Friday, May 21, 2010

Besday Atok ke-72


Cerita lama baru nak tayang. hihihi... mummy dan daddy sekarang ni selalu tertinggal train. Dah la internet connection kat rumah teruk giler, mengkontotkan lagi mood daddy nak bercerita. Mummy memang dah jarang menulis sebab mood lari jauh beno, x sempat nak kejar.  :)

Jom layan cerita besday Atuk. Besday Atok nih disambut pada 24 April 2010 kat rumah Auntie Azie. Auntie Azie volunteer nak kasi pinjam umah dier. Syiok sangat tau kalo buat gathering rumah Auntie Azie ni sebab kawasan besar, umah besar cantik plak tu, yang penting selesa untuk semua.

Majlis kali ni mummy yang jadi organizer jadinyer banyak benda kene buat. Ayam dan kambing pun mummy yang perapkan... eh salah... daddy yang perapkan sebab jari mummy luka. ngeee... Daddy sangat sangat rajin tolong mummy kat dapur. Dina pun sama...  :)

Dina paling suka time gini sebab dia ada ramai orang untuk melayan dan dilayan, yang penting boyfriend dia pun ada sama. Tu wajib ada tu, nanti dia rasa macam x cukup korum, sure tanya mummy punyerla kalo BF dia xde.


Ni couple of the year. Time ni dah busuk dah dua2.. dok main jek koje.


Intro... intro... mesti la Dina dulukan baru cerita lagi.


Birthday boy!!!! eh boy ek? Men kot.. hihihihi... Dina, mummy dan daddy sayang Atok so so much!!!



Kek Atok dari SR.. Butterscotch kacang apantah namanyer... hihihihi... lama sgt sampai terlupa dah nama kek nih. Tapi sangat shedapppp....

Dan menu kami hari tu adalah nasi lemak + ayam, kambing, sosej, ikan, sotong, udang BBQ + desert karamel n dadih + muffin n karipap n buah2. Banyakkan???? memang byk pun sampai x terabis. :)



Tukang bakar of the day is...


Pak Long Dina..... & .... ada 2 orang yer...

 
& Auncle Nizam... mereka adalah Chef of the Day... hihihihi...

Tukang makannyer ramaiiii.... hihihihi....



Sesi nak tiup lilin. Dina x moh tiup dia kate tu kek atok punyer...




Habis makan-makan ada sesi perbincangan plak. Bincang pasal Pak cik Ucop nak kawen hujung tahun ni...



Dina n Mak Ngah wajib ada yooo....


Hadiah untuk Atok. Yang Mak Ngah tengah buka tu dari Dina, mummy n daddy.

Ok... last but not least... TERIMA KASIH kepada tuan rumah yang sangat baik hati n sporting!!!

Auntie Azie, Pok Nik n family... depa semua nak berangkat ke Tanah Suci 2 June ni tuk tunaikan umrah... hope selamat pergi dan selamat balik. Kirimkan doa tuk mummy, daddy dan Dina depan kaabah tu yer.

Auntie Azie...

Tuesday, April 27, 2010

Majlis Pertunangan Ucop @ Alor Star - 26 Feb 2010


26 Feb 2010

Buat kali ke2 dalam tahun 2010, Dina & Family ke Utara. Destinasi kali ini ialah ke Alor Star. Misi utama ke utara kali ini ialah kerana Cik Ucop nak bertunang. Perjalanan bermula di awal pagi, lbh kurang jam 7am dari rumah. Semuanya 'smooth', kenderaan tak sebanyak perjalana ke utara yang lepas. Tapi...... malangnya berhampiran dengan hentian bukit gantang, DD kena saman speed trap :) malang tol..... tapi nak wat camne, tu la bawak laju sangat ;p


Breakfast di RnR Rawang, sempat lagi Dina mintak nak main kat playground.



Sessi kena saman :(




Kami semua berkumpul di RnR Gurun, sebelum ke hentian seterusnya di Masjid berhampiran dengan rumah tunangan Ucop.


Di Hentian Gurun, semua ahli rombongan lunch kat sini.

Apa yang Uwan dan cucunya tengok tu??

Majlis berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan kedua belah keluarga, majlis perkahwinan bakal dilangsungkan bulan 12 nanti. Selepas majlis, kami semua berpecah. Dina & Family akan ke Penang, manakala yang lain akan stay kat Seberang Perai.


Dina bersama dengan antara sepupu-sepupunya.


DD nak tunjuk kreatif ;p

Juru ahli bahasa isyarat merangkap kakak kepada tunang Ucop.



Kali ni DD bawa Dina & MM stay di Hotel Royal, Penang.

Sunday, April 11, 2010

Semalam boyfriend dia telefon. RINDU SUDAHHHHH!!!!

Semalam kan kan kan... nak bagitau nih... ada orang tu kan kan kan... boyfriend dia telefon. huhuhuhuhu.... boyfriend dia dah rindu bangat kat dia. Mesti dah lama x dating la tu... :)

Betooooll... mummy x tipu pun... sebab semalam time mummy tengah sibuk buat eskrem Mesia tuk Dina, daddy n mummy... hihihihi... telefon mummy berdering. Sekali tu boyfriend aweks ni nak cakap...

Nie la boyfriend dia... Nama boyfriend dia Irfan.



Ni la awek budak laki tu... Nama awek dia Irdina. Sama-sama cutekan? hihihihi...




Tersengih malu-malu ngiow lak dia nak cakap depan mummy... pastu mummy pasang loud speaker jadi mummy leh skodeng la dua orang budak tenit nih berbual. Macam orang tua tau bercakap... nak plak boyfriend dia tu cam pelat2 lagi. Kalau cakap laju satu hape pun mummy xle tangkap. Terkekek-kekek mummy gelak... sangat-sangat x tahan lawaknyer...

Si boyfriend ni bila dengar je suara malu-malu awek dia tu kan terus jerit "DINAAAA" hahahaha.... dah bape tahun depa x jumpa nih? Semacam jek excitednyer. Bukan selalu ke jumpa umah uwan? Aih la...

Siap tanya awek dia tengah buat apa... pastu siap cakap nak datang umah awek dia tau... tapi boleh lagi tu cakap nak gi jalan2 dengan papa dia. Mana satu ni boyfriend oiii? Excietd punyer pasal sampai mana satu nak pilih pun tarak tau lorrr.... :p

Si awek nih plak jenis kot orang tu sasul kata nak datang dia mati2 la ingat nak datang. Siap nak ajak makan eskrem lagi. Pastu berulang kali la dok citer daddy dia xde... yang si boyfriend bukan dengo sangat pun... dia lagi excited nak bercakap. Adoi la... tergelak2 mummy layan derang.

Pastu bila si awek ni xle tangkap apa boyfriend dia cakap macam keretapi tu dia jeling-jeling kat mummy... mummy la yang kene kasi jawapan. Tapi si boyfriend tu bukan dengar pun... nak plak aweks dia nih ala la la la slow nyer la suara. Jadinyer banyak perbualan masing-masing cerita sendiri... xdak yang jawab. hahahaha... kelakar giler.

Cakap plak sampai xde nokhtah tau... non-stop... sampai at last mama boyfriend tu amik je HP tu kalo idak x benti la depa cakap. :p Lawak-lawak...




## kalau daddy ada sure daddy pun terkekek sama. Lawak giler la daddy... tau2 je la Irfan tu kalo cakap laju2 susah nk tangkap apa dia cakap. Memang lawak tul la...



Monday, March 29, 2010

CNY Trip - Posting last kot ......



Malamnya (16 Feb 2010) - edisi sambungan

Selepas maghrib kami semua ke Pasar Malam Berinchang. Kiranya DD plan tuk dinner dengan juadah yang bermacam2 kat pasar malam ni. Macam biasa jalan tetap jem dan jangan xpect datang kat Cameron ni boleh makan best :)

Dina: Jom tengok gambar sekitar pasar malam.

Habis botol madu ni MM borong :p

uik... tangan sapa tu??


Nasi kukus yang rasanyer memang macam angin kus kus....

BB anak mat salleh, sebab tu makan burger je

Hari ni merupakan hari terakhir penjelajahan famili Dina sempena cuti tahun baru cina 2010. Bermula dengan breakfast di hotel, dan selepas tu siap berkemas, lebih kurang jam 12.00 t/hari kami semua bersedia untuk check out.

Pandai tak BB bergaya ?

Amik gambar before check-out. Perasan x kerusi yang ada tepi tu? Menggelabah derang cari kerusi tu even yang ntahpape asal ada la dari terus di bambu dengan customerkan. :)

Sudah check-out....


Selepas check out, perancangan awal ialah untuk naik ke atas, ke Pasar Kea Farm, TETAPI, jalan jem tahap maximum. So, terpaksalah MM shopping sayur-sayuran di kawasan berhampiran dengan muzium sejarah CH. DD ambil kesempatan ni untuk melawat muzium. Kat muzium ni DD saja yang xcited, MM ngan BB macam biasala memboringkan diri.... like mother like daughter :p

Antara yang ada dalam muzium tu...







Selepas muzium, kami semua terus turun ke bawah, tak sanggup nak naik atas sebab jalan jem teruk. MM beli je sayur2 yang ada jual kat sepanjang jalan nak turun ke tanah rata. Sambil singgah mana-mana kedai yang ada. Tapi x banyak.





At last kami beli sayur-sayuran di kawasan Ringlet dan sempatla singgah di ladang lebah yang ntah hapa hapa hehehehehe.....


Sentuhan DD...

Time nak turun dari cameron tu, nampakla orang2 asli menjual kat tepi jalan. Sekali tu nampak macam petai bergantungan... macam segar jek. Tapi dah terlepas... pastu DD drive slowly kot-kot ada lagi yang jual tapi xde. Dah hujung-hujung tu baru la nampak... wah meriah... banyak betul petai dan besar-besar.

DD suruh MM beli kasi kat Atok sebab Atok suker makan ulam petai... hihihihi... MM pun suka.


Lebih kurang jam 5.00 ptg selamat sampai di Tapah, berhenti lunch merangkap makan petang di RnR Tapah dan selamat sampai di KL lebih kurang jam 7.00 ptg.

Inilah antara percutian yang paling lama ke beberapa lokasi berbeza :)

KL - Kuala Perlis - Penang - Cameron - KL