Monday, January 29, 2007

Dina dah 3 Bulan

27 Januari 2007 genaplah 3 bulan anak daddy ngan mummy ni.
Sekarang Dina dah jadi semakin nak tembam lak. Dina pun dah mula banyak minum susu botol. Purata dalam sehari adalah lebih kurang 3 kali minum (satu botol 3 auns).

Macam uwan Dina cakap, Dina tak banyak ragam, dulu meragam sebab tak reti minum susu botol jer. Nak tidor malam pun senang, kalau dah sampai waktunya (biasanya dalam pukul 10malam) sure Dina dapat tidur.

Ni Dina umur 3 bulan.


Ni Daddy lak umur 3 bulan gak, sama tak?

Monday, January 15, 2007

Dina Ke Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)







Hari Sabtu 13 Jan lepas daddy ngan mummy bawak Dina ke KLCC. Tgk pameran ni.
Ramai giler manusia.....sampai nak hayati pameran pun tak leh sebab terlampau ramai.





Prof. Dr. Fuat Sezgin merupakan pengasas salah sebuah pusat penyelidikan terkemuka di dunia yang menjadi sumber ilmu pengetahuan serta warisan kebudayaan Arab-Islam - Institut Sejarah Sains Arab-Islam di Johnn Wolfgang Goethe University Frankfurt, Jerman.


Pameran dilanjutkan hingga 14 Februari
Published: January 12, 2007

PAMERAN Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang sepatutnya berakhir 14 Januari ini akan dilanjutkan sebulan lagi hingga 14 Februari depan.

 Menteri Sains Teknologi dan inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang prihatin dengan permintaan orang ramai supaya pameran itu dilanjutkan di lokasi yang sama.

"Oleh itu orang ramai tidak perlu terburu-buru kerana mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengatur lawatan mereka,'' katanya.

Pameran itu sepatutnya berlangsung selama seminggu dari 8 hingga 14 Januari di KLCC sebelum berpindah ke Pusat Sains Negara (PSN).
Selepas PSN, ia akan dibawa ke beberapa lokasi lain di seluruh negara untuk membolehkan rakyat menghayati kegemilangan Islam pada masa dahulu.

Dr. Jamaluddin memberitahu, dalam tempoh tiga hari pameran itu diadakan ia telah dikunjungi 27,000 pengunjung.


(dipetik dari web http://www.putera.com/tamadun)


Ramainya pengunjung ....


Dina tengah khusyuk tengok pameran :)

Monday, January 08, 2007

Fesyen Terbaru 2007

Sempena dengan tahun baru 2007 ni, Dina telah tampil dengan fesyen rambut yang terbaru. Inilah fesyen terbaru Dina hehehehehe.....



Objek apakah ini?



Malulah Dina.......


Dina bersama auntie Ayin yang semestinya tidak botak



Mengantuknya Dina

Birthday sepupu Dina - Ahmad Wafiq

1 Januari 2007 genaplah setahun umur Wafiq.
Sambutan secara kecil kecilan dibuat oleh papa Wafiq kat rumah nenek Umi di Ukay Perdana.

Masa semua duk potong kek, Dina tidur. :)



Kek yang siap sedia untuk disembelih.



Wafiq dengan Papa Wafiq, Mama Wafiq dan Nenek Umi

Tuesday, December 26, 2006

Sekitar Majlis Akikah 24 Disember 2006 - Part 3 (last)

more pictures to share:-




Lewat petang, lebih kurang pukul 6.00pm, semuanya tamat.
Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar. Makanan semuanya cukup, tidak berlebih dan tidak berkurang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi datang.
Maaf dipinta jika terdapat sebarang kekurangan atau pun layanan yang tidak memuaskan.

Sekitar Majlis Akikah 24 Disember 2006 - Part 2

Gambar lagi :-


Dina bersama Tok Umi


Dina yang cute bersama dengan Mummy


Mak Long dengan sepupu Dina, Taca


gambar ehsan www.farisian93.com (dari lensa kamera sdr Azrol)


gambar ehsan www.farisian93.com (dari lensa kamera sdr Azrol)


Sekitar Majlis Akikah 24 Disember 2006 - Part 1

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Akikah NUR IRDINA BATRISYA dan NURUL AINA NABILA (sepupu Dina) pada hari Ahad 24 Disember 2006 lepas.

Majlis telah Cukur Jambul dan Doa Selamat telah selamat dijalankan oleh Y.Bhg. Ustaz Mat Jais bin Kamus dari JAKIM (adik Ustaz Ismail Kamus).

Tetamu yang hadir lebih kurang 150++.

Berikut beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog.


Antara Biri-Biri yang bakal menjadi korban



Tengah posing sebelum memilih Biri Biri.


Mengintai dari luar semasa pemilihan biri-biri.




Korban Akikah sedang berjalan.



Keesokan paginya, telah menjadi Kuzi.


Majlis Cukur Jambul
oleh Ustaz Mat Jais Kamus.

Ustaz memberikan Dina air Zam Zam.






Tuesday, December 19, 2006

Dina Ke Bandar Sri Putra

16 December 2006
Daddy ngan Mummy Dina bawak Dina ke Bandar Sri Putra Bangi melawat Tok Pa ngan Tok Ma.
Sebelum tu Dina ikut Mummy ngan Daddy ke Shah Alam. Mummy ada interview kat sana. Masa Mummy interview, Daddy yang kena jaga Dina. Jenuh la Daddy jaga Dina sebab Dina meragam. Dina nangis. So, Daddy kena la dukung tuk dodoikan Dina.


Mummy dan Tok Pa bersama Dina


Tok Pa & Tok Ma bersama Dina


Dina & Tok Ma

Dina bersama Tok Pa & Tok Ma




Thursday, December 07, 2006

JEMPUTAN KE MAJLIS AKIKAH DINA - 24 DISEMBER 2006

Daddy & Mummy Dina ingin menjemput semua saudara mara, sahabat handai, rakan taulan etc ke Majlis Akikah NUR IRDINA BATRISYA pada 24 Disember 2006 ni.

Detail boleh refer kat bawah :-

Monday, December 04, 2006

Kawan X Matrik Melaka Mummy datang melawat Dina

3 Disember 2006 (Ahad)
Kawan x-matriks mummy datang melawat Dina.
Terkejut Dina tetiba jer kawan-kawan mummy Dina menyerang umah uwan Dina.



Keterangan gambar :- (L to R) Auntie Sal, Auntie Linda, Auntie Aja, Auntie Adib, Auntie Ika (Adik Auntie Mas), Mummy Dina ngan Dina, Auntie Mas dan Auntie Zaumi.

Dina In Action

Beberapa aksi menarik Dina yang terbaru.







*Thanks to Uncle Chia atas nasihat anda untuk Daddy Dina gunakan YouTube. :)

Dina & Cousin

Hari Sabtu (2 Disember 2006) autie Shima datang ngan anak-anaknya.




Linda , Dila & Aidil bersama Dina













Ni bukan Dina, tapi ni Linda, sepupu Dina.