Monday, November 24, 2008

School Holiday...

Cuti hujung minggu yang lepas Dina ke A Famosa Resort Melaka. Pemli sebelah daddy wat gathering. Percutian keluarga gitu. Aktiviti yang dijalankan... pergi Zoo Melaka then malam lak buat barbeque. Dina lama tak berjumpa sepupu2 dia sebelah daddy so lambat sket mood kemesraan dia datang. Memang tension giler melayan anak dara yang manja bangat nih bila dia tak reti independant. Semua nak mummy or daddy teman coz tak pandai nak bermesra and bermain dengan sepupu2nyer. Dah ler sepupu2 belah daddy semuanyer kecik2 lagi and paling besar pun kak tashanyer tapi tu ler... derang pun just main sendiri2, tak saper pun nak ajak dia tuh yang dia tak reti tuh. Susahnyer... memang kene anta kindergarden ler kasi dia pandai bawa diri sket. Setuju tak?
Swimming kat depan bungalow

Anak dara nih berani tau...ikutkan tak nak pakai pelampung pun...

Tengok tuh nak lepas bebas jek...

Berposing sambil mandi...

Daddy ajar swimming walaupun daddy langsung tak reti swimming

Kene ajak naik dah sejuk bangat...

Cute girl mummy and daddy


Jari tetap tak lepas



Sedondon dengan Wafiq

Pasangan romantik bertenet di Zoo Melaka..


Apa ler yang si couple nih buat ek..? Alamak bantal busuk tetap ada!


Background Zirafah


Mummy lak lebih...




























Berembun di Istana Budaya

Khamis lepas (20/11/08) Dina ke Istana Budaya tengok Impak Maksima The Musical. Hahaha...kecik2 lagi mummy and daddy dah usung Dina ke teater. Patutnyer next month nak bawa tengok teater Sinbad tapi rasa2nyer cukup ler kot sekali jek pi teater. Y? Hehehe...Dina ok jek tengok teater tapi 15 minit pertama jek dia dok diam pastuh mula ler dia rasa bosan. Time pi tengok IMTM pi reramai so kejup dia jalan ke kiri kejup ke kanan. Habis semua kerusi sepupu sepapat dia pi singgah and kaco. Bila orang nyanyi dia pun nyanyi... sometime tuh leh dengar satu panggung suara dia jerit @ nyanyi2. Hahaha...hancus...nanti tak pasal2 Ahmad Idham kene sound dgn mgmt Istana Budaya sebab kasi Dina masuk.



Depan Entrance


With mummy pas abis tgk teater


Possing jup sementara tgk artis kuar

Cousin2 Dina tengah Q tunggu turn nk dptkan signature
Kak Ya and Dina... Dina kenal ker saper tuh? Hehehehe....
Dina with Dina OIM
With Director
Apa Dina wat dgn Mak Ngah tuh?
Nila yg buat aksi drift dlm panggung tuh...
With Dynaz
With Zul dalam bilik khas tuk artis. Ahmad Idham yg bawa masuk.

Thursday, October 30, 2008

Dina hari ini...

Mummy rasa letih seminggu dua nih..and dikesempatan yang begitu membuatkan diri malas... mummy tag and jawab for Dina.

Dina love to eat...
~ Cokelat, honey cornflakes yang mummy buat and paling favourite sekali ialah tak suka makan pun...

Dina love to play...
~ Semua toys yang dia ada + pinggan mangkuk mummy + CD2 kartun + semua hand bag yang ada...

Dina love to watch...
~ Semua koleksi Barney yang ada...

Dina love to wear...
~ New clothes, semua aksesori yang ada macam jam, gelang, klip rambut etc and paling suker pakai cincin mummy...

Always with Dina...
~ Bantal busuk and ibu jari...

Favourite dialog...
~ "mummy/daddy nih..", "nak mummy/daddy..",

Dina mudah...
~ Semput bila di serang batuk, kulit mudah luka and ruam bila badan berpeluh, merajuk bila mummy jerit to stop do something yang membahayakan diri sendiri...

5 benda berubah/yg baru setelah menginjak 2 tahun...
~ Naik kete jek mesti nak duduk belakang
~ Nampak semakin berdikari terutama bila main toys sorang2
~ Mulut dah makin riuh malah dia sendiri akan tegur mummy and daddy if both do it something wrong... (second reminder mummy/daddy)
~ Love singing
~ Dah boleh berkawan (make a friend)

Monday, October 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY DINA!!!

HAPPY BIRTHDAY TO NUR IRDINA BATRISYA!!!!

Happy Besday to my dearest lil' princess. Mummy and daddy really love you so much sayang!!! Alhamdulillah Dina dah pun menginjak ke usia 2 tahun hari ini. Dalam keadaan apa pun hari nih mummy and daddy berusaha arrangekan masa supaya at least Dina leh tiup lilin. Even tak sumer cousin ada tapi tak kisah ler janji Dina leh tiup lilin. Time pi kedai kek pagi tadi pun Dina dah tau kek tuh tuk dia and dia very excited tuk celebrate.

Pagi tadi mummy and daddy terpaksa letak Dina umah Mak Ngah tuk mintak tolong jagakan Dina sementara mummy and daddy pi basuh umah tuk second time. Penat memang tak leh nak kata ler tapi mummy and daddy tetap gak berusaha adakan sesi potong kek tuk Dina. Semalam pun Auntie Nonie yang jagakan Dina. Maaf la sayang terpaksa merata mencari baby sitter tuk Dina sebab mummy and daddy rushing uruskan umah yang kelam-kabut sama macam jiwa mummy nih.

Dina dah 2 tahun. Dina nak adik ker? Hukhukhuk.... Dina dah besar, dah faham tentang hidup dia di dunia ni. Dina cepat belajar. Mulut pun ble tahan gak ler bisingnyer. Ada jek dia nak tanya, nak citer and nak nyanyi. For this time being Dina love to see Barney show! Dalam dia dok senyap2 tengok Barney rupa2nya dia belajar apa yang ada kat dalam movie Barney tuh. She learn ABC.... 123... singing and dancing! Tapi kalo suh kira One Two Three dia akan skip beberapa nombor and nombor yang dia takkan miss is no. 6 and 7. Hehehehe..... biasa la budak2 baru nak belajarkan? Mummy and daddy tak push Dina tuk catch up sumer benda tapi we just let Dina learn slowly and by her own.

Sejak dah 2 tahun nih Dina makin manja and paling kuat merajuk. Dia pun semakin aktif malah dah reti main sendiri. Entah lah since kuar spital ari tuh perkembangan Dina nampak agresif sket. Terlebih makan ubat kot?

Kat sini ada beberapa picture yang sempat di ambil time sesi potong kek petang tadi. Tuh pun Dina kene paksa bangun dari tidurnya memandangkan causins dia ramai dah sibuk nak balik. Cian dier ek. SELAMAT HARI JADI SAYANG!!!!


Besday girl tido ler plak... cina kene tinggal jup...



Kek besday for besday girl. Mummy and daddy beli kek yang dah siap jek, tak sempat nak tempah.



Kek Dina for 2 years old!!! Simple but delicious!!! Yum...yum...



Preparation before start singing...



Singing time...



Sesi potong kek



Antara cousins yang still stay sampai Dina bangun and tiup lilin






Saturday, October 25, 2008

Menjelang 2 Tahun

Memandangkan mummy dok excited tengok picture kat blog Auntie Idany so mummy dengan syoknyer nak letak gambo Dina banyak-banyak menjelang Dina sambut besday.

Malangnyer tahun nih kita tak dapat nak buat party ler dear. Takpelah...tadi Auntie Nonie call ajak kita makan then mummy suh Auntie Nonie buat on Monday on your besday so kita tiup lilin besday kek kat rumah Auntie Nonie ek. Nanti mummy, daddy and all your cousins nyanyi lagu hepi beday to you for you ek. LOVE U DEAR!!!



Hehehe...tuanyer tangan yang pegang bingkai gambo Dina ek...


Ler...gambo tak siap lukis lagi...


Saje je mummy pilih kucing sebab daddy takut ngiowkan dear...!



Macam bagus jek ek kan Dina..hahahaha....









Friday, October 24, 2008

Menghitung hari....

Em..tak baper hari jek lagi Dina akan sambut besday ke-2. Wah dah besau anak mummy nih. Patut ler perangai pun makin besau.

Alhamdulillah sejak kuar spital ri tuh Dina dah tak demam lagi. Sehat walafiat dah skang nih. Selera makan jek tetap maintain. Paksa pun tak guna sebab Dina memang degil... takleh di paksa langsung...mesti nak ikut cakap dia jek.

Bila sihat...wah...wah...wah..wah..makin lasak. Kat rumah nih dari ruang tamu sampai ler ke dapur habis dia sepahkan dengan toys ler...dengan entah apa kejadahnyer lagi. Nak plak skang nih tengah sibuk packing barang so dia pun ringan tulang menolong apa-apa yang dia rasa nak tolong and buat. Bukan bleh di tegah pun.

Mummy ingat lagi kes beberapa hari lepas. Time tuh mummy and daddy dok sibuk punggah pinggan mangkuk adiah kawen dulu. Then mummy susun kat tepi meja makan, suddenly Dina pun datang. Sibuk menanya barang apa tuh, pastuh dengan pantas jek dia nak duduk atas kotak pinggan kaca yang ada kat situ. Mummy pun apa lagi... jerit ler. Pas mummy jerit Dina terus jadi kaku and muka dia pun dah muncung. Mummy explain baik2 bagitahu bukannyer mummy marah Dina tapi mummy tak kasi dok atas kotak tuh sebab bahaya. Dina tenung mummy then dia terus lari ke dalam bilik. Uik...dia merajuk ler plak. Mummy and dady pun terus jek masuk bilik kejar Dina. Wah..wah...anak dara tuh dah pandai merajuk ler! Kagum ler tengok Dina wat gitu...macam citer dalam TV ler. Hehhehheh... bila pikir balik...memang ler dia merajuk sebab dia dah besau and dah faham tiap perilaku kita cuma dia tak faham maksud yang tersembunyi.

Mummy and daddy really love u sayang!!! Hope Dina membesar dengan sempurna and jadi anak yang baik, solehah and taat pada perintah Allah. Insyaallah.

Monday, October 06, 2008

Kerja Ubahsuai

Kerja-kerja selanggara blog Dina sedang dijalankan.
Segala kesulitan amat dikesali.

Friday, October 03, 2008

Coretan Aidilfitri 2008 Daddy untuk Dina

Pakaian rasmi untuk Aidilfitri pertama

Mummy dan Dina bersama dengan uncle Boi dan auntie Ayin

Walaupun di Hari Raya, "Ban" tetap tidak akan ditinggalkan

Tengah memilih biskut raya

Di awal pagi di kampung Tok Nyang

Aliran longkang yang dulunya merupakan "port" mummy dina semasa kecil berendam

Aidilfitri tahun ni memang mencabar dan meletihkan bagi Daddy. Semuanya angkara puteri kesayangan Daddy dan Mummy, siapa lagi kalau bukan NUR IRDINA BATRISYA.

Pasti semua sudah tahu yag Dina dimasukkan ke Ampang Puteri beberapa hari sebelum raya. Mummy Dina ada xplain dalam posting sebelumnya. 3 hari yang memenatkan di Hospital, bila balik jer rumah, daddy dan mummy memang terus qada' tidur, nasib Dina join sama. Apa-apa pun, nasib baik tak beraya dalam hospital tahun ni.

Disebabkan Dina tak sihat, persiapan raya tahun ni menjadi kelam kabut sedikit. Pada asalnya nak balik raya di Ukay Perdana pada hari Isnin, malam raya di Tasek Permai dan mungkin balik kg mummy dalam 2 malam tapi semuanya terpaksa berubah.

Petang menjelang raya (30 Ramadhan / Sept) baru Dina & family dapat pulang ke Ukay Perdana. Kiranya malam raya di Ukay Perdana. Sepatutnya tahun ni turn untuk beraya di Tasek Permai, tetapi memandangkan tiada siapa yang beraya di Ukay Perdana, Mummy Dina setuju untukl beraya di Ukay. Thanks mummy.

Raya pertama Dina nampak sihat dan cergas. Selepas solat Aidilfitri, Daddy bawa Dina dan Mummy ke Tasek Permai Ampang, rumah uwan Dina. Kat sana cuma Auntie Nonie dan abg Nizam sahaja yang beraya. Petangnya Dina pergi ke rumah kakak ipar auntie Noni (auntie kay) di Kelab Ukay sebelum pulang kembali ke ukay perdana. Malamnya nampak Dina macam selsema dan batuk kembali.


Besoknya dalam jam 11 pagi, kami semua bertolak ke Alor Gajah untuk ke rumah parents abg aziz. Jalan memang sesak. Sebelum Nilai lagi dah bumper 2 bumper. Di tol simpang empat lagi la teruk. Guna touch n go pun lambat gak. Selamat sampai di rumah abg aziz lebih kurang jam 1.30 ptg.

Bertolak ke rumah Tok Nyang lebih kurang jam 4 petang. Masa ni Dina dah mula semakin teruk selesema plus dah kerap batuk. Sampai di Kota lebih kurang jam 5ptg. Kat rumah Tok Nyang, Dina memang teruk ragamnya. Merengek tak tentu pasal. Sekali nak Didi, lepas tu nak Mimi ....... pening Daddy dan Mummy. Nak marah, Daddy tahu yang Dina tak sihat.

Besoknya, nampak Dina dah makin teruk lak, dah nak jadi semput (lelah). Nampak nak bercakap pun jadi susah. So, terpaksa lah Daddy dan Mummy pulang awal ke KL. Jam 1.30ptg bergerak pulang dari rumah Tokj Nyang, tapi kami singgah dulu di rumah Ateh Udin dan Rumah Cik Ani.

Bertolak dari Rumah Cik Ani jam 3:15ptg dan selamat sampai di Ampang jam 4.45ptg. Perjalanan amat lancar. Tak jem langsung. Dina dan mummy lak tidur sepanjang perjalanan.

Malamnya terus bawa Dina ke Klinik Bandar Baru Ampang. Harapnya besok Dina akan ok.

Membesarkan seorang anak memang mancabar. Terpaksa melayan segala kerenah dan ragamnya terutamanya semasa anak tak sihat. Walau apapun so far, rasanya daddy dan mummy akan tetap bersabar untuk membesarkan Dina dan memberikan segala yang terbaik untuk Dina. Harapnya satu hari nanti, Dina akan dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak dan kakak (bila?), yang solehah.

Tuesday, September 30, 2008

Hujung minggu di hospital...

Last Saturday (27/09/08) mummy and daddy bawa Dina refer back to klinik coz demam Dina tak kebah-kebah since Wednesday lagi. Bila Dina bangun tidur pagi tuh mulut dia merah. Ada bengkak kat tepi bibir macam ulser. Uish.... susah ni coz tak berapa hari jek lagi nak barhari raya. Ada ler plak yang beraya kat umah jek.

Bila doc checked, wah tekak dia dah mula bengkak.. macam nak ada tonsil. Doc kata no point if dia bagi ubat dos tinggi tp x mendatangkan kesan pun tambahan plak dia dah lama demam. So doc prepare surat suh refer to hospital. Kes besar buat aku if my lil' princess kene tahan. Whatever it was hubby decide to refer kat Hospital Ampang jek memandangkan Dina ada rekod perubatan kat situ tapi bila pergi jek kat Emergency mak ai... ramainyer orang. Yang tengah Q, Q ler... yang tengah tunggu turn... tunggu ler. Pegawai situ cakap doc ada emergency kes so kene tunggu. When daddy Dina tanya berapa lama, derang takleh nak jawab tapi derang cakap berjam juga ler lamanyer. Biar betul!

Daddy and mummy tak sampai hati nak biar Dina tunggu lelama dalam keadaan yang tak sehat so daddy cakap kita pi Ampang Puteri jek. Bukan ler kaya nak pi private tapi daddy cakap duit leh cari asal Dina sehat. Doc Amp Puteri kata demam Dina tinggi then kene buat blood test memandangkan Dina demam dah beberapa hari tapi temp tak turun2. When dapat result after half and hour... level darah putih Dina tinggi sket dari normal. So doc tanya admited takpe ker? Em.. tuk kebaikan Dina daddy decided much better admited asal Dina sehat.

So bermulalah hujung minggu mummy, daddy and Dina di Hospital Ampang Puteri. Dina kene tahan for 3 days. Malam pertama cukup mencabar menjaga Dina anak dara pengarang jantung tuh. Ragamnyer sampai tak ble nak tahan sabar. Tapi mummy and daddy tetap cool coz we know Dina takut after kene inject. Takpela sayang... just a few days only... sehat jek kita balik ek. Penat sebenarnya menjaga anak yang sakit lebih2 lagi di wad. Tapi inilah yang dikatakan ibu... inilah yang dikatakan bapa. Bukan senang nak jadi ibu and bapa nih... banyak dugaannya, besar tanggungjawabnyer.

Isnin menjelma... walaupun mummy and daddy tau Dina tak sembuh sepenuhnya lagi tapi after kene masuk air 3 botol... Dina dah ada energy. On Sunday pun Dina dah leh jalan2, gelak2 and main toys even just for a few minute itu dah cukup baik tanda Dina dah mula ok. Pagi tuh after solat mummy doa sangat2 supaya kita leh kuar. Temp Dina even flactuate tapi tak tinggi macam hari first masuk wad. Pagi tuh when nurse checked temp... normal dah tapi tengahari tuh temp Dina over 0.1 dari level normal. Nurse cakap takle nih kuar coz still ada side fever. Hubby adjust dengan nurse mintak kuar gak. Tak larat dah dok wat... Dina pun makin rimas... tapi bil tengok dia dah leh nyusu rasanyer no prob kuar pun. Nurse cakap dengan hubby... ok ler derang report kat doc cakap temp Dina dah normal tapi make sure jangan beritahu doc and rekod everyday pun tuko tulis normal. Wah immediately hubby arrange tuk urusan kuar spital. Happynyer Dina bila leh jalan tanpa usung wayar kat tangan. Sempat la mummy layan dia kat play area...lepaskan gian. Seronok tengok anak dara tuh... mulut pun dah mula bising. Sempat lagi tuh lawan cakap dengan jiran katil sebelah... 'abang' tuh pun balik sama dengan Dina after a week dok spital, kes denggi.

Mummy berdoa moga Dina sembuh sepenuhnya tapi tula... mood raya pun dah down sket. Nak raya sakan pun tak le... kene jaga Dina... elak berpanas, berhujan so plan balik raya semua bergantung pada condition Dina.


Cian dier ek... tido after muntah sakan kat mummy. Bantal bucuk tuh pun masam bau muntah.


Walau pun satu tangan dah kene gari... tetap ble gentel 'ban bucuk' dier... cuma takleh nak isap jari jek.


Malam pertama Dina di hospital. Tengok ler mata dia bengkak coz nangis sepanjang hari.


Daddy yang posing lebih... hehehehe....




Thursday, September 11, 2008

Ragam time shopping...

Last Saturday daddy bawa Dina and mummy shopping kat AEON Bukit Tinggi. Saje daddy nak tunjuk tempat baru. Hehehehe....memandangkan mummy suker shopping keperluan raya awal so kita shopping kat Jusco! Kali nih memang syok giler shopping coz daddy dah siap2 kasi duit dah just pilih jek lagi. Dina plak dah nak masuk 2 tahun... memang best sket ler beli baju tuk dia..leh cuba2 mana yg berkenan. Bila dah makin besar nih nak pakai apa pun cantik... nak pilih suar pun senang...takde ler terbeli besau sket ker... labuh sket ker... nanti jadi macam tahun lepas suar and skirt abis londeh. Huhuhu.....

Ingatkan bila Dina dh besau nih senang ler nak shopping tapi lain plak ler halnyer. Dina paling pantang nampak tempat permainan. Kat Jusco tuh tau2 je ler ada tempat mainan kanak2 so bila sampai jek tempat tuh yg dia mintak tuju dulu. K la daddy bawa dia gi main game dulu then mummy pi pilih mana yang berkenan.

Bila suruh dia try suar... at first time dia ok lagi... agaknyer dah lama sangat mummy dok shopping..dia pun dah bosan... so second time dia buat hal ler plak. Bila suruh buka suar dia tak moh test yg barunyer. Dia bantai ler berlari dengan tak bersuar keliling rak baju. Huh... jenuh ler pujuk. Nak marah pun tak ble sebab faham dia pun penat seharian dok berlegar kat situ. Nampak fitting room, dia bantai dok main dalam fitting room ler plak. Bila ajak kuar tak moh dah. Mana taknyer.. dalam fitting room tuhkan ada cermin beso... ada je akalnyer!

Mummy and daddy memang suker pi shopping kat Jusco sebab facility tuk baby banyak. Ada baby wash room, baby room.. memang senang ler nak uruskan dina bila dia berak ker..nak menyusu ker..nak salin diaper ker. Memandangkan kitorang berada di Jusco tuh dari kul 2.30pm till 7.45pm so mummy siap mandikan dina lagi kat situ before kuar dari Jusco ke tempat makan.

Cian kat hubby penat layan Dina. Nak kasi diam hubby belikan belon la... tolak dalam buggy pun tak jalan. Kejup jek diamnyer. Em... nih baru sorang.. cuba ler kalo ada 4 orang yang macam dina.. alahai...! Ikutkan seronok layan kerenah anak nih tapi bila time kita penat... dia lak buat hal tuh yang jadi gunung berapi jup.

Whatever it was... Dina nih good girl sebenarnyer tau!





Monday, September 08, 2008

Dina anta uwan n atok pi umrah...

Dina sure akan rindu ngan uwan dua minggu nih. Maklum ler tugas uwan mak su dina yang akan ambil alih. Alhamdulillah...nasib ler adik ipar nak jaga anak dara nih if tak kene letak nursery 2 minggu ler jawabnyer.

Maca biasa Dina ler orang yang takkan leh lekang dengan uwan dia. Even mummy and daddy dia ada pun dia buat tak kisah jek. Dengan uwan takkan kene marahnyer ler... tapi dengan mummy hahahaha... nasib ler.. buat nakal sket memang mummy akan marah. Bila uwan takde nih sure dina akan rasa sepi sket. Hehehehe... xpe ek dear just for 2 weeks only.

So hari nih dah kasi Dina tengok uwan n atok dia naik kapal terbang... ajar dia biar dia tahu uwan takde. Jangan esok dia dok jerit2 cari uwan plak. Buat masa nih.. less than 24 hours kalo tanya uwan and atok pi mana dia akan jawab... "wan atok aik eloplen" mean naik kapal terbang ler tuh.. huhuhuhu....


TEngok tuh dia jek yg berkepit dgn uwan dia...


Possing time...!



Tengok eloplen landing...