Sunday, September 27, 2009

2 Syawal 1430H

Raya kedua tahun ni ke Kuala Selangor semula. Last year x jengah pun sebab last year keadaan banyak x mengizinkan. Ke rumah nenek Wafiq & Jiha di Kuala Selangor kemudian ke rumah awek Auncle Naja di Pasir Panjang. Aih... x kawen lagi dah kunjung-mengunjung... tu dia penangan cinta zaman moden ni. So Auncle Naja, tahun depan Dina & family datang dengan rombongan meminang yek. X manis tau berkunjungan dengan tangan kosong ni... hihihi...

Raya kali ni digital daddy dah mula meragam slow-slow, x caya nnt tengok la gambar En. Cyber-shot amik. Lagi pun usia En. Cyber-shot ni dah tua sangat, dah lama dah berkhidmat dengan daddy walau hakikatnya milik Nek Umi hihihi...

Layankan jela pices2 yg ada. Yang paling penting nak tunjuk gambo baju glamer raya Dina jek. kakaka.... nama pun raya kan sah-sah la kene bergaya. Jangan muntah yer emak-emak... bapak-bapak... abang-abang... kakak-kakak... adik-adik semua yer... Nama pun setahun sekali yer tak? Layanzzz....



Taula Jiha tu cenonit..bukan main dikepitnyer si kenit tu.. ;p


Sepupu-sepupu Dina sebelah daddy



Niat daddy mmg nak focus kat mummy ker? abih gambo org keliling blur.. kikiki



Nek Umi diapit oleh menantu-hantumenantu


Tunggu turn nak kawen jek depa ni kecuali Auncle Boy


Beginilah agaknyer kalau Dina ada adik2 yg lain kot. 3 cukup ker Dina?


Mummy dan Nek Umi yg kekenyangan...



Tidur kepenatan otw balik...



Ni bukti digital daddy yang dah mula meragam! Ke sebab saje nak kenekan Auncle Naja je?




>> sorry la terkecil sgt pixelnyer menyebabkan pices sumer x sharp. kang beso2 lmbt nk upload.

>> daddy jgn mare ek gambo daddy mmg nan ado lgsg.. :p







Monday, September 21, 2009

1 Syawal 1430H

Syawal tahun ni schedule raya Dina sama macam last year cuma cuti panjang sikitla coz mummy dan daddy cuti seminggukan. Petang sebelum raya Dina and family bertolak ke rumah Nek Umi... jauh tau kat UK sana.. hihihi... Ukay Perdana aje.

Tema tahun ni mummy pilih warna hijau gold macam hijau kiwi gold gitu. Mummy la yang bergaya lebih macam pengantin! Dina pun mummy siapkan dengan tudung ekin sekali tapi x berapa cantikla bila Dina memakainya... tak cute sangat. Jadinyer... tayang ajelah rambut raya Dina tu k. Rambut pendek pilihan tahunan ni... reason => mummy tak nak kasi Dina hisap rambut lagi jadinyer kita potong pendek. hehehe... but daddy cakap x cantikla... lebih sesuai Dina berambut panjang. :) Nama pun anak darakan... mestila ayu berambut panjang.


Mummy sibuk siapkan Dina...
pakaikan tudung ikin terus, dah Dina pun nak. :p



Family kecil Dina..



with mummy... tunggu uncle2 + auntie berposing jup.
Asal la suka betul mata tertutp ni?



with Nek Umi



with family kecil daddy yang beraya bersama



Baby and his parents.. :p


with mummy at Uwan's house. New sofa lagik!


Dina and cousins...

Dalam pukul 12pm Dina ke rumah Uwan pula. Hahaha... jangan jeles yer sebab Dina boleh raya di 2 kampung dalam masa sehari! Daddy dan mummykan orang jati kota makanyer tak perlu fenin nak balik kampung jauh2. :)

Di rumah Uwan, family yang ada hanyalah auntie Shima, Pak Long, Auntie Azie n family singgah jup jek pastu merayau pergi beraya, Mak Lang plak as usually beraya umah orang kaya raya dulu baru balik rumah Uwan. Kiranyer ramai jugalah tahun ni...

Petang balik semula ke Ukay Perdana coz malam tu nak nyanyi lagu besday untuk Auncle Boy.



Uncle Boy punyer birthday Dina pula yang lebih-lebih. Dia requested nak duduk kat kerusi depan kek. Bila orang semua start nyanyi lagu Happy Birthday, Dina tersenyum-senyum malu ngiow ngiow... macam besday dia la pulak. Tergelak2 kitorang yang dok nyanyi sumbang ni.

Bila sebut nama Auncle Boy time nyanyi tu, tak plak dia marah dan dia tahu kek tu mummy buat purposely untuk Auncle Boy, asal dia dapat duduk depan kek pun jadila... alahai anak omak! Bila orang cakap tu kek Auncle Boy... kasi Auncle Boy duduk depan kek, dengan selamba jek dia jelir lidah.

Apa2lah Dina... yang penting Dina happy... siap potong kek lagi tu. :) Kelakau la Dina ni... xpe.. just next month jek lagi Dina's Birthday kan... kan... kan... Nak celebrate ke? Kita nak fly lagi next week tu... :)




Esok pula Dina akan ke Kuala Selangor jalan2 rumah nenek Wafiq dan bakal Auntie.... ==> samb' kemudian yer...

Thursday, September 10, 2009

Sembahyangla sebelum anda di sembahyangkan...

Time pergi In.don tempohari, mummy beria2 cari telekung Dina at the same time belikan juga untuk Damia, mummy's blogger frenz. Banyak sangat kat Pasar Baru tu cuma untuk budak2 tak banyak choice la, patern sama je.

Mummy beli 4 tapi 2 lagi tu besar sikit, ingat nak kasi Kak Tasha and Aina (Dina's cousin) tapi bila balik buka2 alamak just suitable for Kak Aina je. So xdela untuk Kak Tasha. Jadi lebih yang satu tu mummy simpan untuk Dina juga. Ingat macam besar tapi bila sarung kat Dina lor.. just nice cuma labuh sikit. So satu letak rumah, satu lagi kat rumah Uwan. Time bulan puasa ni Atok akan buat solat jemaah Maghrib jadinyer bolehla Dina solat sama.

So sekarang ni mummy, daddy dan Dina dah boleh solat berjemaah. Seronoknyer tengok Dina... Dina reti dah tiru mummy dan daddy solat. Mak Ngah Dina first time tengok Dina pakai telekung, bukan main excited tau... terjerit2 dia kasi tau semua orang muka Dina sebijik macam mummy time kecik. Tergelak mummy tengok reaction Mak Ngah tu... ntahpapela Mak Ngahkan Dina... :)



Bila mummy sarungkan telekung ni rileks je dia berdiri..
tau2 jek mummy akan snap gambo dia. :)



Angin kus2 datang mulala mengelak xnk amik gambo..


hehehe.... sama tapi tak serupa...



Saturday, August 22, 2009

Sekadar yang ada...

Ni antara baju yang mummy sempat rembat. Semuanya ikut sempat aje. Ada tu tak test langsung kat badan Dina. Mummy kaut je bila tengok cantik kat mata mummy, tapi tak tahulah kat mata orang lainkan.

Susah nak shopping banyak-banyak terutama dalam keadaan Dina yang suka meragam. Bila nampak cantik je janganlah toleh ke belakang, capai aje terus bayar. Kalau mummy lengah-lengah pilih memang takkan dapat apa.







Dalam bakul tu semua baju Dina. Mummy siap cuci then simpan elok-elok untuk pakai time raya nanti. Raya ni no more shopping for Dina yerr... Dress pula just sehelai je yang terembat, yang lain sempat tengok dan geram dari jauh je. Susah nak pilih sebab time nak memilih time tula Dina berangin. Yang ni pun main capai je, ukur pun ala kadar kat badan dia.

Time pegang dress tu dia bukan tengah mengira tau... tapi tengah adjust tangan buat peace. Lambat sangat nak siap peacenyer daddy snap je. :p hehehe...



Nie? hahaha... saja nk tunjuk baju tidur mummy.
Tu je yang di beli. Percaya tak? Up to you... :p



Friday, August 21, 2009

Bandung - Jakarta *Part 4

Day 2 cont'

Cuba tengok anak dara mummy ni... yer dah tuko baju. Baju baru lak tu yang dipakainya. Baju tukan made in Indonesia, kualiti kain sangat soft dan tebal dan regenya RM10 je. Kalau kita baju begini jual kat mall biasa2 pun dah berapa ringgitkan? Okla untuk basahan hari-hari.




Time orang sumer sibuk membeli-belah, Dina meragam la pula. Sekejup nak dengan orang tu sekejup dengan orang ni. Memang tension sangat melayan kerenah Dina tapi mummy tahu Dina penat. Bila nak tidur tu Dina dalam dukungan Pakcik Ucop, then Pakcik Ucop bawa Dina naik bas dengan harapan Dina akan lelap sendiri dalam bas tu tapi hampeh!

Mummy terpaksa usung Dina bawa balik kat Pakciknyer untuk memenuhi kerenah mengada-ngadanyer itu. Daddy pujuk2 nak tidurkan pun boleh di buat tak tahu je. Bila Pakciknyer melayan kerenah Dina, boleh pulak Dina lelap kat bahu Pakcik Ucop tu. Sian Pakcik Dina tau... lenguh dukung Dina. Mummy amik Dina usung terus masuk dalam bas. Giler lenguh! Jauhlah pula outlet tu dengan bas.




Time orang sumer makan malam Dina tidur juga, mummy pinjam buggie Irfan jadinyer tidur dudukla Dina dalam buggie tu sebab xle nak rebahkan. Makan malam, menu adalah berasaskan makanan laut. So far okla tapi x boleh lawan seafood kat Mesia. Moto kedai makan tu best tau... Kualiti 5 Bintang, Harga Kaki 5.. bintang tu dia letak gambo bintang 5 bijik pastu kaki lima tu dia letak gambo tapak kaki. Kreatif sungguh. Terpaksa explain panjang-panjang sebab xdak gambo nak tunjuk.



Day 3

Bangun pagi, breakfast then check-out. Hari ni nak ke Jakarta semula. Before gerak ke Jakarta singgah beli kek kat Kartika Sari, kedai kek famous di Bandung.



Macam tulah dia kalau tiap kali suruh amik gambo...



Tunggu Mak Ngah tak siap makan lagi.
Paksu lak tak mandi-mandi lagi... adeeeiii...


Beli seketul je kek sebab beli banyak-banyak pun bukan makan. Nak kasi orang pun, kek tu tahan 4 hari jek so beli seketul kerat 4 cukupla untuk daddy bawa opis, mummy bawa opis, Nek Umi dan Tokpa n ma. Dina mana makan kek mahal-mahal ni, Dina makan cekelat je kat kedai kek tu.




Dalam plastik tu ada cekelat yer... bukan kek. Tu sebab Dina yang pegang. :)



Mana-mana pergi kalau Kak Ya ada... aih... Kak Ya la di hati....!
Suka hati Dinalah sayang...

Sebab kasihankan kat Atok yang asyikla diusung ke shopping mall je makanyer sampai je di Jakarta terus ke Monas. Monas tu ialah Tugu Monumen Nasional di Indonesia. Kat menara Monas tu ada macam satu bentuk ala-ala aiskrim putar yang beli kat Mc D tu. Mercu tandan tu dilitupi dengan emas tulen seberat 50kg. So kalau ada sesiapa nak curi mercu tu derang kene sewa helikopter sebab tinggikan macam Menara KL.

Nak sampai ke menara tu akan ada satu keretapi kontot. Nak beratur untuk naik ke menara ok lagi boleh berlindung bawah pokok. Tapi nak balik tu punyerla panas sebab kene beratur betul-betul bawah terik matahari. Sian Dina kepanasan. Memang terik gilerla. Napela kerajaan Indonesia ni tak sediakan bumbungkan?



Masuk kat dalam menara tu akan ada pameran cerita pasal Indonesia. Dahla dalam tu gelap then gambo2 dalam pameran pun gelap makanya Atok cakap "Atok satu pun tak nampak apa ada dalam pameran tu Dina". :) Sian Atuk.

Puas pusing kat dalam tu kita rehat dulu! Orang-orang Indonesia yang datang kat menara tu derang selamba je tau makan, tidur baring kat dalam menara tu. Taula ada econ! Bersepah-sepah macam derang buat tempat berkelah la plak.


Tengokla situasi dalam menara ni...


Ha... ni pun sama dah ala-ala orang Indon juga.. :p


Keluar je dari tempat pameran tu mak ai panas terik. Kebetulan esok tu hari Dirgahayu Indonesia ke-64, tu yang ramai giler orang kat kawasan menara. Ada stage kat tepi kawasan, ada orang buat raptai untuk menaikkan bendera.

Lepas berpanas terik terus pergi lunch then pergi WTC Mangga Dua. Mangga dua ni tutup pukul 5pm jadinyer masa dihabiskan kat sini sepenuhnya dan tempat yang dikunjung hanya satu level saja iaitu area bag tangan. Giler mummy tengok handbag kat situ jadinyer sempat kebas 3 bag.



Shopping kat Mangga dua sampai penat pastu terus ke Ambesador plak. Dekat sini lagi banyak jual baju budak-budak. Banyak pilihan dan setiap outlet jual design yang berbeza-beza dan cantik. Mummy beli jugalah sedikit dalam 2-3 helai lagi. Dah tak terlarat melayan kerenah Dina, mummy dan daddy decided masuk dalam bas awal sebab Dina meragam. Habis mummy dia gi bantai dengan buku yang dipegang. Bila meragam macam tu memang x boleh nak kawal, nak atau tidak kenela lepaskan hajat menyoping tu lagi.

Kedai tutup pukul 9pm, naik bus terus pergi dinner then terus check-in hotel. Esok pagi nak balik dah.




Kami stay kat Hotel Alia Cikini, Jakarta.




Time bekpes ni sumer tengah lembik. Sumer kene serang cirit-birit dan muntah. Tapi mummy, daddy dan Dina tak kene pulak. Alhamdulillah.... Kesian kat semua orang. Tak tahulah makan apa sampai teruk macam tu sekali.


Amik gambo last before balik. Tengok tu Dina gi lelap mata plak.
Amik lagi sekali la daddy yer...


Aih...dah peluk elok-elok pun lelap mata gak lagi.
Cukuplah daddy... malas mummy dah.



Sepanjang perjalanan dalam aloplane Dina sleep. Selamat daddy dan mummy.
Sebelum tu Dina dah merengek-rengek dah nak ke tempat Kak Ya.
Manala cousin Dina tu larat nak layan sebab Kak Ya, Kak Ika n Acap sumer lembik.


Yeay... dah habis dah cerita! So... takde papekan yang best. Asyik-asyik layan kerenah Dina. Dina nak dengan Uwanla, Mak Ngahla... Kak Ya la. Next time takleh dah join group yang Dina kenal sebab habis sumer orang dia nak ikut.



Bandung Day 2 *Part 3

Day 2

Hari ni adalah shopping time!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
So Dina are you ready?????????

Bandung adalah soooorga membeli-belah!!!!!!!!!!!!!!!!


Ini tiga budak sudah siap siaga untuk shopping!!!!!

Sangat best menyoping sampai tak tershoping. Bisul di kepala anak mummy dah semakin kecut since 1st day sampai Indonesia dia pecah dan darah pun meleleh sampai beku di kepala. Actually, malam masa di Pasar Baru tu badan Dina macam dah panas tau. Maybe sebab sakit sangat, area telinga kat bawah bisul tu memerah. Sian sangat kat anak dara tersayang tu tapi nak buat macam mana, nak tak nak mummy kene shopping juga.

Bila penat mummy dukung, daddy pula amik alih. Dina meragam pun sebab bisul tu lalau tidak takdela teruk sangat meragamnya. Dina jarang nak dukung melainkan daddy yang gatal nak dukung dia. Tapi bila tak sihat gitu asyikla mintak didukung. Dahla tak bawa buggie jadinyer tangan mummy dan daddy harus di korbankan menampung berat 12kg Dina tu.

1st night tidur kat hotel tu mak ai rasa nak tercabut segala urat tangan dan badan. Mummy ngadu kat daddy, daddy pun sama juga. Dina oh Dina... mummy nak pesan ni... next time kalau mummy nak pergi lagi Dina tinggal boleh?

Second day dihabiskan dengan merayau-rayau di semua outlet yang ada di Bandung. Semua???? xde maknanyer pun... kalau x silap less 20 outlet yang sempat disinggahi. Yang lain-lain tu jenguk jela dari jauh. Sangat tak larat nak masuk tiap outlet tau sebab kedainyer macam kat Malaysia ni style2 kat Bangsar tu. Rumah sebijik2 dia buat outlet... klass giler.

Dahla Bandung cuacanya sejuk dan dingin jekan so that kayuhla kaki tu kuat mana pun takkan berpeluh. Best sangat... kurangla rasa penatkan. Tapi manusia kat Bandung memang ramai... orang membeli-belah merata-rata dan kalau bertembung tu mostly datangnya dari Malaysia.

Heritage adalah 1st outlet yang kami masuk. Kami sampai depan outlet tu kedai pun x buka lagi. Giler pagikan kami sampai? Siap tunggu depan pintu outlet tu lagi. Mananya tidak dah hotel kami dekat dengan Heritage, just jalan kaki je tu yang terawal tu. :) Bab2 menyoping sumernyer cergasssss! Daddy kata, dia orang ke-4 yang jejak kaki masuk ke Heritage pagi tu. hahaha... lawak la kita Dinakan...



Happy family yang sudah x sabo nak menyoping.
Tapi sian kat Atok sebab ngikut je tapi x beli pape.
Tempat Atuk bukan kat sini... kat Pasar Baru sana semalam je.







Dina nampak orang jual belon, sibuk dia nak.
Belikan aje asal boleh umpan dia dok diam2.


Dah penat menyoping walau hanya masuk 4-5 kedai je... pergi lunch pula. Lunch kat bawah ni yer... Karamba. Makanannyer sedap2... ada ikan melengkung. :)





Lepas makan sambung shopping balik. Masuk kuar outlet2 yang ada. Capai itu ini... itu ini... sumernyer anak dara punyer. Siyusla... sumernyer untuk Dina. Daddy adalah sehelai dua je. Mummy pun sama. Kat sini baju budak2 sumer cantik2 boleh giler tengok. Tu tak sampai Jakarta lagi. Nafsu tak terkawal di buatnya tapi bila check balik alahai xdela byk sgt pun. Yela nilai duit sana kan rendah..bila dah berjuta2 kuar rasa macam dah beribu2 jek membeli tapi bila tengok balik duit asal banyak lagi?????? hahaha.... jadinyer jom shoppnig lagi la!



Rumah Mode kat Bandung ni femes tau. Tapi salah time sebab waktu kami datang orang ramai giler! Barang sumer dah bahis berterabur! Nak memilih pun payah tapi mummy rembat juga tuk Dina baju ZARA dan GAP.


Ni antara outlet yang ada kat Jalan Riau dan Dago yang disinggah. Just tuk cuci mata yer... pices korek dari internet coz daddy x layan dah nak snap2 gambar.