seberang Perai.


Dina bersama dengan antara sepupu-sepupunya.


DD nak tunjuk kreatif ;p

Juru ahli bahasa isyarat merangkap kakak kepada tunang Ucop.



Kali ni DD bawa Dina & MM stay di Hotel Royal, Penang.

Sunday, April 11, 2010

Semalam boyfriend dia telefon. RINDU SUDAHHHHH!!!!

Semalam kan kan kan... nak bagitau nih... ada orang tu kan kan kan... boyfriend dia telefon. huhuhuhuhu.... boyfriend dia dah rindu bangat kat dia. Mesti dah lama x dating la tu... :)

Betooooll... mummy x tipu pun... sebab semalam time mummy tengah sibuk buat eskrem Mesia tuk Dina, daddy n mummy... hihihihi... telefon mummy berdering. Sekali tu boyfriend aweks ni nak cakap...

Nie la boyfriend dia... Nama boyfriend dia Irfan.



Ni la awek budak laki tu... Nama awek dia Irdina. Sama-sama cutekan? hihihihi...




Tersengih malu-malu ngiow lak dia nak cakap depan mummy... pastu mummy pasang loud speaker jadi mummy leh skodeng la dua orang budak tenit nih berbual. Macam orang tua tau bercakap... nak plak boyfriend dia tu cam pelat2 lagi. Kalau cakap laju satu hape pun mummy xle tangkap. Terkekek-kekek mummy gelak... sangat-sangat x tahan lawaknyer...

Si boyfriend ni bila dengar je suara malu-malu awek dia tu kan terus jerit "DINAAAA" hahahaha.... dah bape tahun depa x jumpa nih? Semacam jek excitednyer. Bukan selalu ke jumpa umah uwan? Aih la...

Siap tanya awek dia tengah buat apa... pastu siap cakap nak datang umah awek dia tau... tapi boleh lagi tu cakap nak gi jalan2 dengan papa dia. Mana satu ni boyfriend oiii? Excietd punyer pasal sampai mana satu nak pilih pun tarak tau lorrr.... :p

Si awek nih plak jenis kot orang tu sasul kata nak datang dia mati2 la ingat nak datang. Siap nak ajak makan eskrem lagi. Pastu berulang kali la dok citer daddy dia xde... yang si boyfriend bukan dengo sangat pun... dia lagi excited nak bercakap. Adoi la... tergelak2 mummy layan derang.

Pastu bila si awek ni xle tangkap apa boyfriend dia cakap macam keretapi tu dia jeling-jeling kat mummy... mummy la yang kene kasi jawapan. Tapi si boyfriend tu bukan dengar pun... nak plak aweks dia nih ala la la la slow nyer la suara. Jadinyer banyak perbualan masing-masing cerita sendiri... xdak yang jawab. hahahaha... kelakar giler.

Cakap plak sampai xde nokhtah tau... non-stop... sampai at last mama boyfriend tu amik je HP tu kalo idak x benti la depa cakap. :p Lawak-lawak...




## kalau daddy ada sure daddy pun terkekek sama. Lawak giler la daddy... tau2 je la Irfan tu kalo cakap laju2 susah nk tangkap apa dia cakap. Memang lawak tul la...



Monday, March 29, 2010

CNY Trip - Posting last kot ......



Malamnya (16 Feb 2010) - edisi sambungan

Selepas maghrib kami semua ke Pasar Malam Berinchang. Kiranya DD plan tuk dinner dengan juadah yang bermacam2 kat pasar malam ni. Macam biasa jalan tetap jem dan jangan xpect datang kat Cameron ni boleh makan best :)

Dina: Jom tengok gambar sekitar pasar malam.

Habis botol madu ni MM borong :p

uik... tangan sapa tu??


Nasi kukus yang rasanyer memang macam angin kus kus....

BB anak mat salleh, sebab tu makan burger je

Hari ni merupakan hari terakhir penjelajahan famili Dina sempena cuti tahun baru cina 2010. Bermula dengan breakfast di hotel, dan selepas tu siap berkemas, lebih kurang jam 12.00 t/hari kami semua bersedia untuk check out.

Pandai tak BB bergaya ?

Amik gambar before check-out. Perasan x kerusi yang ada tepi tu? Menggelabah derang cari kerusi tu even yang ntahpape asal ada la dari terus di bambu dengan customerkan. :)

Sudah check-out....


Selepas check out, perancangan awal ialah untuk naik ke atas, ke Pasar Kea Farm, TETAPI, jalan jem tahap maximum. So, terpaksalah MM shopping sayur-sayuran di kawasan berhampiran dengan muzium sejarah CH. DD ambil kesempatan ni untuk melawat muzium. Kat muzium ni DD saja yang xcited, MM ngan BB macam biasala memboringkan diri.... like mother like daughter :p

Antara yang ada dalam muzium tu...







Selepas muzium, kami semua terus turun ke bawah, tak sanggup nak naik atas sebab jalan jem teruk. MM beli je sayur2 yang ada jual kat sepanjang jalan nak turun ke tanah rata. Sambil singgah mana-mana kedai yang ada. Tapi x banyak.





At last kami beli sayur-sayuran di kawasan Ringlet dan sempatla singgah di ladang lebah yang ntah hapa hapa hehehehehe.....


Sentuhan DD...

Time nak turun dari cameron tu, nampakla orang2 asli menjual kat tepi jalan. Sekali tu nampak macam petai bergantungan... macam segar jek. Tapi dah terlepas... pastu DD drive slowly kot-kot ada lagi yang jual tapi xde. Dah hujung-hujung tu baru la nampak... wah meriah... banyak betul petai dan besar-besar.

DD suruh MM beli kasi kat Atok sebab Atok suker makan ulam petai... hihihihi... MM pun suka.


Lebih kurang jam 5.00 ptg selamat sampai di Tapah, berhenti lunch merangkap makan petang di RnR Tapah dan selamat sampai di KL lebih kurang jam 7.00 ptg.

Inilah antara percutian yang paling lama ke beberapa lokasi berbeza :)

KL - Kuala Perlis - Penang - Cameron - KL