Sunday, January 09, 2011

Bersantai di Taman Tasik Ampang Hilir bersama gadget baru itu.


Semalam daddy bawa kami (mummy dan Dina) pergi taman untuk bagi laluan Dina mengayuh basikal baru yang mummy beli tu. Mula-mula beli hari tu dah try test cuba kat Taman Tasik Permaisuri. :)

Taman Tasik Ampang Hilir ni masih baru dan orang pun x ramai sangat lagi. Just ok ok la nak bersantai, bersenam, berlepak berehat dengan keluarga sebab kat situ pun ada a few alatan bersenam yang disediakan. Sangat syiok. X sesesak Tasik Permaisuri.

Tapi tasik tu kene hati-hati sikit bila melepaskan Dina mengayuh sendirian sebab laluannya betul-betul tepi tasik. Bila jalan menurun sikit si dara tu kayuh lajuuuu takut terbabas masuk tasik. Haruuuuu je nanti!

Ada playground untuk pit stop sebelum meneruskan aktiviti mengayuh ke garisan penamat. Mummy mati2 ingat tasik ni dalam satu circle, sekali tu tasik ni berbentuk C, sampai ke garisan penamat kene patah balik. Semput mummy berjalan nak sampai balik ke tempat parking kereta.

Dina dengan daddy dah lepas ke depan siap Dina tanya daddy lagi tu, "kenapa mummy jalan lambat sangat?". Amboiii... tau la awak tu mengayuh basikal, mummy ni kayuh guna kaki nak bawa babby lagi haruslah lambat je jalan.

Cuaca petang pun redup je dengan angin tasik tu bertiup sejuk, nyaman sungguh petang semalam. Sangat enjoy. Dina happy, daddy happy, mummy pun happy walau naik semput mummy berjalan. 

 Dah teror dah dia mengayuh. Mula-mula beli risau je tengok sebab dia tak reti control.



 Tapi lepas je gambar ni si shoot dia pun jatuh. Mananyer tidak tengok tayar tu dah keluar dari landasan.


 Excitednyer la. Tapi  x boleh datang hari-hari yer kakak, letih la mummy nanti.


 1st pit stop


 Bukan main lagi. Kalau bab playground ni memang no. 1


 Gelak no. 1, pot pet pot pet pun no. 1, uihhh... nangis pun no. 1





 Mummy yang terkedek-kedek berjalan. Dina dan daddy dah dok layan playgourn dah.


 Mummy lepak sini sambil tunggu buah hati dua orang tu kat playground. Jadi mek guard jaga basikal si kenit.





 Time ni mummy kene usung basikal kakak ke hentian seterusnya sebab kakak dah pun jumpa pit stop keduanya.




Mummy menunggu dengan sabarrrr..... huhuhuhu...


 Meneruskan perjalanan ke hujung jalan.





Mummy 19 to 20 weeks. 



Saturday, January 08, 2011

Gadget baru sempena tahun baru

Mummy hutang birthday present dengan Dina. Lama dah mummy niat nak beli tapi x tercapai tambah-tambah mummy kene fikir tentang keperluan gadget tu dengan Dina.  :)

Dan akhirnya menjelang tahun baru hari tu, mummy dan daddy pergi cari juga gadget tu sebelum budget mummy lari x tentu hala. hihihihihi....

Dannnn.... inilah gadget tu. Orang lain semua dh ada yang besar tapi Dina baru je nak ada. Takpelah janji Dina dah ada.  :)


Bila dah beli basikal ni mengamuk2 si dara nak mengayuh dalam rumah. Tu yang mummy malas tu... "kakak, rumah kita ni kecik je kak, xperlu la nak kayuh laju2". 

Selalu la nak kene marah je dengan mummy sebab dia mengamuk langgar barang sana, langgar barang sini. Lepas tu pandai pulak cakap rumah ni sempit. Nanti la kak tunggu daddy belikan kita rumah besar, yang ada ni pun dah bersyukur.  

Tapi lepas dah reti control and everything, xde dah si dara tu nak mengamuk-ngamuk tak tentu hala. Tau dah macam mana nak bawa bila dalam rumah.

Camtu la... good girl. 

Monday, January 03, 2011

Hari pertama - Tadika Sri Cemerlang


Hari ni hari pertama Dina ke sekolah. Walaupun baru je sekolah tadika tapi debaran mummy dan daddy sama kencang dengan anak yang masuk sekolah rendah. 

Daddy risau anak dia menangiskan. Maklum la badi mummy dia ni kuat kot nak turun kat si dara ni.  :p Tak sangka mimpi menjadi nyata. kikikiki... apalah kak long Dina ni buat malu daddy je. :)

Time nak ke sekolah punyer la tak sabar! Sampai je kindy, daddy terus bawa Dina masuk ke kelas, ok lagi. Tunggu la dia tepi teacher tu sementara nak dapatkan tempat duduk. 

Lama-lama muka nampak makin cuak. Pastu dah mula dah toleh kiri toleh kanan cari mummy n daddy. Nampak je kami terus dia keluar. Ok... drama sudah mula.  :)

Ikutkan dia suka je pergi kindy tapi malangnyer hari tu ramai giler la budak2 kelas dia melalak. Mula2 nampak sorang je yang menangis, pastu datang lagi sorang sambung, datang lagi sambung, member yang tengah cool ni yang datang dari tadi pun x nangis ble plak dia tukang sambung.

Dia melalak kaw kaw punyer pun time mummy suruh daddy dukung anto masuk ke kelas gak. Cikgu ni punyer la peluk pegang diakan nak kasi cool... hampeh! Jangan diharap. Dahla style dia nangis mesti segala ayor akan kuar. At last daddy suruh dia kuar dulu.

Pastu daddy la yang pujuk. Mummy jadi paparazi je. Nama mummy nak pujuk haremmm! Mummy ni kasar sikit, kalo bab memujuk kene kasi daddy la.  :p

Tetiba papa Irfan call kata nak datang. Ingatnyer sebab Irfan pun nangis kat kindy sekali tu mama Irfan cakap derang hari ni kejup je. Intro je untuk budak2. Esok baru start. Tu bawa Irfan jenguk kindy Dina.

Tengok je Irfan dok tersengeh2 datang kindy Dina, terus dia nak masuk kelas. Terus member ni x jadi nak nangis ke nak mengada-ngada ke. Kagum giler! Xyah susah2, daddy bawa masuk, cikgu kasi tempat duduk then terus follow apa cikgu ajar hari tu.

Giler power penangan BEN 10 Irfan! Irfan cakap "Irfan BEN 10 kuat, x nangis, Dina Princess x kuat". hahahahaha... lawak betul. Pape pun terima kasih yer Irfan sebab senangkan kerja daddy Dina. hihihihi... 

Lepas tu terus excited! Nampak macam dah berkawan. Dah pesan dah esok duduk dengan friend yang x cry. Kalau friend cry biarkan aje. Orang yang cry ni x strong! huhuhuhuhu.... kene kasi brainwash banyak2 sebab esok daddy je yang ada.

Cikgu pun x kasi parents tunggu kat kindy. Semua kene halau keluar. Tapi yang malangnyer, kelas Dina tu kat bawah, then betul2 depan pintu masuk tu yang mana parents xtau anak kelas mana main letak je kat kelas tu. X pasal2 kelas Dina tu jadi kelas tempat buangan budak yang cry aje. 

Xpe... kita tengok esok macam mana. Tapi mummy confident mesti Dina ok sebab Dina memang suka pergi sekolah lebih2 lagi dapat jumpa ramai kawan. Cuma bila tengok orang ramai sangat melalak mesti la cuakkan, dah macam pesta la plak. 

Xpe.. kakak.. mummy dan daddy tahu kakak GOOD GIRL. Princess kan strong! :)

 Pagi yang segar. Time ni xde pun bunyi2 atau tanda2 untuk berteriak di kindy. 


 Siap boleh senyum panjangggg.....


 Time ni dia dah keluar balik dari kelas. Dah mula xnak masuk. Tak menangis pun.


 Daddy tengah berusaha pujuk. Mummy dok tepi je. Mummy dah cakap macam2 tapi dia buat dek aje.
Even x menangis tapi memang sungguh2 xnak masuk kelas.


 Ini Princess sudah mula drama. Mula dah sememeh je. Tunggu masa je nak nangis.


 Time ni baru lepas melalak kaw kaw punyer. Menangis pun sebab kene paksa masuk kelas.
Daddy usung juga even punyer la kuat dia peluk daddy. Idea mummy sebenarnyer.. hihihihihi...


 Sesi memujuk terus berlangsung. Xtau la macam mana nak pujuk lagi. 


Tiba-tiba Irfan BEN 10 pun sampai. Time tu la semuanya berakhir. Time tu la spirit si dara datang.
Budak2 yang still melalak kat dalam tu dah xde effect pada dia dah. Good girl.


See... elok je dengar teacher tu cakap apa. 
Memandangkan tadi buat perangai kaw kaw kan... xpasal2 dapat tempat sama line dengan teacher.



 Budak BEN 10 nak balik dah setelah datang menyelamatkan si princess. Mekasih yer Irfan.


Tengok la aksi daddy tu. Dia yg x senang duduk.  :p


Orang paling berusaha keras untuk hari ini.  :)

After semuanyer dah tenang dan selesai, parents semua kene duduk kat luar kindy. Tunggu sampai anak2 habis sesi persekolahan. 

Maka berakhirlah hari pertama Dina. Walaupun berdrama tapi mummy dan daddy tahu Dina boleh je terima sesi persekolahan pertama dia ni. Cuma terkejut je sebab ramai pulak yang menangis. Budak-budak kan mana x cuak, lebih-lebih lagi tengok kiri kanan berdondang sayang. 

Go girl... you can do it. Kak Long kan good!



Dina dah nak masuk Sekolah: TADIKA SRI CEMERLANG RIA

24 December 2011

Dalam sibuk-sibuk Ucop nak kawen, DD & MM lak sibuk gak sebab nak cari tadika yang sesuai tuk Dina. Pada awalnya plan nak cari dekat ngan area rumah uwan Dina or area rumah Irfan (Cousin Dina).

Tapi akhirnya, DD & MM decide tuk hantar Dina ke Tadika Sri Cemerlang Ria, Taman Cempaka Ampang. Actually tadika ni jauh gak dengan rumah uwan Dina, tapi dia on the way nak ke office DD. Lagi pun office mate DD rekemenkan tadika ni. Yang buat xcited nak daftar kat sini sebab tadika ni ada swimming pool dan teaching method dalam english.

Dina memang xcited giler nak p skolah. Hopefully everthing ok.

Hari ni (3 Jan 2011), hari pertama Dina ke sekolah. Ada orientasi. DD & MM terpaksa cuti hari ni sebab nak tgk Dina ke sekolah :).



Ni tempat pertama yang menarik minat Dina

Slide besar ni lagi buat Dina tertarik.

MM tengah baca brocher tadika.

Sunday, January 02, 2011

Hari Terbuka TUDM Butterworth

6 November 2010

Plan asalnya lepas majlis akad nikah Ucop, kami semua nak masuk Hadyai. Maklumlah, dah alang-alang ke utara, terus la kena 'terlajak' sampai ke Hatyai :)

Tapi malangnya, memandangkan masa ni Kedah, Perlis + Selatan Thai dilanda banjir yang dasyat, plan ke Hatyai terpaksa di'cancel'kan. So, kalau dah ada kat Alor Star, okasi terdekat nak lepak ialah Penang. Maka berangkatlah kami semua ke Penang.

On the way ke Penang, brother in law (Abg Din) inform his friends (komander TUDM Butterworth) invite kami semua ke Hari Terbuka TUDM. Berangkat lah kami semua ke pangkalan TUDM.

Open day ni memang best gak, inilah peluang nak tengok jet pejuang TUDM.



Berjalan dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Atok Dina pun join sama. Nasib Uwan takde, kalau tak memang 'tercabut' la lutut  uwan nak jalan jauh ni.


Kereta Kebal
Bergambar dengan Sukhoi (Jet Altantuya ;p)
Kat belakang MM ngan Dina tu la kapal terbang pengangkut. Besar giler.
Pakcik Dina, (L to R) Pak Lang ngan Uncle Ed
Bergambar ramai-ramai
MM gayat nak naik atas tangga
Dengan pilot Sukhoi
Sukhoi
Dina takut tengok kereta kebal.

Berjalan pulang dalam. Time ni Dina dah penat, so... terpaksa la dukung Dina. Berat tu.....



Saturday, January 01, 2011

Happy New Year - 2011

Dina & Family nak wishkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 to all readers.

Let us invite this new year, in hope for abundance of wealth, hapiness and perfect harmony.