Sunday, June 28, 2009

Cerita sudah bersawang....

20/06/09 - 21/06/09 - Bercuti di Port Dickson meng'replace' hotel yang x dapat di Kuantan.

Last week daddy bawa Dina n mummy pergi PD untuk hilangkan kempunan Dina sebab x dapat tidur di hotel time ke Kuantan minggu sebelum tu. Credit to daddy coz dalam pape hal pun mesti akan cuba memenuhi permintaan si anak.

Pergi untuk satu malam sahaja memandangkan mummy malas nak apply cuti (mummykan baru keje..) jadinyer on Monday, daddy guling-guling di rumah sengsorang. Walau pun just for one night tapi masa yang ada di penuhi sebaiknyer. Jom santai baca short holiday Dina.

Sampai aje ingatnyer nak suruh Dina tidur dulu sebab dia bangun awal pagi tadi tapi dek kerana terlalu excited nak swimming (swimming pool tuh leh nampak dari bilik) jadinyer terus jek ke swimming pool. Mula-mula gi laut dulu main pasir dengan gadjet korek pasir yang daddy beli before sampai tadi.

Laut kat hotel ni x berapa best untuk di mandi sebab sedikit curam dan waktu petang tu air pun sedikit pasang jadinyer Dina penakut nak mandi laut. Bila mummy celup jek Dina dalam laut tu punyerla kuat dia paut mummy sambil terjerit nak naik ke darat. Adoii... x sudah2 la penakutnyer anak mummy nih.

Memandangkan Dina takut mandi laut, just main pasir jekla tuh pun sekejup sebab bila nak tanam dia, bukanla main dia marah macam takut air tuh datang simbah ker dia nanti dia x sempat nak lari (mummy agak lerr..hahaha..). Dah puas mandi laut main pasir kami terus berendam ke swimming pool plak. Dia prefer mandi kat tempat dewasa sebab kaki dia akan tergapai2 bila dok dalam pelampung tuh. Owh.. lupa nak kasi tau... daddy beli pelampung baru lagiiii... kali ni yg berlubang tengah terus sebab Dina dah besarkan so kene kasi dia berani sikit.

Penat mandi terus naik then Dina pun lelap. Pukul lapan lebih baru kuar pergi dinner. Mulanya daddy nak ajak BBQ dinner kat hotel jek tapi ramai plak orang nanti sure makan ciput2 jekkan so that decided makan ikan bakar kat pasir panjang.

Sejam berjalan mencari restoran ikan bakar kat pasir panjang tak jumpa sekali tu terjumpa la restoran terapung kat Tanjung Agas. Memang restoran tuh jauh ke laut la... xdela sampai ke tengah tapi jauh gakla berjalan nak ke restoran tuh. Dina cuak betul jalan nk ke restoran tuh sebab kiri kanan xde pagar, derang just letak tali sebesar penumbuk mummy tuk berpaut jadinyer macam gayat sketla tengok kiri kanan ada air. huhuhu... bukan Dina jek gayat, mummy pun rasa gayat gak.

So far makan kat situ okla. Sotong tepung best, ikan bakar best, sayur campur pun best. Yang makannye mummy n daddy jek, Dina.. em..macam biasala xnk makan pun. Mula2 risau gak takut x sedapkan tapi bila makan memang sangat puas hati plus murah. Berbaloila kami berjalan jauh ke depan sampai masuk sempadan Melaka tapi hasilnya sangat puas hati.

Samapi kat Teluk Kemang ada expo plak then singgah jup tengok amenda yang riuh sangatkan... rupa-rupanya ada pameran kereta berhias. Ni bukan yang hias dengan bunga-bunga tapi kete yang diubah menjadi lebih cantik, kreatif and sweet. Sangat sweet tau. Ada gambo kat bawah.

Esok paginyer lepas breakfast Dina requested nak mandi swimming pool lagi then naik bilik salin baju terus terjun kolam. Mandi puas2 sampai kecut cari si kenit tuh barulah naik ke darat bersiap untuk balik.



Anak dara ni yang x sabo nak pergi PD. Eh.. ada jerawat la... ngalahkan mummy lak.



Family kecil Dina


Itulah mummy Dina... tiap kali sampai hotel sure landing dulu test katil empuk ker tak.
hehehe... then Dina adalah orang seterusnya mengetest lak. Sebijik mummy dia tau.



Mandi laut.. eh... main pasir jek sebenarnyer.



Pastu baru gi mandi laut. Time ni kat pool kanak2 dulu. Then baru gi pool dewasa.



Tengah tunggu order sampai.



Dinner malam kami. Untuk Dina lauk sayur campur n sotong tepung jek.



Ni la pameran kete tuh. Cantik x? Sangat comel tau. Nak drive on the road pun segan.


Ni pun sama cantiknyer. Tapi kalo mummy la.. x kosela nk drivenyer... kalo naik pun sure sorok kepala... segan woooo!



Tetiba ada lah pulak menda alah ni... apalagi cergaslah Dina atur langkah ke sini.
Dapat main sekejup jadilah asalh ble main. Wajib!



Possing2 before balik... with "daddy namin" hehehe...



ha ni plak with "mummy aisha"...




Saturday, June 20, 2009

Tulus ikhlas dari kami...


Daddy...
Selamat Hari Bapa

Daddy...
Semoga terus tabah dan kuat berhadapan dengan gelombang duniawi
Biar apa kata mereka
Kita lebih tahu
Biar apa pandangan mereka
Kita lebih jelas melihatnya

Daddy...
Terima kasih...
Untuk kasih sayang itu
Untuk perhatian itu
Untuk kebahagiaan ini
Untuk keceriaan ini
Juga untuk persediaan masa depan

Daddy...
Kasih mu...
Seluas lautan
Sepanjang hayat
Kekal hingga nafas terakhir

Moga daddy terus menjadi lelaki no. 1 di hati kami.. Dina & mummy! muaahhhh....





SELAMAT HARI BAPA!!! Hadiah untuk daddy? errrkkk....

Thursday, June 18, 2009

Eeeiii busyuk...! Emmm... wangi!

Anak dara mummy skang nih dah pandai demand tau. Skangkan musim buah duriankan, mummy and daddy memang hantu durian (yer ker daddy?) jadinyer mummy nih asyikla teringin nak makan durian. Sekali tuh daddy singgah la kat tepi jalan tempat orang jual durian then bersila la daddy and mummy hadap 2 biji durian tuh dengan bestnyer kat umah.

Mummy ajak Dina sama boleh dia x nak. Katanya "apa tu mummy?", mummy jawabla "buah. buah durian", dia boleh tu jawab "eeii...busukla. Dina tak nakla." Hampeh betul. Macam anak mat saleh lak x nk makan durian. Nak ooii... org Jepun datang Malaysia, durianla yang di carinyer. Sekali tuh bila daddy datang kat dia nak kasi toys ker tangan dia, boleh dihalaunyer daddy suruh dok jauh dari dia sebabnyer... "daddy xnakla. tepila... busukla daddy ni"! Mak ai... sampai gitu sekali tuh padahal tangan daddy xde durian pun cuma x basuh lagila sebab makan pun x habis lagikan. hikhikhik...




Sedap lor durian nih Dina! Awatla x sukernyer??? Ikut saper neh???



Eeeiii busyuk...! punyer citer dah tamat. Kita sambung lak ke citer Emmm...wangi! yer. Ha.. part nih pun still demand lagi. Mula-mula dulu Dina tak reti tau nak demand sangat tapi lately nih mummy tengok dah mula nak belajar2 dah. Dulu bila mummy calit lipstick kat bibir comel dia tuh bukan ler main beria-ia dia nak tapi pastu dia gi lap dengan tangan. Katanyer x best. Saper suruh Dina rasa? Mummy x suruh pun tau.

Skang ni dah tak sapu dah lipstick tuh. Kalo dia request nak pakai dia akan biar jek bibir tuh ternganga sket takut terpadam plak. Gitu ler plak citernyer. Tapi kali nih lagi advance sket. Dulu kalo mummy nak keluar gi jenjalan memana mummy akan sembur perfume sket kat badan nih nak kasi wangila katakan. Mula-mula dulu Dina tengok jek apa yang mummy buat, pastu dia up sket suh picit ker dia gak. Hehehe... time nih mummy ngelat la mummy picit ker badan dia perfume yang murah2. Ha... skang ni jangan harap nak tipu-tipu ker acah-acah ker. Apa yang mummy sembur time tuh, yang tu gakla dia nak. Bila mummy sembur guna yang lain xde maknanyer dah... dia tau mummy tipu dia. Pandai dah demand.

Memandangkan mummy sayang ker perfume mummy tuh, takut habis awalkan jadiknyer pergi Tesco dua hari lepas mummy gi cari perfume sesuai tuk anak dara mummy yang dah reti nak melawa tuh. Tapi tula pasal... Tesco apa ada sangatkan jadinya jumpa la yang kat bawah nih jek.



Ha.. ni la benda alah tu. Cologne jek.. okla tuhkan sebab wangi gakla.



Nie..la busyuk mummy yang selalu temankan mummy tiap kali mummy x kerja atau ponteng kerja. Mekasih yer behave dok dengan mummy. Dina kan dah besau..



Bila la jari tuh nak terus lepas dari mulut?
Risau lak mummy sbb Dina tahun depan dah boleh ke 'school'.
Tu label yang selalu dok jolok jari dalam tuh.. bila nak tamat habit tuh?



Skang kalo nak amik gambo bukan la main susah.
Dah reti refuse dah.
Tengokla tu di palingnyer muka tuh seboleh mungkin.










Friday, June 12, 2009

Belajar bahasa Melayu dan Inggeris

Mesia skang tengah sibuk isu Bahasa Inggeris "must pass" in SPM kan... ha meh mummy bawa cerita pasal Dina plak, belajar bahasa.

Peristiwa terjadi di rumah kawan daddy sewaktu kenduri doa selamat masuk rumah baru. Time tu ada sorang lagi kawan daddy datang satu family and anak dia girl gak, pun baru sorang jek tapi anak kawan daddy ni dah 4 tahun. Dina panggil dia kakak tu pun dah hujung-hujung masa baru nak mesra bagai.

Mummy: Dina apa tu? (sambil jari tunjuk ke langit)

Dina just tengok jek. Xde respond pun dengan soalan mummy. Tapi ada pembantu tolong jawabkan.

Kakak (kawan Dina tula): eh.. tu moon! (dengan penuh excited and confident).

Tapi keyakinan kakak tu kasi jawapan tergugat dek dialog Dina pastu buat orang tu jadi confius tak terkata di buatnyer.

Dina: tu bulan la... kan mummykan?

Mummy senyum jek tapi dalam hati buat aksi tepuk dahi. Boleh ker tepuk dahi dari dalam hati? kikiki...

Alamak.... mummy tak terfikir pulak nak ajar Dina dwi bahasa sebab dah hari-hari Uwannyer ajar 'tu bulan' tu yang dia kenal bulan jek. Rasa tergugat kejup bila anak dara tersayang tak tahu bulan dan moon tuh sama jek. Pas sesi menyesal berakhir mummy pun explain la kasi Dina faham and learn new word.

Mummy: betul la kakak cakap tu moon. Moon tu bulan. Moon dengan bulan sama.

Dina diam saja bila mummy terangkan pada dia. x surela dia faham ke tak. Tapi selepas dari peristiwa tu...

Dina: mummy...mummy... tu moonkan?

Mummy: ha'ah moonla. bulan.

Dina: Moon dengan bulan samakan mummy?

Mummy: Sama la sayang.

Dina: Bukan sayangla... ni D I N A.

Mummy: Ok.. D I N A (sambil tiru intonasi si anak)

Since that day Dina keep in mind that moon n 'bulan' is a same thing. Goodla Dina ni... hehehe...

Sekarang ni kalo tiap kali balik rumah Dina selalu dongak ke langit sebab Dinakan selalu sampai rumah dah malam jadi hari dah gelap dan bulan dan pun muncul. Bila bulan xde dia macam frust pulak tapi mummy ajar benda lain plak. hahaha... yg ni memang bukan perkara betul ya... yg ni mummy create sdiri.

Dina: moon mana mummy?

Mummy: ha'ahla...moon xde.

Dina: moon pergi mana mummy?

Erkkk.. apa mau jawab yer?

Mummy: moon pergi sleep. nanti Dina pun nak sleepkan. Moon sleep macam Dina la.

Ok tak bagi penerangan begitu? Mummy sesuka hati jek kuarkan statement gitu. Apa yang mummy cerita Dina keep in mind ok. x caya?

Dina: mummy xde ker mummy? (other day...)

Mummy: (dok terdongak2 kepala cari moon. kene make surekan dulu kalo tak kang kantoi lak) ha'ah xde.

Dina: moon sleep la mummy.

Hehehe.... see...






Thursday, June 04, 2009

Inilah kawan-kawan dia...

Tak beradik, tak berkakak apatah lagi berabang

Dia seorang, tunggal

Tak berteman tak berkawan

Tapi dia punya ramai sahabat yang setia

Sangat setia di saat dia kesunyian





Dia...

Tetap tersenyum girang walaupun seorang

Sunyinya terisi

Biar tak bernyawa tapi akal mampu mengilhamkan suasana

Di mana sahabat2 kakunya itu umpama 'hidup'

Diheret ke sana diheret ke sini

Sikit pun tak canggung walau 'mereka' kaku




Sangat ramai teman rupanya anak mummy and daddy ni yer.

Sederat di susun supaya semua merasa sama empuk di sofa itu.

Mana sahabat yg bersaiz gabak? hehehe... xlarat dia nk usung sbb mummy
dah siap aturkan elok2 di cabinet bilik toysnya. harap maaf yer sayang!

Monday, June 01, 2009

Gambar sudah lama tersedia tapi mummy xde masa nak buat entry. Cerita di blog mummy sudah panjang, jadinya sambung sedikit aje di blog anak dara tersayang ini.

Al-kisah selepas mummy and daddy shoppin handphone, kami terus tuju ke Manjaku Bandar Baru Ampang beli sabun Dina. Diapers di situ mahal jadi kami tuju ke Care4 pula sebab ada promosi Pet Pet.

Dina mummy sarungkan Pet Pet selepas mummy try banyak diapers tapi majoriti x sesuai dengan kulit sensitif Dina waktu kecil dulu. Kebetulan lepas lahir mummy sarungkan Fitti coz hanya itu je ada untuk new born di kedai itu dan Pet Pet adalah dari keluarga Fitti juga. Bila Pet Pet serasi dengan Dina, mummy kekal pakai sampai sekarang.

Care4 adalah destinasi terakhir mengirai duit daddy. Wah..dalam sehari dekat ribuan habis. Itulah dia penangan nilai RM kita hari ini. Barang yang di beli tak seberapa tapi RM yang mengalir punyalah banyak. Nasihat untuk mummy (mummy sorang jek ke?) pandai-pandailah menabung untuk aktiviti shopping di seberang nanti. hehehe...



Ni barang mummy n daddy tp Dina nak beraksi gak. Kasi chan ker dier yer!



Brg Dina hanyalah sabun mandi, shampu, feeding bottle liquid cleanser, wet tissue, susu Sustagen (free fridge magnet), underware n Pet Pet.



~~~Sekian sahaja aktiviti shopping last Saturday~~~





Sunday, May 31, 2009

Hadiah dari mak angkat yg terangkat...

Jumaat lepas mummy jumpa auntie ida then auntie ida lanje Dina sekeluarga makan kat Tupai-tupai. So so yummy!!! Kenyang tak terhingga Dina, mummy and daddy. Auntie ida yg first time datang situ pun kata best makan kat situ. Yer... for auntie ida next time ble lanje lagi yer.

Dina seperti 2-3 hari sebelumnya, tiba-tiba menjadi seorang anak yang sangat good bila mana Dina menggunakan peluang yang ada dengan makan banyak. Daddy yang melihat sangatla kagum kerana anakanda kesanyangannya bukanla jenis pemakan orangnya.

Mummy ambilkan Dina sepinggan nasi goreng, alhamdulillah Dina makan walau pun tak habis tapi kuantiti yang Dina sumbat dalam perut amatla mengkagumkan daddy. Gelak auntie ida tengok telatah daddy yg tetiba excited giler tengok Dina makan dengan berselera. Dah siap makan nasi goreng, mummy ambilkan Dina mushroom soup. Punyala bersemangat Dina makan sampai dihirup baki sup yang xleh nak cedok dgn sudu tuh.

Macam biasa, kat situ ada ais krim, pas Dina habis makan sup mummy kasi lak makan ais krim. Hehehe...saje nak umpan dia dok diam-diam tapi Dina memang sgt good that day tau. Ais krim tu siap 2 mangkuk tuh dia makan. Tak sia-sia auntie ida lanje malam tuhkan. Pasni lehla bawa autie ida makan dim sum lak. hehehe...

Owh... pasal hadiah ek? Auntie ida maca mbiasala kalo jumpa Dina sure belikan something. Kali ni auntie ida pilih belikan baju yang agak besau untuk Dina lenjankan. So... mummy keep tuk raya la. Hope time tu dah just nice jek bila Dina pakai.

Gambo makan-makan xdela sbb mummy x bawa kamera n HP pn pakai yg xde kamera. Auntie ida lak dia simpan wat pekasam kameranya so x dela pices nak tayang-tayang.




Nila bajunya. Sama tinggi dengan Dina. hahaha... xpe kita abaikan ketidakteroran auntie ida memilih saiz baju. Saiz tertera adalah no. 4 makanya tunggu umur masuk 4 tahun kot baru leh sarung. :D




p/s: auntie ida, time mummy buat posting nih Dina ada dok menempek tau then bila dia tgk gambo dia n baju tuh dia cakap "eh..tu baju Dina, cantiknya baju Dina.." daddy dia reply cakap "mana ada org puji baju sdirila Dina, apala Dina nih (sambil gelak2)".

Thursday, May 28, 2009

Pertama kali, sekadar merasa

Balik dari keje mummy ajak daddy ke Ampang Point dengan alasan Dina baru jek bangun tido time kami sampai. Jadinya untuk elakkan mummy terbongkang awal lepas makan malam makanya kita cari pasal di luar yer. Dina kalo tido melantak sampai ke lewat petang mau malam kang dia bantai tido ntah kul baper lak.

Reason ke Ampang Point sebab mummy nak cari buku ekonomi. Sebelum ke kedai buku kita singgah makan ais krim kat bawah ni yer.




Beli satu cup jek tapi ada 3 sudukan? 2 yg kecik tuh tuk mummy. Time dia aksi test perisa apa yg sedap mummy simpan sudu tuh tuk kodek sekrim Dina. Sharing mean caring. wakakaka...


Nila ais krim Dina. Pertama kali merasa yg mahal tapi tastenyer sama jek dgn yg murah2 kat luar nih. Xde beza pun. Xpela sekadar merasa.


Kene paksa posing hokeh!!!

Kita minum dulu pas makan benda manis yek.

Kuar dari mall terus cari tempat for dinner. Giler lapo mummy di buatnyer. Dina rileks jek lagi dah makan semangkuk ais krim kan. Mula-mula plan nak ke Nasi Lemak Antarabangsa tapi pastuh tak jadila. Dah lewat nanti sedap2 tgh hayati makanan derang sibuk ngemas nak tutup kedai lak. So pilih ke Juara Tomyam, Bukit Indah. Makan ikan stim sangatla sedap.

Dina makan punyala banyak bila balik request nak masuk bilik dengan alasan "daddy Dina nak masuk bilik la, Dina ngantuk". Ayat standard la tuh tapi memang Dina tido awal gakla.

wakakaka.... storey pasal mummy ker pasal Dina neh??? Konpius... konpius...

Monday, May 25, 2009

Sudah selayaknya...



Wah dah pandai pakai sock sdiri la anak daddy and mummy nih. Sejuk perut mummy ngandungkan Dina. Boleh dah nak dapat adik nih ek. Tu yang sempat daddy snap la, bab pakai baju and suar pun reti dah and la ni tengah potty train ker dier lak. Takat nk uk uk Dina dah reti tapi nak tencing lum ajau lagi. Mummy lum sedia lagi la nak tambah job membasuh tencing Dina if tak sempat ke toilet. Harusla mummy mengamuk sdiri nanti. Xpe kita slow-slow yer sayang. Next year nak ke kindy lak so kene la belajau berdikarikan sayangkn.

Sejak akhir-akhir ni Dina rajin betul hisap ibu jari kaki, kalo daddy nampak terjerit-jeritla daddy dok panggil mummy suh tengok aksi Dina tuh. Tapi mummy wat dek jek sebab mummy tau Dina wat apa. Em... apa lagi kalo bukan dok gigit kuku kaki. Dah kuku kaki ibu jari paling besau and paling senang nak gapai ke mulut tu yang kadang-kadang dok gatal amik ibu jari kaki then suakan ke mulut.

Kalau Dina nak adik pun xde salahnyer pun. Betul tak daddy??? Mummy ikutkan dah ready dah tapi saje jek menangguhkan sikit masa lagi. Mummy nak follow schedule dalam Chinese Lunar calendar tuh sbb kalendar tuh show bulan2 tertentu tuk mummy. hehehe... pastu mummy x mulakan lagi petua-petua tuk jantina yang mummy nak for the next. Harap daddy x kisah yer dan Dina... sila bersabar yer sayang.


Saturday, May 23, 2009

Badan gatal, mata ngantuk tapi boleh aje dier...

Seharian kat luar hari ni. Mummy usung Dina mula-mula gi lepaskan hajat kat Sime Darby Park, apa lagi makan dim sum la. Last week makan x puas so hari ni gi lepaskan kepuasan yang tersekat tuh. Kali ni dadddy order nasi goreng seafood (x pedas langsung) khas untuk Dina. Alhamdulillah, makan gakla. Mummy and daddy melantak sampai nak termuntah-muntah, pasni kene poser makan dim sum dah.

Pas perut membuyung, bak kata Dina "tenyang dah, Dina tenyang.." termengah-mengah ke kedai tailor lak gi anto baju mummy. Baju yang konon2 tuk raya tapi rasanya x smpt kot sbb mummy request suh siapkan awal leh melaram gi keje. Nanti raya leh suh daddy belikan yg dah siapkan Dinakan. Dina pun tahun ni ada dua pasang baju kurung raya. Dua-dua sedondon dengan mummy. Pastu mummy tempah 2 helai dress and bishop, bishop tuh sedondon gak dgn mummy. Ada 3 helai kain sedondon la kitakan Dina... hikhikhik...daddy jgn jeles yer.

Pas gi anto baju, gi lak umah nek umi anto HP mummy mintak uncle boy tolong chargekan. Pastu direct ke C4 Wangsa Maju beli barang-barang yang perlu dan tak perlu. Time nih Dina dah terhuyang-hayang dah. Ngantuk lerrr... mananyer idak, semlm tido ntah kul baper pagi ntah, pastu kul 10 pg dah bangun pastu mummy usung Dina gi jenjalan lak. Mau tak berpasir mata anak mummy tuh??? Sori yer sayang... eh..eh.. sorry yer Dina! (Dina marah tau kalo panggil dia sayang sbb nanti dia betulkan balik... "bukan sayangla mummy, ni DIIIIIINAAA").

Balik dari shopping ingatnyer nak ler si anak dara kesanyangan mummy and daddy nih tido, ghuper2nyer bila mummy siap dimandikan, dia bantaila plak main. Harap maklum yer... kalo gi memana mesti akan ada toys baru tuk Dina so tadi daddy belikan guitar plak. Xde idea dah nak beli apa. Toys kat umah nih dah setinggi gunung sampai ada tetamu datang ble plak dia tanya anak berapa kat mummy. Cehh...!

Actually on the way balik Dina dah mula ada tanda-tanda alergik kat badan and kepala dia. Mummy and daddy x sure salah makan apa sebab hari ni yang Dina makan nasi goreng seafood, pastu cekelat kit kat pastu minum air vitagen resepi baru kat C4 time derang kasi test pastu balik umah makan ais kerim dan before tido tadi makan roti plus mushroom soup. Korang tau x naper ek alergi tuh ble terjadi? Salah makan apa agaknyer yer????

Mummy sapukan Dina ubat gatal, bila nak tido tadi Dina ngadu gatal sangat then mummy kasi dia makan ubat selsema merangkap ubat gatal. Mummy tengok muka dah naik banyak dah gatal-gatal tuh, sian lak. Dah ler ngantuk pastu tergaru sana sini tu pun mummy tolong gosok sikit-sikit elak dia garu terlalu sgt nnt luka plak. If have any idea sharela dengan mummy ek.


Minum susu lak pas kenyang makan nasi goreng.



Nila toys baru Dina, gajet terbaru tuk tambahkan aktiviti sepah umah.


Actually tengah asyik menari nih...


Ni xtau kareografer saper ngajo cara gini nih. Adooiii... ada jek ideanya.


Aksi tarian seribu rentak lagak sehati berdansa gituuu....



Pas makan ubat, mummy sapu ubat gatal baru leh tido. Cian penari mummy neh.


Goodnight sayang Dina...
As usual before masuk tido Dina akan kissed mummy and daddy pastu wish "good night mummy/daddy, I love U, assalamualaikum" cukup segala ucapan. :D


Harapnya esok alergi tuh dah ilang la... :(










Saturday, May 16, 2009

Saje nak tunjuk gambo anak dara kesayangan dok pakai baju F1. Ni sumer keje daddynyer la yang beria-ia suruh beli baju-baju gitu. Katanya sekali-sekala nak sedondon dengan anak daranya. Anak dara yang punyala sopan-santun ni di suruh pakai macam style lelaki adoiilaa daddynyer, nasibla anak daddy nih bila sarung baju tuh nampak cam gadis F1 kat litar lumba yang berdiri kat track sambil pegang payung sambil tersenyum-senyum manis gitu. Boleh tak gitu? Tak boleh blah punya mummykan???

Xpela daddy, cantik jek anak daddy ni sarung apa jenis baju pun tapi lagi sesuai la pakai baju pompuan jek sebab anak daddy nikan ayu. Dahlah time bawa Dina pergi salun, gunting rambut depan dia yg dah cucuk-cucuk ke mata tuh, boleh amoi tu tanya lelaki ke perempuan? Buta ker apa mata amoi tuh?












Friday, May 15, 2009

Taman Tema Puncak Bukit

Rabu lepas time daddy on the way back dari keje daddy called mummy and said nak ajak buat keje gila. Mummy xterfikir pun apa yg terlintas dalam kepala daddy tuh sekali tu daddy cakap dia nak bawa mummy and Dina ke Genting Highlands and overnite kat sana semalam. Mummy follow aje and for sure Dinalah yang paling seronok sebab boleh main game yang ada sampai muntah. Muntah ker anak mummy tuh nanti? kikiki...

Sampai Genting dah lewat petang, after Maghrib daddy bawa mummy and Dina gi dinner, just dinner kat Marrybrown bawah hotel tuh jek. Owh.. we all stay kat Genting Theme Park Hotel. Time dinner tuh punyala bersemangat Dina nak ajak pergi main sebab time datang tu daddy dah tersesat jadinya kami tempuh indoor game tu yg Dina very excited.

Lepas makan jek terus bawa gi indoor game and just ble main 2 game jek memandangkan mahal kalo nak main sumer dan Dina yg sebenarnya dah mamai nak tidur. So daddy tak nak hampakan Dina, daddy kasi Dina main Ride de Paris and Ferris Wheel naik dengan daddy sebab mummy benda tinggi2 nih gayat sket.

Esok tuh kul 10 pagi lagi dah terpacak depan main entrance outdoor theme park tuh dan antara yang terawal la sebab banyak game yang belum start operasi lagi. Even hari tu adalah hari Khamis, weekdays tapi orang tetap ramai kebanyakkannya tourist dari India. Xble bayangknla if datang on weekend, sure Q panjang berjela-jela.

Dina x berapa excited awal-awal pagi maklumla tidur dahla lambat tapi pukul 7.20 pagi dah bangun, punyerla bersemangat. Bila main muka monyok ngantuk jek. Susah nak tengok Dina senyum. Sebijik cam perangai mummy yg kuat moody. Jangan la copyrite... attitude yg x bagusla sayang.

Kami spend full day kat theme park indoor and outdoor, bayangkan la dari orang buka pintu sampai la orang tutup pintu. Bergerak balik ke rumah pukul 7.00 malam. Sangat penat tapi penat yg tak terasa sebab cuaca di puncak sangat sejuk dengan kabus yang tebal. Matahari sempat terik pun dalam sejam dua jek pastu kabus mula tebal dan cuaca mendung dengan hujan renyai yg turun sikit aje. Dina sampai 3 helai baju mummy sarungkan at last pakai balik baju malam tu yg tebal sket dengan sweater.

Mummy and daddy hope Dina enjoy dengan short holiday yg daddy rancang tuh. Bila suruh main bumper car sangat la suka tapi x reti nak drive, control handle. Uh.. naik kering tekak mummy jerit "Dina pusing... pusing kuat-kuat. Dina sayang pusing...!!!" Memang nak terkeluar anak tekak suruh Dina pusing handle tuh tapi Dina boleh aje buat muka xde perasaan dgn blurnyer. gggrrr.... sabo jek mummy.

Daddy paling x tahan nk gelak bila tengok Dina main Rodeo Rider, game ni macam ala-ala permainan dewasa Space Shoot tuh tapi xdela tinggi pun and adventure gakla. Time naik tuh Dina ble buat muka cuak pastu kaku x bergerak. Tergelak-gelak mummy and daddy tengok aksi Dina. Time tu pun ada lagi 2 orang beradik naik, derang dah trip ke 4, punyala excited dgn game tuh tapi Dina tula 1st n last. Lepas tuh tny lagi nak naik ke tak sure Dina bantai menjerit cakap x mau. kekeke... x adventure la anak daddy nih. Ikut saper yer daddy??? :D

Ha nak citer lagi ni. Daddy ajak naik PirateTrain tau. Bunyi pun dah tau kat dalam tuh sure benda yang seram-seramkan. Em... dah terbayangkan jeritan Dina bila bawa masuk tempat tuhkan tapi daddy gamble jek bawa assume dia sukakan cabaran. kakaka.... Time naik train tuh mummy naik dengan Dina and daddy naik train kat blakang kami. Bila masuk jek alamak... gelap pastu bunyi jek dah ble buat anak dara tu jeritkan. Memandangkan Dina penakut then naik dengan mummy yang sama penakutkan, mummy pun apa lagi siap2 peluk Dina kuat2 then tutup mata Dina and tutup mata mummy gak ekekeke... Pastu tiapa kali lalu depan patung2 pirate, tengkorak n ntahpape lagi tuh xdela nak terjerit sangat sebab dua-dua dah siap2 tutup mata, cuma xle nak tutup telinga jek. hahahaha.... mesti daddy tergelak and geleng pale dengar citer nihkan. Nasib la daddy, dah dua2 penakut kenela buat gitu. :D

Tapikan... yang mummy and daddy tak ble stop menggeleng palekan bila tiba kat satu tempat nih... cuba teka apa???? Ha... nama tempat tuh ialah Children Playpen. Dah nama playpen kan tempat favourite Dina tiap kali pergi ke mana2kan so nak x nak kenalah kasi anak dara tuh main gak. Bayangkan, punyala jauh daddy bawa Dina tuk main game puas2, playpen nih gakla tempat favourite Dina di mana time main kat situlah boleh dengar suara happy and jerit pekik kegirangannya. Addooooiiii.... buat susah2 jek daddy bawa jalan jejauh sampai panjat bukit yang tinggi tapi itu gak yg dipilih. Sabo yer daddy!!!

Lagi dan lagi dan lagi... biar gambo bercerita yerrr...



Sampai jek terus landing hisap jari dulu.



Nak gi cari makan malam dulu pastu gi layan kerenah Dina lak.


Ni yang malam sampai tuh. Naik Ride de Paris and Ferris Wheel.



Masuk jek terus naik Double Deck Carousal... ala yg kuda2 cantik tuh (refer pic atas sekali blah kiri)



Tengok pices atas sekali blah kanan tuh, ha tula Rodeo Rider yg Dina takut naik tuh. :D


Naik bumper car, 2nd time naik ada geng dok bump sesama sendiri. Barula best. Kalo idak dok pusing la sampai pening. Dah tuh x reti nak control hanlde.



Pices dgn daddy tu sumer kat Dinosaurland. Penakut giler Dina bila masuk dalam gua dinosaur then bunyila dinosaur tuh ngaum2la apalakan. Dina pun mula kaku n keras aje. Adooiii... penakutnyerla..

Last but not least nila playpen yg menjadi pilihan hati Dina tuh. Malas2 jek mummy nak layan Dina main sbb muakla asyik2 main slide, asyik2 main buai. :D

Ni pices daddy naik Space Shoot. Yang lenlain mummy x amik pun sebab daddy naik sensorang, mummy and Dina pi naik for Children and Family Rides.

Tula citer di cuti pendek yang daddy spendkan tuk kami sekeluarga. Terima kasih yer daddy, next time datang lagi tapi sure pasni Dina dah kene bayar dah. Xpela bila kene bayar lehla Dina naik Ride de Paris banyak kali sebab game tu tiap kali naik kene bayar RM8 tau tapi kalo Dina ada tag xdela kene charge. Dina ble naik game tuh sampai pening2 ok.

Best cuti kali ni sebab gi tempat yang sejuk, even kami spend masa the whole day kat puncak bukit tuh sikit pun x rasa penat, badan berlengas ker berpeluh ker. Balik pun xdela rasa kepenatan tahap max cuma seharian kaki dok ke hulu ke hilir... lenguh gak la.





~~TAMAT SUDAH~~